

Di hujung Rejab baru ada kesempatan mengadapmu Tuhan.Mohon di atas keterlanjuran ini.Aku cuba menghitung timbangan namun termanggu
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.
-Malaysiakini-
Seorang kanak-kanak Sudan diikuti oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya. Sangat jelas bahawa anak itu hampir mati kelaparan, sementara burung nasar dengan sabar menunggu anak tersebut mati sehingga mendapat makanannya. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut, yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB.
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat dan (ingatlah) Alllah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan." (Surah Al Mujadalah ayat 11)
"Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az Zumar ayat 9)
"Maka Maha Tinggilah Allah, yang menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku." (Surah Toha ayat 114)"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya." (Surah At Taubah ayat 122)
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (Surah Al Nahl ayat 43)
"Sesiapa yang dikehendaki Allah swt untuk mendapat kebaikan maka Allah swt akan mengurniakannya pengetahuan yang mendalam tentang agama."(Riwayat Bukhari)
hebat orang berilmu ha..haPelajar yang cemerlang ialah pelajar yang seimbang. Dan kita perlu adil terhadap semua ilmu yang kita pelajari di sekolah. Semua ilmu ada manfaatnya yang tersendiri. Yang paling penting, semua ilmu adalah milik Allah. Allah memuji segolong manusia di dalam Al-quran yang bermaksud :" Dan sebahagian daripada mereka telah berkata, Tuhan kami berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka." ( surah Al-Baqarah, 201 ) Melalui ayat ini Allah memberitahu kita betapa pentingnya kita menyeimbangi kehidupan kita di dunia dan di Akhirat. Kehidupan kita tidak terhenti di dunia sahaja, tetapi akan bersambung di Akhirat nanti dan itulah kehidupan yang kekal abadi. Bagaimanakah nasib kita jika kita sengsara di Akhirat nanti
Ilmu pendidikan Islam bukanlah dipelajari hanya sekadar untuk dimuntahkan di atas kertas periksa semata-mata. Ia adalah ilmu yang perlu dipelajari, dihayati dan diamalkan di dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak ada makna jika kita dapat markah 100 di dalam subjek pendidikan islam, tetapi kita tidak pernah solat. Ataupun kita bersolat hanya pada waktu-waktu yang kita suka sahaja, tidak cukup 5 waktu sepertimana yang telah diwajibkan ke atas kita. Begitu juga kita boleh memberitahu adab-adab makan apabila ditanya, tetapi kita tidak menjaga adab-adab tersebut ketika menjamu selera. Amat rugilah kita jika begitu persepsi kita terhadap pendidikan Islam.
Sejak tahun 1878 lagi penuaian sarang ini telah dimulakan di Malaysia bermula di Gua Niah, Sarawak. Selepas pada itu ianya telah bertukar kepada satu industri perladangan yang kini telah di usahakan secara besar-besaran dan memberikan keuntungan yang tinggi,
Burung walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada pengetahuan umum.
Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Perbezaan yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah seperti di bawah:
Burung walet – berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek, Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai 7 spesis.
Burung layang-layang – berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.
Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :
Jangan terkejut jika dikatakan spesis ini terdapat banyaknya di Malaysia dan juga Indonesia dan kerana ini juga industri sarang burung walet sangat berpotensi di Malaysia juga.
Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius. Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan.
Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada umur 10 hari.
Semasa usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil Fledging.
Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan. Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.
Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.
Pasaran Sarang Burung Walet
Malaysia telah menjadi pengeksport komoditi utama dari sudut pertanian. Permintaan bagi pasaran sarang burung walet ini banyak di terima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China dan juga Hong Kong. Hong Kong adalah sebuah negara yang mempunyai permintaan Sarang Burung walet yang sangat tinggi pada ketika ini.
Rumah Burung Walet
Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.
Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat, lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.