Rabu, 22 Jun 2011

salihin itu solihin





Tiga hari berada di Bintulu. Senang dan puas. Syukur ada Salihin. Semua urusan ke Kem Similajau ziarah anak dan melawat tempat menarik jadi mudah. Salihin baik , seperti namanya. Sampai di airport Bintulu, terpacul dia menunggu di depan kereta. Langsung bawa kami ke Kem Similajau. Selepas itu bawa kami makan di Restauran Tumis. Siap belanja makan sekali.
Petang kami menyusur Pantai Tanjong Batu, makan rojak sotong,minum air kelapa dan ais kacang, Beritahu sahaja hendak kemana, dia akan bawa.Kami dilayan seperti keluarganya sendiri.Akhirnya Salihin bawa kami ke hutan pinggir Bintulu. Kami berjoging. Peluh. Rasa segar.Terima kasih Salihin.Jika ada waktu dan ketika kami akan datang lagi.

Buat baik hingga akhir hayat..
buat baik tidak semestinya berpada-pada..
Buat baik yang salihin...kah..kah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan