Khamis, 31 Disember 2009

Jangan ikut tabiat buruk ayah

Itulah antara kata-kata terakhir seorang banduan yang menjalani hukuman gantung sampai mati kepada anak-anaknya. Kisah tali gantung yang diceritakan oleh En Samuel, sebagai renungan kita bersama.

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung ‘poie dengan rela’ setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

‘ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘ Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Dipetik dari tranungkite.net-


Rabu, 30 Disember 2009

Ihsan DSAI



Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru sahaja. Dan kini Ihsan selamat menjadi pasangan suami isteri. tak silap dengan rakan sekolah rendah SKBD. Sayang tak dapat jemputan. Lepas ni Nuha atau ilham jemput kut. walau bagaimanapun Tahniah Ihsan dan Syaheeda.

Selasa, 29 Disember 2009

Pesawat tempur Malaysia

Pesawat F/A-18, serangan malam akan jadi penganti MIG-29
kalau jadi.


Ditamatkan perkhidmatan kos selenggara tinggi. Kalau enjin sahaja pun mahal. Harap enjin nya tak dirampok.

Glosari Komputer



AC – Alternating current (Arus elektrik). Bekalan kuasa elektrik bervoltan 240V, dibekalkan oleh Tenaga Nasional, Malaysia.

AGP – Port AGP untuk kelajuan data video dihantar ke monitor iaitu sebanyak dua kali ganda berbanding kad video PCI.

AGP bermaksud Accelerated Graphics Port terdapat dikebanyakan papan induk ATX. Di bawah diturunkan sukatan kelajuan bas serta jumlah penghantaran data di slot PCI dan AGP untuk perbandingan. Sistem operasi Win98 ke atas menyokong kelajuan
AGP 4X dan sebaliknya Win95 ke bawah dan WinNT 4.0 tidak sama sekali.

AT – Teknologi masa depan (Advanced Technology) iaitu nama yang direka sejak awal komputer dibina pada tahun 80an.

Basic System – Komputer Sistem Asas, terdiri dari komputer yang tidak ada bunyi dan tidak boleh Internet.

BIOS – Basic Input-Output System ialah satu cara di mana sebuah cip digunakan bagi komputer beroperasi dengan sistem mengenai perkakasan.

Browser – Perisian pelayar digunakan untuk melayari Internet seperti Internet Explorer, Netscape, Opera dan lain-lain lagi.

Cache – Satu jenis memori yang terdapat pada sesetengah CPU dan papan litar. Ia digunakan bagi CPU menyimpan data bagi kepantasan pengambilan balik sebelum ke storan HDD. Dalam dunia Internet, cache lebih merupakan sebuah direktori menyimpan fail-fail laman web yang dilawati.

CD-ROM – Compact disc bagi menyimpan data untuk dibaca oleh komputer sama ada program atau dalam bentuk lagu. CD-ROM drive ialah pemacu CD-ROM yang cuma boleh membaca data dari CD atau VCD.

CMOS – Complementary metal-oxide semiconductor, cip yang menyimpan maklumat perkakasan komputer.

CPU – Central processing unit, pusat memproses data pada keseluruhan sistem komputer.

DC – Direct current iaitu sumber kuasa seperti dari sebuah bateri.

DOS – Disk operating system. Sistem operasi untuk komputer sebelum adanya Window3.11, Win95 atau Win98.

EDO – Extended Data Out iaitu RAM jenis laju satu ketika dulu, biasanya digunakan untuk sistem Pentium lama (papan induk Socket 7).

FDD – Floppy Disk Drive (pemacu cakera liut). Digunakan untuk menulis dan Membaca disket.

FPM – Front Page Mode iaitu RAM yang biasa (normal RAM) untuk papan induk 486.

FSB – Front Side Bus bererti kelajuan antara CPU dan memori (RAM). Kelajuan papan induk 100 MHz bererti CPU dan RAM berinteraksi setakat kelajuan itu saja.

Hardware – Perkakasan komputer terdiri dari kad-kad litar, tetikus, papan kekunci, monitor dan lain-lain lagi.

HDD – Harddisk drive atau pemacu cakera keras iaitu storan untuk menyimpan data dan sistem operasi.

Internet – Rangkaian komputer global yang terdapat berbagai-bagai maklumat untuk rujukan,Internet Ready – Sistem komputer yang dibekalkan modem untuk kemudahan Internet.

ISP – Perkhidmatan Penyedia Internet (Internet Service Provider), seperti namanya memberi perkhidmatan sambungan ke Internet. Antara ISP yang aktif di Malaysia ialah Tmnet dan Jaring.

LED – bererti diod pemancar cahaya (light emitting diode) merupakan diode semikonduktor kecil yang memancarkan cahaya. la murah dan beroperasi dengan voltan rendah serta jangka hayat yang panjang.

MB – Megabyte iaitu dalam angka juta. 1MB bersamaan sejuta byte atau sebenarnya 1,048,576 bait dalam kiraan binari.

Mb – Megabit iaitu yang berkenaan kelajuan penghantaran data seperti melalui perkakasan modem.

Motherboard – Papan induk di mana diletakkan berbagai-bagai jenis kad seperti kad bunyi, kad video, modem dan lain-lain lagi.

MP3 – Motion Picture Experts Group (MPEG) Audio Layer 3 berkenaan fail audio yang dimampat dan dimainkan dengan perisian MP3. Kualiti MP3 setanding media CD (cakera padat).

MPC – Multimedia Personal Computer yang mempunyai sistem multimedia di mana komputer boleh memainkan VCD, CD dan boleh berkaraoke.

Network – Komputer yang disambungkan di antara satu sama lain dan boleh menyalin atau menghantar fail-fail sesama sendiri.

RAM – Random access memory (Memori ingatan rawak). Memori sementara yang digunakan oleh komputer tersimpan dalam RAM dan akan hilang bila komputer ditutup

SCSI – Singkatan dari Small Computer System Interface, antaramuka sambungan ke perkakasan jenis SCSI seperti cakera keras dan pencetak. Perkakasan . menggunakan SCSI lebih laju dan mahal berbanding jenis IDE dan port bersiri (LPT1).

Stand-alone – Sebuah komputer yang bekerja sendirian dan tidak mengharapkan bantuan komputer lain.

SVGA – Super Video Graphics Adapter, kad video yang mempunyai resolusi yang baik.

Software – Perisian di dalam komputer, membolehkan kita menggunakannya untuk melaksanakan berbagai-bagai tugas dengan mudah.

Papan kekunci – Cara data dimasukkan ke dalam PC iaitu dengan menaip di papan kekunci dan ia bertindak sebagai peranti input.

PC – Personel computer, sebuah komputer peribadi yang tidak dirangkai ke mana-mana.

PCI -Peripheral component interconnect, slot tambahan untuk perkakasan 32-bit.

PnP – Plug and Play bermaksud kad-kad yang menggunakan sistem PnP dengan mudah dikesan oleh sistem seperti Win95, Win98, WinMe dan WinXP.

POST-Bermaksud power-on self test bertujuan menguji perkakasan seperti RAM, HDD, tetikus dan papan kekunci semasa komputer dihidupkan. Sekiranya kerosakan dikesan, kod beep akan dibunyikan oleh sistem.

USB – Universal serial bus, komponen yang dicipta untuk mempercepatkan penghantaran data antara perkakasan yang disambungkan dengannya. Perkakasan boleh disambung tanpa menutup sistem atau diistilahkan sebagai ‘hot plugging’. Perkakasan-perkakasan jenis USB yang boleh disambungkan ke soket USB komputer seperti pencetak, modem, tetikus, papan kekunci dan sebagainya. USB 1.1 boleh memindah data dengan kelajuan 12 Mbps iaitu 12 megabit sesaat dan yang terbaru USB 2.0 pula selaju 480 Mbps. Cara pemindaHan data yang terbaru dan menjadi saingan USB ialah FireWire yang mampu beroperasi dengan kelajuan 400 Mbps.

VCD – Video compact disk (Video cakera padat) bererti cakera padat yang dimuatkan data video bergerak seperti wayang gambar untuk dimainkan dengan pemacu CD-ROM.

VGA – Video graphics adapter juga dipanggil kad VGA untuk disambungkan ke monitor. Paparan yang baik dan sempurna memerlukan kad video yang mempunyai RAM yang banya

Selamat bermesyuarat


Kebanyakan sekolah akan memulakan mesyuarat Guru hari ini. warga guru akan mula sibuk dengan tugasan yang diberi oleh pentadbir setelah lebih sebulan bercuti. Semoga warga guru tabah dan sabar dalam mendidik anak bangsa. pastikan anak-anak didik cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Isnin, 28 Disember 2009

Awas


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar
tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
















Ahad, 27 Disember 2009

SEJARAH 10 MUHARRAM



Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

Demo lagi depa...













Siapa yang berdemo sebenarnya? Ahli Pas. Penyokong Pas? Tengok kaki dan kasut pun tahu. Lain kali buh kopiah.Biar nampak real.

Selasa, 22 Disember 2009

Runtuh lagi.....
















Bangunan perhentian bas Kuala Berang runtuh jam 4.petang

Hukuman hudud di Somalia

Pemimpin PAS selamatkan saya







Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

Isnin, 21 Disember 2009

Rakyat kelantan boikot Petronas?



Ekoran tindakan kerajaan pusat yang bermain wayang mengenai wang royalti hak rakyat Kelantan, sebahagian rakyat Kelantan tidak menggunakan stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak sebaliknya menggunakan stesen minyak asing. Ada yang berpendapat minyak keluaran Petronas tidak bermutu dan prestasi kurang meyakinkan.

Kedegilan kerajaan pusat yang suka ’menyakiti’ rakyat Kelantan dengan pelbagai alasan untuk memberikan royalti sebaliknya mengatakan Kelantan tidak layak mendapat hak royalti sebaliknya wang ehsan. Jahil sungguh mereka sehinggakan tidak dapat bezakan wang ehsan dan royalti.--

-muslimen united

Ahad, 20 Disember 2009

Kenali pesawat canggih

Pesawat Tempur adalah pesawat tentera yang dirancang untuk menyerang pesawat lain di udara. Pesawat tempur ini lebih kecil, cepat, dan lincah.

Klasifikasi pesawat tempur dibuat berdasarkan generasi dan Berikut ini adalah 10 jenis pesawat tempur canggih generasi kelima versi coldfire.

Mitsubishi Japan F-2 (Jepun)


18 Super Hornet (Amerika)




SU 47 (Rusia)


Dessault Rafle (Francis)




SU 30
(Rusia)



Jas 39 Gripen (Swedia)



Chengdu J-10 (China)



F-22 Raptor (Amerika)



Su 34 (Rusia)



Eurofighter Typhoon (Britania Raya)


Dari semua pesawat canggih tersebut ternyata Rusia masih unggul dengan beberapa pesawat tempur Jenis Sukhoi di bandingkan dengan musuh nya Amerika.Malaysia guna Sukhoi gak kan. Jangan hilang enjinnya pulak...

Enjin 50 juta lesap
















Apa lagi yang selamat. enjin jet pun boleh hilang. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.SPRM kena siasat ni. Tangkap penyangak ni. jangan tunggu lagi

Gambar terbaik





Berhati-hati di jalan raya.Kasihani orang tersayang. Sentiasa mohon perlindungan dari Allah - Sumber Kijangcare

10 ribu mendengar syarahan ulamak tersohor



Dianggarkan 10 ribu orang hadir, dalam majlis syarahan Perdana ulamak tersohor Prof Dr Yusuf al-Qardawi di Masjid negeri Shah Alam semalam. Ramai hadirin teruja dengan ucapan berapi-rapi yang disampaikan oleh beliau. Hadirin yang terdiri dari golongan tua dan muda tampak bersemangat.Syarahan perdana itu juga di hadiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antaranta Datuk Sri Anwar Ibrahim. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,Yang amat Berhormat menteri besar Selangor dan lain-lain pimpinan.

Sabtu, 19 Disember 2009

Tokoh Maal Hijrah

1.Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, dari Mesir terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat kebangsaan kategori luar negara

2.Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat kebangsaan ialah Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Dr Mohamed Yusof Mohamed Noor kategori dalam negeri.

3.Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 77, menerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Kedah

4.Naib Cancelor, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof Emiritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim, 64, dianugerah Tokoh Maal Hijrah peringat negeri Melaka

5.Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot dianugerah Tokoh Maal hijrah negeri Johor

6 Tiada pemenang tokoh maal hijrah bagi negeri Terengganu kerana tiada yang betul-betul layak untuk dianugerahkan.

7.Di SARAWAK, Chek Bujang, 58, dan isterinya Jariah Tahir, 58, menerima anugerah Maal Hijrah Kategori Keluarga Cemerlang daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin.

8.Di SELANGOR, bekas Senator dan ahli politik, Hassan Shukri, 70, dipilih penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri.

9 Di Perlis, Tokoh Ma’al Hijrah kepada Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 66,

10.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama Negeri Sembilan dipilih menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

11.Anugerah Tokoh Maal Hijrah Sabah kepada bekas Ketua Jemaah Hakim Musabaqah al-Quran peringkat negeri (1977-1994), Datuk Ahmad Othman, 80.

12.Anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri Pahang diberi kepada bekas qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Ahmad Faizul Ghazali.

13.Di Perak,penglibatan berterusan dalam aktiviti keagamaan tanpa mengira lapisan masyarakat melayakkan Ibrahim Mahmud, 71, dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah Perak.

14. Di Kelantan,Tengku Muhammad Faris turut menyampaikan Anugerah Tokoh Hijratul Rasul kepada Salamah Hassan, manakala Abdul Rahim Pui Abdullah sebagai Tokoh Saudara Baru.

Kuliah Yusuf al Qardawi

Ulamak tersohor abad ini akan mengadakan kuliah maghrib di Masjid negeri Shah Alam.

Jumaat, 18 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU. MARILAH KITA MUHASABAH DIRI AGAR MENJADI HAMBA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA

Ayat-ayat Sajadah

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Wallahu'alam.- masalahkini

Sujud Sejadah

Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)

Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith Shohih).

Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti :"Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)

Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)

Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr ) Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya :"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di anataranya yag berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas tangannya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)

Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan amalan sedemikian.
- sumber ustaz zaharudin

Khamis, 17 Disember 2009

Kejayaan Malaysia di Korat. Di Laos?

1 Thailand 183emas 123perak 103gangsa, jumlah 409
2 Malaysia 68emas, 52perak 96gangsa, jumlah 216
3 Vietnam 64emas, 58 perak, 82 gangsa, jumlah 204
4 Indonesia 56 emas, 64 perak, 83 gangsa, jumlah 203
5 Singapura 43 emas 43 perak, 41,gangsa, jumlah 127
6 Filipina 41 91 96 228
7 Myanmar 14 26 47 87
8 Laos PDR 5 7 32 44
9 Kemboja 2 5 11 18
10 Brunei 1 1 4 6
- sumber utusan malaysia

Isunya bola sepak Malaysia ke final di Laos. Semua media bercerita bagai nak rak.Tapi nak dapat pingat emas ke 30 ,terkial-kial dibuatnya. Nah lihat Thailand,masih kekal dipersada.

Pisang pun tak selamat.....



Sekarang ni orang tak peduli dengan dosa pahla. Hak orang ke atau tidak, main rembat aje.Kalau dulu jarang berlaku kecurian di kampong. Kalau ade pun, orang curi ayam. Curi ayam dalam reban, kemudian sumbat dalam guni basah. Biar tak berbunyi. Tapi sekarang tanaman pulak dicuri.Siang-siang akan ronder tengok mana ada buah pisang yang ditanam di tepi jalan. Malam hari dikaitnya.Tak kira pisang tanduk ke,beranganke atau pisang abu.Mereka ni dah tak tahu hukum.Hasil jualan jadi makanan anak bini.. Dunia akhir zaman, Dosa pahala tidak dihiraukan lagi

Aksi seks dengan lima lelaki terbongkar

Tolong tengokla anak-anak kita. Sekarang bukan saje kita perlu tengok homeworknya. Tapi tengok juga, apa yang ada dalam telefon bimbit mereka. Inilah yang berlaku kat negara kita.

Lakonan 'terlampau' seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan. -sumber berita harian

15 MP pakatan tak hadir?

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib- harakahdaily

Rabu, 16 Disember 2009

DRAW PERLAWANAN

BADMINTON INDIVIDU SUKAN SEA 2009
TARIKH: 17 DISEMBER 2009
VENUE: GIMNASIUM 1, KOMPLEKS SUKAN KEBANGSAAN
AKHIR

BERGU CAMPURAN
*1 Nova Widianto/Lilyana Natsir (Ina) lwn *2 Songphon Anugkritayawon/Kunchala Voravichitchaikul (Tha) - 4.00 ptg

PERSEORANGAN WANITA
Ratchanok Intanon (Tha) lwn *1 Salakjit Ponsana (Tha) - 4.40 ptg

PERSEORANGAN LELAKI
Sony Dwi Kuncoro (Ina) lwn Simon Santoso (Ina) - 5.00 ptg

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (Mas) lwn Shinta Mulia Sari/Yao Lie (Sin) - 5.40 ptg

BERGU LELAKI
*2 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) lwn *1 Markis Kido/Hendra Setiawan (Ina) - 6.00 ptg

Jadi Mufti MIC pun tak kisah

Mufti Perak menyelar kenyataan Ketua penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad yang hanya berani menegur atau mengkritik Pas. Tapi tak berani menegur UMNO. Lebih lagi dalam isu rampasan kuasa di negeri Perak. Beliau menuduh pemimpin pembangkang pandai mengelor orang. Kononnya apabila bertentangan dengan perjuangan mereka.Beliau tak kisah. Kome nak gelor apa pun. Gelor le... Demi negakkan keadilan dan kebenaran. Kalau nak negak kebenaran macamtu ke.

Harussani berkata, beliau tidak kisah diberi bermacam-macam gelaran demi menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira agama atau kaum.

"Gelarlah apa sahaja, saya tak kisah. mufti Umno, mufti PKR (Parti Keadilan Rakyat), mufti MIC? mufti MCA pun tak apa, yang penting teguran saya, kritikan saya ialah untuk kebaikan semua pihak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad bahawa Harussani lebih cenderung membela Umno apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan Islam.

Bung Mokhtar nikah lagi?


Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya.

Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini.

Khamis, 10 Disember 2009

Subuh di Kuala Nerang

Imam cabul kehormatan..

Pak Imam pun dua kali lima. Perangai macam orang gila sex. Ada ke patut buat kerja tak senonoh. Patutnya sebat aje. Inilah yang berlaku di Malaysia.

Seorang imam di Tampin berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Letupan Bom semasa lawatan Najib?




Dua orang terbunuh dan 17 cedera akibat sembilan letupan bom dan beberapa serangan dengan senjata api di tiga wilayah di selatan Thailand semasa kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand ke wilayah yang bergolak itu hari ini.

Seorang jurucakap tentera Thailand berkata enam daripada letupan bom itu berlaku di Yala dan meragut nyawa seorang anggota pasukan pemusnah bom.

Pegawai berkenaan terbunuh apabila sebutir bom meletup ketika sekumpulan anggota polis dan tentera menyiasat kes letupan sebelumnya, yang mencederakan dua anggota tentera.

Beberapa letupan bom berlaku di daerah Khopo di Pattani dan di Narathiwat serta mencederakan dua anggota tentera ketika mereka cuba mengalihkan sepanduk dalam tulisan jawi dan bahasa Melayu yang menyebut bahawa Pattani adalah sebahagian daripada Malaysia.

Rabu, 9 Disember 2009

Khazanah Nasional dapat lagi...

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.

Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

Ahad, 6 Disember 2009

Malaysia grabs three of five Super Series titles Posted: 06 December 2009 2107 hrs



JOHOR BAHRU, Malaysia: Malaysia had a field day in the season-ending BWF World Super Series Masters Finals, winning three of the five titles on offer on Sunday.

Malaysia's Lee Chong Wei clinched the men's singles, while Wong Mew Choo took the women's singles as Wong Pei Tty/Chin Eei Hui snapped up the women's doubles.

The men's doubles went to South Koreans Jung Jae-Sung/Lee Yong-Dae with the mixed doubles going to Denmark's Joachim Fischer/Christinna Pedersen.

Wong, Malaysia's top woman shuttler, started the ball rolling by winning the singles title with a 21-15, 21-7 win over surprise finalist Juliane Schenk of Germany.

Then, women's doubles pair of Wong/Chin took to the court and retained the title with a 21-17, 21-14 win over Denmark's Kamilla Rytter Juhl/Lena Frier Kristiansen.

World number one Lee made it three for the hosts with a 21-17, 21-17 win over South Korean Park Sung-Hwan with another masterly display of badminton to retain the men's singles title.

"It is very satisfying to win the title again," said Lee, who has previously won four Super Series titles and two GP Gold tournaments.

Lee's next stop is Laos for the SEA Games where Malaysia has targeted two gold medals - the team gold and the men's singles.

But with Wong in top form, it could be three.

The Malaysian took the women's singles title with an unbeaten record and she once again displayed all round superiority in her game to tame the German with a rather easy 21-15, 21-7 win in 35 minutes.

"Am I lucky?" said Wong. "Maybe, as I should not be playing here as I did not qualify on merit. But it has been a sort of a 'fairy tale' run for me. Winning the title is certainly a boost before I play in the SEA Games."

In the women's doubles, Wong/Chin made short work of Denmark's Kamilla Rytter Juhl/Lena Frier Kristiansen to retain the title.

"We lost to this pair in the Sudirman Cup in China in May so it is good revenge to beat them twice here and in the process retain the title," said Wong.

The men's doubles title went to South Korean pair of Jung Jae-Sung/Lee Yong-Dae who toppled top seeds Carsten Mogensen/Mathias Boe in a thrilling final which lasted 46 minutes.

It was the second title for the Korean pair, a month after winning the China Open.

But it was no fairy tale ending for India's V. Diju/Jwala Gutta in the mixed doubles final.

Top seeds Joachim Fischer/Christinna Pedersen beat the Indians 21-14, 21-18 in 37 minutes for the title and the 42,000 dollars prize money that came with it.

"This is the biggest win in our badminton career," said Fischer.

Results from the Super Series Finals on Sunday:

Men's Singles
Lee Chong Wei (MAS) bt Park Sung-Hwan (KOR) 21-17, 21-17

Men's Doubles
Jung Jae-Sung/Lee Yong-Dae (KOR) bt Carsten Mogensen/Mathias Boe (DEN) 21-15, 21-15

Women's Singles
Wong Mew Choo (MAS) bt Juliane Schenk (GER) 21-15, 21-7

Women's Doubles
Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS) bt Kamilla Rytter Juhl/Lena Frier Kristiansen (DEN) 21-17, 21-14

Mixed Doubles
Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) bt V. Diju/Jwala Gutta (IND) 21-14, 21-18

Alor Star bersih?





Apakah ini sebenarnya sikap penduduk Alor Star. Atau segelintir remaja yang lepak dan makan-makan? Macam taada sivik aje. Nak makan makanlah sampai lebam ke . Sampai muntahke. Tapi tolongla disiplinkan diri oii. Jaga kebersihan. Buang dalam tong Sampah. Dah makan di bior aje kat situ. Buruk betui perangai.

jatuh dari tingkat 3


2 Maut 2 cedera parah, kereta jatuh dari parking tingkat 3 menjunam ke dalam supermarket KB Mall Kota Bharu.Kejadian yang berlaku lebih kurang dalam pukul 4:30 petang itu mengemparkan para pengunjung KB Mall Kota Bharu

Punca kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki di tempat parking tingkat 3 KB Mall hilang kawalan lalu merempuh benteng simen dan terus menjunam ke dalam supermarket.Jatuh tepat di atas tangga eskeletor dan merempuh beberapa orang pengunjung supermarket.

Mengikut maklumat daripada pengawal yang bertugas, setakat pukul 6:30 petang tadi 2 orang telah disahkan meninggal dunia dan 2 lagi cedera parah.

Wong won

Wong Mew Choo of Malaysia, back, shakes hands with Yao Jie of the Netherlands after their semifinal match at the Badminton World Super Series Masters Finals in Johor Bahru, southern Malaysia, Saturday, Dec. 5, 2009. Wong won 21-10 21-10

Malukan emak ayah

Kisah pondan Melayu Mohammed Fadzil Min Bahari atau nama glamournya Fatine yang ‘bernikah’ dengan pasangan jantannya di London benar-benar memalukan. Bukan sahaja emak ayah malu tapi sebagai orang Melayu, kita malu dibuatnya.

Dah ‘kahwin’ tu senyap-senyap jer la tapi diberi liputan meluas pula di media antarabangsa. Kerana ketaksuban kepada nafsunya Fatine sanggup memalukan keluarga,bangsa, negara dan agama membuat benda yang memang dilarang.

Semoga Mohammed Fadzil di beri hidayah dan bertaubat. Bukan untuk memalukan dia tapi semoga memberi sempadan kepada lelaki Melayu Islam yang berjiwa lembut supaya bertaubat dan janganlah mengikut nafsu songsang Kaum Lut dan terpedaya dengan hasutan Syaitan.

Jika kita lihat disekeliling, kaum gay dan lesbian semakin berani menonjol dan bangga pula di Malaysia . Lihatlah operasi di kelab gay beberapa bulan yang lalu, berapa ramai Melayu Islam yang terlibat. Manakala perempuan lesbian pula semakin ramai yang menunjukkan ‘hero’ nya di khalayak ramai. Mintak jauh anak cucu kita. Nauzubillah

Sabtu, 5 Disember 2009

ustaz Misbah pertahankan Akil Hayy

Pengarah JAIS memberi alasan yang begitu dangkal dan primitif bagi menghalang Akil Hayy untuk berdakwah di Selangor. Alasan ilmu cetek atau ada masalah rumah tangga bukannya sebab besar untuk menghalangnya berdakwah di surau atau di di masjid. Kalau itu alasannya beliau sendiri sebagai Pengarah JAIS dalam sangatkah pengetahuannya tentang agama, sedangkan yang ditadbir itu satu institusi yang menjaga hal ehwal agama. Beliau hanya ada pengalaman dari sudut pentadbiran, ilmu agamanya bagaimana ?.

Saya berani mencabar ilmu agama yang dimiliki oleh Akil Hayy jauh lebih baik dari Pengarah JAIS sendiri. Kebolehannya membaca al Quran dengan baik dan kepetahannya menyampaikan ceramah yang menarik jauh lebih baik dari Pengarah JAIS dan ustaz-ustaz UMNO sendiri.

Beliau turut membuat tuduhan yang berat ke atas Akil Hayy yang kononnya berceramah untuk mencari populariti sahaja. Itu satu tuduhan yang begitu jahat sekali, niat seseorang kita serahkan kepada Allah swt, yang penting, Akil Hayy ada kebolehan dan kelebihan menarik minat anak-anak muda rockers dan mat rempit mengikuti ceramah agama.

Ilmunya memang sedikit berbanding ulama-ulama lain, beliau sendiri tidak pernah mengelar dirinya ulama, sedikit ilmu pun kalau disampaikan dengan niat berdakwah lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi tidak disampaikan. Kalau ilmu yang sedikit menjadi halangan untuk berdakwah, bagaimana dengan Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, lulusan Universti di Jordan dan Phd dari UIA, mengapa turut tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di mana-mana masjid dan surau di Selangor. Ulama-ulama PAS yang mempunyai ilmu yang tinggi juga mengapa dihalang. Satu ketika dulu sebelum pakatan memerintah Mufti Perak, Dr. Harun Din, Ust. Ahmad Awang, Ust Ismail Kamus dan lain-lain turut juga dihalang menyampaikan kuliah di Selangor. Adakah mereka juga cetek ilmu atau ada masalah rumah tanggga.

Kalau masalah rumahtangga juga menjadi sebab untuk menghalang Akil Hayy berdakwah di Selangor, terlalu ramai ustaz-ustaz UMNO, guru-guru takmir UMNO yang juga ada masalah rumah tangga, malahan setengah-setengah mereka anak isteri tidak menutup aurat dan tidak berakhlak dibenarkan pula menyampaikan kuliah di Selangor. Seorang Tok Guru Quran yang terkenal di Selangor bahkan dikenali di Malaysia, mengajar tajwid di radio dan tv, anaknya menjadi pelakon terkenal yang kerap berlakon dengan wanita, berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim boleh pulak mengajar quran di Selangor. Adakah Tok Guru ini menjadi contoh yang baik mempunyai anak yang kerjayanya sebegitu.

Ada para nabi yang anak isteri mereka tidak beriman dan ada para nabi yang bercerai dengan isteri-isterinya, adakah kita berani kata, para nabi tersebut tidak menjadi contoh yang baik kerana gagal mendidik rumah tangganya sendiri, lantas dihalang oleh Allah untuk meneruskan tugas dakwahnya ?

Pengarah JAIS ini cukup dangkal ilmunya, pada saya tidak layak menjadi Pengarah JAIS, beliau hanya layak menjadi Pengarah yang jaga hal ehwal sampah sarap di Selangor kalau jawatan tersebut wujud di negeri Selangor.

Sepatutnya, kelebihan Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock yang sudah bertaubat dimanfaatkan untuk beliau mendekati anak-anak muda dan mendekati artis-artis bagi mendidik mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau hanya mahu berdakwah, sekadar berdakwah melalui ceramah sambil bernasyid sebagaimana pendekatan yang sering digunakan oleh Akil Hayy tidak memerlukan ilmu yang tinggi seumpama para ulama. Akil Hayy ada kelebihan berceramah, jarang sekali ada artis di tanah air yang meninggalkan dunia rocknya untuk berdakwah melalui ceramah, Akil Hayylah satu-satunya.

JAIS hanya perlu memantau setiap ceramahnya sekiranya dikhuatiri ada yang tidak betul atau menyeleweng. Sekiranya isi ceramah tidak betul, fakta agama tidak tepat, menyeleweng atau ada unsur-unsur ajaran sesat, barulah JAIS boleh bertindak untuk menyekatnya. Kalau sekadar menyindir dalam ceramah itu perkara biasa. yang disindir sememangnya manusia bukanya binatang, siapa pun sebagai penceramah akan menggunakan bahasa kiasan dalam bentuk sindiran dengan maksud dan tujuan menegur. Bukan Akil Hayy seorang yang suka menyindir dalam ceramah, ustaz-ustaz UMNO sekalipun sering menyindir para artis yang tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak berakhlak. Dengarlah ceramah Dr, Mashitan Ibrahim atau Ustazah Nor Baayah yang terkenal dengan cakar rimaunya, kerap juga mereka menyindir.

Saya juga secara peribadinya tidak beberapa setuju dengan Akil Hayy dalam perkara-perkara tertentu sahaja, tetapi bukan bermakna sekat haknya untuk berdakwah. Dari sudut dakwah dan pembangunan insan, amat rugi sekali Akil Hayy yang ada kelebihan menarik minat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam tetapi dihalang.

Bagi saya, tindakan ini menampakkan kejahilan Pengarah JAIS sendiri yang tidak pandai memanfaatkan kelebihan dan kebolehan seseorang. Saya percaya, dibelakangnya ada dalang yang menghalang usaha dakwah ini. Dalang ini begitu dengki dan cemburu melihat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam, mereka lebih suka anak-anak muda dan para artis bergelumang dengan maksiat.

Rakyat Selangor yang beragama Islam wajar malu mempunyai Pengarah JAIS yang macam ini.(misabah.blogspot.com)

Cuti ,jalan-jalan, kenduri...














Menuggu mee udang di Kuala Sepetang



mEE uDANG rm 7.00



Mantan MB Kedah di majlis khenduri Syatirah dan Rizal













bergaya di Cameron Highland

Tak dengar khutbah......

Seminggu berada di negeri Kedah Darulaman kerana menyambut Hari Raya Aidil Adha dan kebetulan kenduri anak sulung abang ipar di Kuala Nerang. Pagi raya solat di masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani.Ramai jemaah. Maklumlah raye. Tapi yang sedihnya khutbah sedang dibaca para jemaah dah ramai yang belah. Tak sempatlah nak dengar khutbah . "Sah ke solat abah,"tanya anak bungsu. Memang sah solat. Tapi intipati khutbah aidil adha tidak dapa dihayati.

Sebab para
jemaah tidak diwajibkan untuk menghadiri atau mendengar khutbah Hari Raya. Seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia boleh dan dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Dalilnya:-
‘Abdullah bin al-Sa’ib berkata:-

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيدَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ قَالَ: إِنَّا نَخْطُبُ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَجْلِسَ لِلْخُطْبَةِ فَلْيَجْلِسْ. وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَذْهَبَ فَلْيَذْهَبْ

" Aku pernah menghadiri solat Hari Raya bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. [Hadith Riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 975] allah hu aklam