Mengikut pendapat ulamak Islam masa kini, bahawa hukum memperingati hari lahir bagi umum umat Islam serta menyambutnya adalah harus selagi tiada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun meraikannya dengan doa selamat, istighfar, zikir, solat dan doa yang lain, yang mendekatkan yang menyambut berserta yang disambut, kepada Allah SWT dan Islam adalah lebih utama. Elakkan juga sebarang pembaziran dan raikanlah bersama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran terdekat, sahabat handai lebih-lebih lagi golongan faqir dan miskin serta mereka lemah lagi memerlukan.
Daripada Aus bin Aus RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: “Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam AS, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat atasku pada hari itu karena selawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi ASW.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan disahihkan)
Hadith ini juga secara tidak langsung mengingatkan kita, peri pentingnya mengingati hari lahir sebagai peringatan kepada hari tua dan kematian beserta hari akhirat dan pembalasan serta bersedia untuknya. Selain itu ia mengingatkan kita bahawa sebaik-baik doa ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana dengan berselawat sekali sahaja, Allah SWT dan para Malaikatnya akan berselawat ke atas kita sepuluh kali dan mengampunkan dosa-dosa kita. Justeru, perbanyakkanlah berselawat dalam sambutan hari lahir.

Sambutlah hari lahir...
Asal Sambutan tidak bercanggah dengan nilai Islam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan