Dua orang terbunuh dan 17 cedera akibat sembilan letupan bom dan beberapa serangan dengan senjata api di tiga wilayah di selatan Thailand semasa kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand ke wilayah yang bergolak itu hari ini.
Seorang jurucakap tentera Thailand berkata enam daripada letupan bom itu berlaku di Yala dan meragut nyawa seorang anggota pasukan pemusnah bom.
Pegawai berkenaan terbunuh apabila sebutir bom meletup ketika sekumpulan anggota polis dan tentera menyiasat kes letupan sebelumnya, yang mencederakan dua anggota tentera.
Beberapa letupan bom berlaku di daerah Khopo di Pattani dan di Narathiwat serta mencederakan dua anggota tentera ketika mereka cuba mengalihkan sepanduk dalam tulisan jawi dan bahasa Melayu yang menyebut bahawa Pattani adalah sebahagian daripada Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan