Selasa, 26 Julai 2011

Santai pagi...

Pagi,jam 6.30 kene keluar. Jalan Sungai Buloh Kuala Selangor lengang.Tidak seperti arah ke Kuala Lumpur.Kereta bertali arus seperti mengejar sesuatu. Dua hari berkeadaan begini.Ialah sejak Izat tinggal bersama,tambah sorang lagi anak bujang.Kalau tidak sorang aje kat rumah.Sorang lagi ada kat JB.Ini tambah satu lagi,jadi tiga semuanya.

Izat tumpang seminggu dua.Kalau sesuai dan berubah munkin sepanjang ramadhan. Saya tak kisah sangat benda-benda macam ni.Lagi pun mana tempat lagi nak ngadu hal,kalau tidak dengan adik beradik. Itulah kekadang anak-anak ini kenala faham.Susah payah ibu ayah berkorban, memberi didikan.memiih sekolah yang sesuai dan selamat. Mereka tidak faham.Ini yang susah.Masalah ni.Memang masalah.Bukan senang nak sekolah asrama.Jenuh emak abah panjat sana sini.Jual muka jumpa tanya itu ini. Udah dapat , tinggal belajor aje,kate orang Perak buat pulak kes.Mujur masih di tahap amaran,kalau udah kene terajang.menangis tak berlagula jawabnya. tapi bebudak sekarang macam tak kisah aje.Emak dan abah dah fikirdah,kalau kena buang , habih masa depan.Yela sekolah mana yang nak terima.Sekolah jahat aje jawabnya.
Sekolah pun satu hal jugak.Kenapa benda-benda macam ini boleh berlaku. Benda larangan boleh dengan mudah masuk.Warden ada.Pak Guard pun ada.Apa mereka buat.Terlepas pandang atau buat tutup mata sebelah.Buat-buat tak nampak.Patutnya kenat ketat lagi disiplin.Buat sport check setiap hari.Bior panas punggung bebudaktu.Awal tahun lagi.Atau banyakkan program berfaedahMaknanya ada benda yang mereka buat.Kalau tak ada inilah jadinya.Mereka ada ruang untuk membuat sesuatu.Tapi kalau berfaedah tu tidak mengapa.Ini langsung tak ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan