Sabtu, 5 Disember 2009

Tak dengar khutbah......

Seminggu berada di negeri Kedah Darulaman kerana menyambut Hari Raya Aidil Adha dan kebetulan kenduri anak sulung abang ipar di Kuala Nerang. Pagi raya solat di masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani.Ramai jemaah. Maklumlah raye. Tapi yang sedihnya khutbah sedang dibaca para jemaah dah ramai yang belah. Tak sempatlah nak dengar khutbah . "Sah ke solat abah,"tanya anak bungsu. Memang sah solat. Tapi intipati khutbah aidil adha tidak dapa dihayati.

Sebab para
jemaah tidak diwajibkan untuk menghadiri atau mendengar khutbah Hari Raya. Seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia boleh dan dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Dalilnya:-
‘Abdullah bin al-Sa’ib berkata:-

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيدَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ قَالَ: إِنَّا نَخْطُبُ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَجْلِسَ لِلْخُطْبَةِ فَلْيَجْلِسْ. وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَذْهَبَ فَلْيَذْهَبْ

" Aku pernah menghadiri solat Hari Raya bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. [Hadith Riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 975] allah hu aklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan