Khamis, 15 Oktober 2009

Sembang Petang

Sembang dengan rakan kerja, sementara menuggu waktu Zohor. Cuti tiga hari, mahu mengkotakan janji. Minggu lepas nak balik tak dapat. Open house, tak terlayan dibuatnya. Mahu Balik kampong. "Hal penting" katanya. Raya hari tu kan dah balik. Ini Mustahak. '' Nak tengok anak." Mana boleh tengok anak sahaja. Isteri macam mana? Dia senyum... Seperti mahu merahsiakan sesuatu.



Entahlah! Saya serba salah.. Dia mulakan ceritanya. Perasaan saya ............ Ini macam dah kene-kene ni. Mampus saya tak percaya yang ni. Khurafat. Puih!.. Tolong.. saya tak percaya.

"Saya kenal ketika di U. Kami saling bersama. Saling mencintai. Kami dipisahkan dengan tugas dan kerjaya." Ada berhubung. "Sesekali jika penting.Sorang di KL. Sorang di kampong. " Habis perasaan macam mana. Macam biasa. Berterusterang sahaja. Perkara ini tidak boleh disimpan. Nanti meletup, bahaya.


Panjang kami bercerita. Satu persatu terungkap kisah-kisah lama. Seperti layar putih gambaran silam bermain di mata. Tiba-tiba terpacul dari mulutnya "Saya menyesal. Menyesal betul. Ini munkin balasan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan