Khamis, 21 Julai 2011

Kena saman pertahankan judi

Tiga orang manusia, rakyat Malaysia yang bernama Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Hwa, 58, dan Gan Han Chuan, 44 telah bertindak menyaman kerajaan negeri Kelantan yang telah mengharamkan aktiviti judi loteri dan juga judi di negeri tersebut.
Semua manusia yang berakal murni antara yang gelap dengan yang terang. Kita boleh melihat dengan terang dan nyata muka-muka mereka yang sesat di bawah naungan syaitan dan juga muka-muka mereka yang berada di jalan kebenaran.

Kalah atau menang dalam kes ini bukanlah persoalannya, biarlah Kelantan kerugian jutaan ringgit dalam mempertahankan tindakan mereka asalkan urusan fardu kifayah tertunai dan menyelamatkan semua masyarakat.

Kita doakan kerajaan Kelantan mendapatkan peguam yang handal yang mampu berhujah menggunakan perlembagaan negeri serta Persekutuan bagi membuktikan bahawa mereka berhak menegakkan larangan perkara yang mendatangkan mudharat kepada manusia sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan