Jumaat, 1 Julai 2011

Menjalara- Israk Mikraj


Assalamualaikum, ramai pelajar tanye kat fb siapa penceramah esok. Saya kata macam biasa Ustaz. ustaz Izhar? Takda Ustaz Jef. Jef Hazimin.Bestke dia. Ustaz Jef berceramah sambil berlakun .Minta murid melakunkan peristiwa. Pendekatan beliau berjaya, dan murid terhibur.

Sebenarnya peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya

Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebaaagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril

namun bilangan tak solat makin bertambah apalah yang tak kena..

israk dan mikraj disambut setiap tahun..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan