Khamis, 9 Jun 2011

Sungai Kob Sungai 2


Hari ini malas nak menulis . Sepatutnya semalam.Sebab semalam baru sahaja terjah ke rumah Ustaz Osman Saad di Sungai Kob. Tapi tulis juga. Paksa diri. Jauh Sungai Kob rupanya.Lebih kurang 10km dari bandar Kulim.Tanya punya tanya akhirnya jumpa Ustaz Osman selesa benor. Dia mengajar dekat dengan rumah. Kekadang jalan kaki ke tempat kerja.Jangan kejap-kejap hilang udahla ye.
Sup ayam kampong,cendawan tumis,sambal buah macang ,ayam goreang berempah dan ulam pucuk kantan .Wah sedap betul,ustaz Osman jamu kami.

Petang sekitar jam 4.00 kami keluar dari Sungai Kob menuju ke Sungai Dua pula. Berpeluh Ustazah Khalijah menunggu kami .Janji pukul 5.00 petang.Pukul 5.30 baru sampai. Apa pun kami sangat teruja. Tiga puluh tahun tidak berjumpa,banyak perubahan telah berlaku.Ustazah Khalijah jua telah berjaya membina keluarga. Semua anak-anaknya telah berjaya di menara gading. Tahniah

Selepas ini kami akan ke rumah Ustaz Radzi Pajak Song. Ustaz Radzi rakan pondok dan teman sekuliah di MPI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan