Ahad, 19 Jun 2011

Hari Bapa



















Terima kasih anak-anak- abah yang wish sempena Hari Bapa.Sekarang ini macam-macam hari ada. Hari Guru.Hari Ibu.Hari Bapa. Tujuannya satu iaitu untuk menghargai jasa-jasa mereka. Hari Bapa kebetulan pulak berada di Bintulu. Memang tak dirancang. Kalau tak kerana ziarah Alia tidak sampaila Bintulu ini.Bintulu pekan kecil.Siangnya bunyi siulan Walet. Malam sunyi.Pukul 9.00 kedai-kedai sudah mula di tutup. Pagi sebelum Subuh berpeleseran kupu malam menunggu seseorang.Belakang hotel terdapat sebatang sungai menghubungi Kampong Jepak. Naik bot tambang 50 sen. Perkampongan, Kuat santaunya, santau angin. Hai seram jugak.
Hari bapa, berbual dengan Hj Dahari, Pak Kadir dan Pakcik Dolah. Mereka bukan orang Bintulu. Mencari rezki di Bintulu. Hampir tigu suku abad menjadi menjadi bapa. Hj Dahari sendiri mempunyai 11 anak dan 45 cucu. "Orang sini kaya. Kami merantau dari Miri berjualan di sini.Di pasar bawah itu pun kebanyakan yang jualan orang Indon. Pekerja kepada tokey2 ikan China."
Di sini orang kaya makin kaya. Saya bukan nak cakap politik.Time masa ngundi dulu datang janji macam-macam. Tapi janji aja. Siapa kaya di Sarawak..Ha..orang Lubnan. Kami gelak bersama.

Pak Cik kenal ketua menteri. Hj Dahari senyum, Ada pertalian saudara.Tapi kami miskin.Berbeza dengan bapak saudaranya Abd Rahman. "Keluarga dia jugak yang mengambil tanah saya." Ambil buat apa. Buat sekolah.Sekarang kami sedang lawan. Kami sudah menang dua kali." jawabnya bangga. Kami sembang pasal ketidakadilian , ketelusan dan kezaliman. Haji Dahari dan rakannya yang mempunyai ramai anak ini tidak setuju dengan konsep 1 Malaysia. Sangat bahaya.katanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan