Ahad, 6 Disember 2009

Malukan emak ayah

Kisah pondan Melayu Mohammed Fadzil Min Bahari atau nama glamournya Fatine yang ‘bernikah’ dengan pasangan jantannya di London benar-benar memalukan. Bukan sahaja emak ayah malu tapi sebagai orang Melayu, kita malu dibuatnya.

Dah ‘kahwin’ tu senyap-senyap jer la tapi diberi liputan meluas pula di media antarabangsa. Kerana ketaksuban kepada nafsunya Fatine sanggup memalukan keluarga,bangsa, negara dan agama membuat benda yang memang dilarang.

Semoga Mohammed Fadzil di beri hidayah dan bertaubat. Bukan untuk memalukan dia tapi semoga memberi sempadan kepada lelaki Melayu Islam yang berjiwa lembut supaya bertaubat dan janganlah mengikut nafsu songsang Kaum Lut dan terpedaya dengan hasutan Syaitan.

Jika kita lihat disekeliling, kaum gay dan lesbian semakin berani menonjol dan bangga pula di Malaysia . Lihatlah operasi di kelab gay beberapa bulan yang lalu, berapa ramai Melayu Islam yang terlibat. Manakala perempuan lesbian pula semakin ramai yang menunjukkan ‘hero’ nya di khalayak ramai. Mintak jauh anak cucu kita. Nauzubillah

1 ulasan: