
Setiap manusia akan menerima dugaan dan ujian Allah. Cuma bezanya antara seseorang itu tidak sama. Ada yang diuji dengan kesakitan,kesempitan, kesihatan dan yang paling hebat kematian orang yang disayang. Khairi (bukan nama sebenar) mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis dari Pahang. Lebih kurang setahun mendirikan rumahtangga.Khairi menerima berita gembira.Isterinya mengandung.Dia gembira akhirnya isterinya berjaya melahirkan anak.Anak lelaki yang persis wajahnya.Namun kegembiraan tidak lama.Kasihnya pada isteri tidakberpanjangan. Isteri yang dicintai tiba-tiba ditimpa musibah.Sakit berpanjangan. Dan akhirnya betapa ia kasih.ia sayang .Allah sessungguhnya lebih menyayanginya.Khairi sepert tidak dapat menerima hakikat. Hatinya luluh.Hancur. Berkecai. Dalam usia yang muda. Ia telah kehilangan orang yang tercinta. Dia meneyesali takdir. Tapi apakan daya. Semasa pengkebumian allahyarhamah isterinya. Dadanya seperti diranggut. Hatinya seperti dihiris dengan belati. Mahu saja ia mati bersama. Punah segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan