Khamis, 10 Disember 2009

Imam cabul kehormatan..

Pak Imam pun dua kali lima. Perangai macam orang gila sex. Ada ke patut buat kerja tak senonoh. Patutnya sebat aje. Inilah yang berlaku di Malaysia.

Seorang imam di Tampin berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan