Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Khamis, 17 Disember 2009

Kejayaan Malaysia di Korat. Di Laos?

1 Thailand 183emas 123perak 103gangsa, jumlah 409
2 Malaysia 68emas, 52perak 96gangsa, jumlah 216
3 Vietnam 64emas, 58 perak, 82 gangsa, jumlah 204
4 Indonesia 56 emas, 64 perak, 83 gangsa, jumlah 203
5 Singapura 43 emas 43 perak, 41,gangsa, jumlah 127
6 Filipina 41 91 96 228
7 Myanmar 14 26 47 87
8 Laos PDR 5 7 32 44
9 Kemboja 2 5 11 18
10 Brunei 1 1 4 6
- sumber utusan malaysia

Isunya bola sepak Malaysia ke final di Laos. Semua media bercerita bagai nak rak.Tapi nak dapat pingat emas ke 30 ,terkial-kial dibuatnya. Nah lihat Thailand,masih kekal dipersada.

Ahad, 8 November 2009

Kelantan Naib Juara Piala Malaysia


Pertandingan akhir Piala Malaysia berkesudahan dengan Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan 3-1. Pertandingan akhir yang sebahagiannya dipenuhi oleh puluhan ribu penyokong Kelantan itu dicemari dengan bunyi dentuman mercun dan adegan bakar membakar. Entah kenapa, munkin tidak puashati dengan pengadil atau dengan pemain sendiri yang bermain hambar. Atau kerana jurulatih yang silap strategi.Separuh masa kedua baru memasukkan Khalid Jamlus. Walau apa pun keputusan pengadil adalah muktamad. Patut atau tidak pengadil memberi tendangan penalti, nampaknya keputusannya tidak dapat dipertikaikan. Penyokong harus terima kekalahan tersebut dengan hati terbuka. Bukan melepaskan geram secara sembrono. Disinilah dinilai sivik, moral atau akhlaq kita. Aduhai penyokong bolasepak Kelantan terima kekalahan ini sebagai cabaran. Bangkit Kelantan. Anda semua bermain baik. Cuma anda belum diiktiraf sebagai pemenang.

Ahad, 1 November 2009

Kelantan jumpa NS di final Piala Malaysia




KUALA LUMPUR: Kelantan akan bertemu Negeri Sembian pada perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 3-1 pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Dengan keputusan itu, Kelantan melayakkan diri dengan agregat 5-1 ke atas Perlis manakala Negeri Sembilan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Van Persie hampakan Spurs


Arsenal mengenepikan Tottenham apabila dua jaringan Robin van Persie membangkitkan kemenangan 3-0 ke atas saingan utara London mereka di Stadium Emirates.

Pasukan Arsene Wenger naik ke tempat kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan pertama ke atas Spurs sejak Disember 2007 itu walaupun mereka akan dipintas Manchester United jika juara bertahan itu mengelak kekalahan apabila berdepan Blackburn lewat hari ini.

The Gunners dikecewakan hampir keseluruhan separuh masa pertama tetapi memusnahkan Spurs dengan dua gol dalam masa seminit sebelum waktu rehat.

Penyerang Belanda, van Persie membuka jaringan pada minit ke-42 apabila beliau menyambar hantaran silang Bacary Sagna berdekatan tiang gol.

Tottenham masih cuba sedar daripada kejutan itu apabila kapten Arsenal, Cesc Fabregas mencuri bola daripada sepak mula dan menewaskan pertahanan pelawat untuk menyumbat bola melepasi Heurelho Gomes.

Van Persie kemudian menambah derita pasukan Harry Redknapp pada minit ke-60 untuk gol ketiga Arsenal. - AFP