Abah seperti terlalu penat mencuba dan mencuba. Ikhlas ya.Abah dah berikhtiar,Tapi keputusan hari ini amat menyedihkan. Kenapa, ya, Debar waktu melayar rayuan UPU seperti sudah tau jawapannya. Agaknya ramai yang senasib dengan Ya. Sedih dan hampa. Suara esak Ya di telefon menambah lagi beban abah. Banyak Ya buang siling, semata nak tau dapat ke tidak Kekadang bertuahnya yang jadi pandai macam Dina dan Tiqah.Dan mahu saje kata, "Kalau dapat 7 atau 8A tentu takjadi begini. Apa pun Ya kena banyak sabar. Banyak berdoa kepada Allah" Rasenye Ya pun berusaha jugak.Cuma rezeki setakat itu
Abah macam tak tau nak buat apa. Emak cadang masuk aje mana-mana Kolej. Tapi Kosnya mahal.Buat apa buang duit.Abang Afiq tak setuju. Sekarang ini kami sedang fikir.Samaada UNISEL.Kolej under MARA, Panggilan semester kedua. Akhirnya abah masih mengharap esok kalau En Sopian dan Pn Ilya Ezdiani membawa berita gembira.Tunggulah esok.
Allah uji..hambanya dengan berbagai-bagai.Allah uji dengan kegagalan...kesedihan Belajarlah dari kesilapan lampau....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan