Sabtu, 31 Oktober 2009

Van Persie hampakan Spurs


Arsenal mengenepikan Tottenham apabila dua jaringan Robin van Persie membangkitkan kemenangan 3-0 ke atas saingan utara London mereka di Stadium Emirates.

Pasukan Arsene Wenger naik ke tempat kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan pertama ke atas Spurs sejak Disember 2007 itu walaupun mereka akan dipintas Manchester United jika juara bertahan itu mengelak kekalahan apabila berdepan Blackburn lewat hari ini.

The Gunners dikecewakan hampir keseluruhan separuh masa pertama tetapi memusnahkan Spurs dengan dua gol dalam masa seminit sebelum waktu rehat.

Penyerang Belanda, van Persie membuka jaringan pada minit ke-42 apabila beliau menyambar hantaran silang Bacary Sagna berdekatan tiang gol.

Tottenham masih cuba sedar daripada kejutan itu apabila kapten Arsenal, Cesc Fabregas mencuri bola daripada sepak mula dan menewaskan pertahanan pelawat untuk menyumbat bola melepasi Heurelho Gomes.

Van Persie kemudian menambah derita pasukan Harry Redknapp pada minit ke-60 untuk gol ketiga Arsenal. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan