Selasa, 7 Jun 2011

Catatan pagi

Anak-anak abah
pasti dah bangun. Abah yakin tugas utama pada Allah telah ditunaikan.
Yang bekerja,bekerjalah dengan rajin dan ikhlas.Apa-apa pun jika ikhlas.
Allah pasti beri ganjaran. Berusahalah seupaya
hingga ke gerbang jaya.Cita-cita bukan hanya digantung.Ia perlu digapai dan dicapai. Berkuliah dengan sebaiknya.Manfaatkan masa,yang hanya beberapa ketika itu untuk yang terbaik.

Pengalaman belajar bekerja bukan hanya ditimba tapi dikongsi dan dirasai.Agar nanti waktu ditempat orang,ranting orang tidak dipatah, air orang tidak disauk.Tekun seperti Chua Gin di Brincang. Berpagi mencari rezki.Dingin pagi tidak menghalang berurusan denga
n khalayak,Chua Gin menyahut seruan material.Seruan Allah di primis Kayangan hanya membadak di telinganya.
Apa pun brincang udah banyak berubah. Dulu berpagi selepas suboh, sejuknya sampai ke sendi,Gigil. Berlapis pakaian. Sekarang udah tak rasa ape "Banyak pembangunan."kata Pak Mat penjual roti canai. Teroka sana. Teroka sini." Cuti macamni ramai pelancong." Tak sangat.Dulu ramai.Pagi-pagi macamni dah ramai."keluhnya sambil melenyek tepong roti canainya.
Teruja ke kedainya.Semua kedai di Berincang belum dibuka.Pak Mat hebat. Suara alunan ayat suci al-Quran memecah hening di Brincang.Ayat suci mengusik jiwa. Tersentuh sebentar. Adoi lama ayat-ayat ini tidak kedengaran. Sedar-sedar devancilivannoku tergenang. Alunan ayat cinta ini tiba-tiba direntap suara Ramli Sarip,papa Rock. "Jangan tunggu lama-lama nanti
diambil orang"Aduhai guntai dibuatnya. Brincang oh Brincang.

Jangan tunggu lelama,,kah..kah
Di ambil orang...ha..ha
ikhaskan diri...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan