Sabtu, 25 Jun 2011

Hari Terbuka


















Hari terbuka.tidak seorang pun yang berjumpa tanya pasal Pendidikan Islam. Berapa markah agama, al-Quran A ke B, bahasa arab lulus ke tidak . Masing -masing puas hati. Mereka lebih suka tanya pasal Bahasa Inggeris,Matematik. Sains atau Bahasa Melayu. Mereka tanya pelajaran trust sahaja. Mereka juga tumpu subjek UPSR. Subjek untuk peperiksaan.Subjek agama mereka menganggap tidak penting. Sedangkan agama merupakan tunggak kehidupan

Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang seimbang. Dan kita perlu adil terhadap semua ilmu yang kita pelajari di sekolah. Semua ilmu ada manfaatnya yang tersendiri. Yang paling penting, semua ilmu adalah milik Allah. Allah memuji segolong manusia di dalam Al-quran yang bermaksud :" Dan sebahagian daripada mereka telah berkata, Tuhan kami berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka." ( surah Al-Baqarah, 201 ) Melalui ayat ini Allah memberitahu kita betapa pentingnya kita menyeimbangi kehidupan kita di dunia dan di Akhirat. Kehidupan kita tidak terhenti di dunia sahaja, tetapi akan bersambung di Akhirat nanti dan itulah kehidupan yang kekal abadi. Bagaimanakah nasib kita jika kita sengsara di Akhirat nanti


Ilmu pendidikan Islam bukanlah dipelajari hanya sekadar untuk dimuntahkan di atas kertas periksa semata-mata. Ia adalah ilmu yang perlu dipelajari, dihayati dan diamalkan di dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak ada makna jika kita dapat markah 100 di dalam subjek pendidikan islam, tetapi kita tidak pernah solat. Ataupun kita bersolat hanya pada waktu-waktu yang kita suka sahaja, tidak cukup 5 waktu sepertimana yang telah diwajibkan ke atas kita. Begitu juga kita boleh memberitahu adab-adab makan apabila ditanya, tetapi kita tidak menjaga adab-adab tersebut ketika menjamu selera. Amat rugilah kita jika begitu persepsi kita terhadap pendidikan Islam.

ni masalah ni..ha..ha
selagi tak diperkasa ...masalah
bila nak jadi subjej trust....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan