Isnin, 6 Jun 2011

Sebuah Catatan



Suami Ira seorang jurutera. Ira amat mencintainya. Sifat semulajadi yang dimiliki.bukan sebuah lakun layar.

Bukan seperti dalam filem.Apatah lagi seperti sebuah Drama Nur Kasih. Ah jauh sekali.Dia caring. Hangat dalam hati dan perasaan. Ira rasa bagitu disayangi .Tika dia bersandar di bahunya. Ia rasa ayem. Lega.

Tiga tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, Ira merasa bagitu letih.Ira rasa lelah.Alasan-alasan tika mencintainya dulu telah mula beransur hilang. Rasa jemu dan mual tetiba muncul dalam benaknya.

Ira seorang wanita yang sentimental . Sensitif, serta berperasaan halus. Ira merindui saat-saat romantis.Ia seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian.

Tetapi, semua itu tidak pernah di perolehi. Suami nya jauh berbeza dari yang di harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dia tidak mampu mencipta suasana romantis dalam perkahwinan.
Patah harapan Ira.Hancur. Luluh. Harapan terhadap cinta yang ideal menunggu retak dan belah.

Suatu hari, Ira beranikan diri untuk mengatakan keputusan bahawa "saya inginkan perceraian.

"Mengapa?" dia bertanya dengan nada terkejut. "Ira letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Ira?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Ira ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Ira, Ira akan mengubah fikiran.Seandainya, Ira menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Ira?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya . Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat."Sayang, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan .
" Sesungguhnya kalimah pertama itu menghancurkan. Hati seperti pecah bak kaca. Namun, saya masih terus ingin membacanya. " Ira boleh mengetik di komputer. Mengusik program di dalamnya. Dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang akan memberikan jari-jari.Abang akan membantu Ira . Abang cuba seupaya memperbaiki program itu. Dan abang akan menyapu titisan airmata di pipi mulusmu.
"Ira selalu lupa membawa kunci rumah ketika Ira keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Ira ketika pulang." "Ira suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Ira kunjungi. Abang harus mencari Ira dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Ira pulang ke rumah."
"Ira selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Ira datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Ira yang sengal itu." "Ira lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Ira akan menjadi kaku. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan. Atau meminjamkan lidah Abang untuk mencuit sesuatu yang kelakar ." "Ira selalu menatap komputer, membaca buku.Ira kekadang kepenatan .Abang harus jaga kesihatan Ira. Abang harus menjaga agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Ira, menuruni anak tangga.Kita mengambil wuduk.Lalu solat bersama.Kemudian menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayang, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Ira." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Ira. Abang tidak akan menahan diri Ira mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Ira." Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Ira telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Ira puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Ira" "Tetapi, jika Ira tidak puas hati, biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Ira bahagia."
Terpegun. Segera mata memandang pintu . Mata menerobos ke luar pintu. Saya segera berlari membukakan pintu. Terpacul . Melihatnya berdiri di depan pintu. Wajahnya gusar.Guntai.Longlai. Tangannya memegang susu dan roti. Kini baru tahu. Rupanya tidak ada orang yang pernah mencintai lebih dari dia mencintai. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang .Dia hadir. Hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.(ISA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan