Ahad, 8 November 2009
Muhammad Abd Wahab Tiada Kaitan Wahabi?
Saya keliru dengan beberapa pendekatan gerakan Wahabi dari sudut pengamalan dalam ilmu fiqh dan pegangan akidahnya. Adakah gerakan ini terkeluar daripada ajaran islam?
Dalam konteks ini saya pinjam jawapan seorang sahabat dari seberang yang menjelaskan: Istilah Wahabi sebenarnya bukan istilah baru dalam literatur islam. Dan pengindektifikasian Wahabi kepada sebahagian umat islam pun kurang objektif. Istilah "Wahabi " bila kita rujuk dari asal katanya mengarah kepada tokoh ulama besar di tanah Arab, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Beliau lahir di Uyainah dan belajar islam dalam mazhab Hanbali. Beliau menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau disambut baik ketika beliau datang di Dir'iyah bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan penguasa setempat Amir Muhammad bin Su'ud (1139-1179). Dakwah dan pendekatan yang beliau perkenalkan di tengah masyarakat yang dilihat semakin jauh dari garisan islam sebenar maka ia diteriman dengan baik. Akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Arab Saudi hingga kini. Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi perintis kepada gerakan islam (reformasi) yang mincul menjelang zaman kemunduran dan kebekuan pemikiran dunia islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke 12-hijriyah. Dakwah dan gerakan ini menyeru agar akidah islam dikembalikan kepada pemurnian dalam konteks menjauhkan tauhid dari sebarang bentuk syirik dengan segala manifestasinya. Sementar fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan bermaharajalela. Bidaah, khurafat dan tahayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan pelbagai persoalan hidup umat islam. Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia islam untuk sedar atas penyelewengan akidah itu. Beliau menulis beberapa risalah menyedarkan masyarakat. Slah satunya adalah kitab tauhid yang hingga kini menjadi rujukan banyak ulama akidah. Dakwah Muhammad bin Abd Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif membanteras segala bentuk khurafat, syirik, bidaah dan segala macam hal yang menyeleweng dari ajaran islam yang asli. Mereka melarang mendirikan bangunan di atas kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang tenung nasib. Mereka juga melarang bertawassul dengan menyebut nama orang soleh seperti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syeikh fulan bin fulan. Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyyah. Dakwah ini membangunkan umat islam dalam bidang akidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia islam. Mereka melakukan pemantauan terhadap setiap pengajaran dan pendidikan umum untuk serta merangsang para ulama untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan sumber rujukan yang muktabar, sebelum menerima sesuatu pemikiran. Mereka tidak mengharamkan taqlid namun meminta agar umat ini lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nas dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah serta pendapat para ulama salafus soleh. Di antara tokoh ulama salaf yang sering dijadikan rujukan adalah: : Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H) : Ibn taimiyyah (661-728 H) : Muhammad bin Qayyim al-Jauziyyah (691-751 H) Dalam penghebohan jenama yang kurang tepat, gerakan ini sering diberi gelaran dengan Wahhabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyyah. Sebenarnya musuh-musuh islam dengan licik cuba melaga-lagakan umat islam dengan mencipta istilah yang diberi nama tertentu dan makna yang buruk lalu dilagakan sesama sendiri untuk mememcah-belahkan kita. Dengan cara itu mereka tidak akan memiliki kekuatan untuk menentang Zionis dan kuasa penjajah. Bagi menyelamatkan keadaan, umat islam di segenap peringkat perlu peka terhadap perancangan jahat musuh islam yang tidak lekang dalam hidup mereka untuk melenyapkan umat islam- sumber harakah 2006
Adakah Wahabi sesat?
Ahad, 25 Oktober 2009
Teori waktu bercanggah dengan Islam

"Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).
Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).
Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."
Kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.
1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.
Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.
2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. I
a juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.
Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.
3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.
Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?
4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.
Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.
Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.
5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.
Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.
Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.
Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Sejadah berdiri.....
(Sejadah berdiri di rumah ustaz Zaharudin di UK)
"Tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri."kata ustaz Zaharudin
Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya." ujarnya lagiJusteru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.
Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.
Ustaz Zaharudin bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.
sumber www.zaharuddin.net

