Rabu, 9 Disember 2009

Khazanah Nasional dapat lagi...

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.

Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan