Mufti Perak menyelar kenyataan Ketua penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad yang hanya berani menegur atau mengkritik Pas. Tapi tak berani menegur UMNO. Lebih lagi dalam isu rampasan kuasa di negeri Perak. Beliau menuduh pemimpin pembangkang pandai mengelor orang. Kononnya apabila bertentangan dengan perjuangan mereka.Beliau tak kisah. Kome nak gelor apa pun. Gelor le... Demi negakkan keadilan dan kebenaran. Kalau nak negak kebenaran macamtu ke.
Harussani berkata, beliau tidak kisah diberi bermacam-macam gelaran demi menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira agama atau kaum.
"Gelarlah apa sahaja, saya tak kisah. mufti Umno, mufti PKR (Parti Keadilan Rakyat), mufti MIC? mufti MCA pun tak apa, yang penting teguran saya, kritikan saya ialah untuk kebaikan semua pihak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad bahawa Harussani lebih cenderung membela Umno apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan