Sabtu, 24 Oktober 2009

Sejadah berdiri.....


(Sejadah berdiri di rumah ustaz Zaharudin di UK)

"Tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri."kata ustaz Zaharudin

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya." ujarnya lagi

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Ustaz Zaharudin bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

sumber www.zaharuddin.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan