Rabu, 8 Jun 2011

Salam pagi

Salam anak2 abah apa khabar,adik masih mengerekot di atas Katil. Selepas pekene Nasi lemak 70 sen Mata adik jadi layu.Tersembam di atas bantal.Along,angah,alang. Macam mana dengan mood bos hari ini. Bisa diaturkut. Pandai-pandaila ambil hati bos. Jangan nampak sangat.Ha..ha.Pergi kuliah hari ini . Bagaimana, beres barangkali. Kuliah adalah majlis ilmu.Majlis ilmu malaikatrahmat akan hadir bersama.So datang awal. Berdiskas , bagus banget. Banyak bende boleh dikongsi. Terbaik wo..Tahniah.

Ya abah tak pasti.Berderap-derap agaknya.Kedewan makan kawat.Ke surau Kawat. Semua kawat .Ini baru aktiviti membentuk kumpulan.Aktiviti Luar belum lagi.Apa pun tahniah semua. Usaha mesti yang terbaik.Selepas menuruni laluan berliku dari CH, kami teruskan perjalanan.Kali ini ke rumah Normala,rakan waktu di Maktab.

Tiga puluh tahun tidak berjumpa.Bermula hanya berchat diFB.Kini Mala betul-betul depan mata. Normala banyak berubah.Roman tua udah jelas.Sama.Kita serupa Mala.Mala sudah punya cucu.Menantunya pelajar lepasan UTM Skudai.Sembang punya sembang rupanya satu kepala.


Perjuangan kita sama.Ha apa lagi.Rabong dan mesra. Hingga tak sedar masa berlalu. Kami makan tengahari. Sedap masakan Puteri Normala. Selera benor. Rasa nak tambah. Tapi malu..ha..ha.

Suratan atau kebetulan..ha..ha

Entah bila boleh bertemu lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan