Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mac 2010

Lucutkan gelaran Datuk Seri

DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh

IPOH: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.

udah tak ada usul lain...
Ini pun boleh jadi usul ye...
bagi Datuk Seri ni kat dia...

Isnin, 15 Mac 2010

Gambar MP Lompat


Kelihatan anggota Parlimen Bebas, (dari kiri) Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menghadiri majlis perasmian Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di sini hari ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan penuh adat istiadat. Mesyuarat pertama penggal ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April. - foto BERNAMA

Isnin, 1 Mac 2010

Fairus keluar keadilan

Fairus mantan Ketua Menteri 1 PP menjelaskan ia keluar parti demi kepentingan Islam
Hari ini pula AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk
Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam

Isnin, 25 Januari 2010

MP Kulim


MP Kulim buat laporan Polis kepada MP Shah Alam itulah lebih kurang tajuk berita yang saya baca di akhbar Berita Harian. Alasannya adalah isu penggunaan nama Allah kepada penganut agama Keristian. Pelik betul, padahal isu ini telah dijelaskan oleh pimpinan Pas. Dan ia bukan saje-saje. atau main hentam kromo. Tapi telah dibincang dengan ambilan dari pelbagai sudut. Itulah istimewanya Pas. Tapi tiba-tiba main buat laporan Polis. Memperlekeh katanya. Macam mana, dua-dua tidak selari dalam menangani isu. Seolah-olah mahu mengaku lebih Islamik. Kalau pun tak setuju . Bukan itu caranya. Main lapor. Saya tak nampak apa untungnya. Dan saya makin tidak faham dengan MP Kulim. Kalau macam ni payahla nak tawan Putra Jaya. Orang Kedah kata "Jangan dok mimpi."

Rabu, 9 Disember 2009

Khazanah Nasional dapat lagi...

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.

Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

Rabu, 14 Oktober 2009

Oh Malaysiaku

Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang melihatkan betapa pemilihan pemimpin untuk jangka masa tertentu tidak didasari oleh peraturan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Satu trend yang sangat dikuatiri hasil daripada keputusan ini adalah pemimpin yang yang rosak akhlaq tidak menjadi halangan untuk terpilih dan dipilih. Hasilnya pemimpin yang bobrok, dan ternyata punya seribu satu ruang-ruang skandal masih diangkat untuk meneraju amanah bangsa

Katakanlah apa sekali pun kepada gerombolan ini, mereka masih menganggap " Tak Percaya''. Atau merasakan takkan ia sanggup berbuat begitu. Ini pasti fitnah. Pembangkang tidak ada kerja lain asyik memfitnah. Islam mempunyai cara tersendiri dalam perkara ini.Untuk memilih pemimpin Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam berdasarkan ayat yang bermaksud : “ ikutilah orang-orang yang tidak meminta upah dan mereka yang terbimbing dengan hidayah “ ( Yasin :21). Ayat tersebut mengisyaratkan dua kriteria penting kepimpinan iaitu seorang yang menghayati hidayah Tuhan dan tidak meminta rakyat membalas budi dan baktinya. Disamping itu, beliau turun ke medan masyarakat bukan untuk mengaut harta kekayaan untuk peribadi dan keluarga atau untuk glamour peribadi tetapi semata- mata untuk memajukan masyarakat dan tidak rela bangsanya diperhambakan oleh mana-mana pihak.


Keunggulan seseorang pemimpin terletak kepada kemampuannya membina dan mendidik bangsanya. Kepimpinan sedemikian yang disebut sebagai pemimpin pendidik (al-qa’idu ‘l-murabbi) yang dapat merubah bangsanya menjadi lebih kuat, unggul dan bermaruah. Perubahan manusiawi atau human transformation ini yang telah dilakukan oleh para nabi. Nabi Muhammad s.a.w. misalnya telah berjaya merubah watak bangsa Arab yang serba rosak menjadi umat terunggul, dari umat yang berperang selama 600 tahun kerana seekor unta kepada pemimpin dunia. Oleh itu, pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang mampu membina dan membentuk generasi terunggul (jil al-farid). Mereka menggabungkan kepimpinan unggul dengan petunjuk Ilahi. Dengan kata lain, mereka sentiasa berada dalam naungan petunjuk Allah dengan mengikut sepenuhnya perintah Tuhan. Secara ringkasnya dalam konteks masyarakat di Malaysia, kita memerlukan kepimpinan berwibawa - berilmu, berakhlak, beramanah, berwawasan dan berintegriti moral, pimpinan yang mampu melaksanakan tugas besar, melahirkan daya saing dan daya juang yang tinggi pada bangsanya.

Selasa, 13 Oktober 2009

Isa Mahu Bantu BN Rampas Semula Kerusi Parlimen Teluk Kemang





PORT DICKSON, 13 Okt (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Samad berazam mahu membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, beliau juga mahu BN menakluk semula tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang yang kini berada di bawah pembangkang iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut.

"Kemenangan kerusi DUN Bagan Pinang telah membuktikan semula kepercayaan kaum bukan Melayu dan golongan muda terhadap BN.

"Kita akan teruskan momentum ini untuk merampas semula kerusi yang kita hilang pada pilihan raya umum tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang di sini hari ini.

Katanya strategi untuk memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Kemang akan dirancang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti komponen BN tidak lama lagi.

Pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang Ahad lepas, Mohd Isa, yang mewakili BN, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly hanya mendapat 2,578 undi.

Ditanya sama ada beliau terkilan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak turun berkempen di Bagan Pinang, Isa menjawab: "Dalam hati, Tun tahu saya akan menang."