
Flight dari Bintulu dijangka bertolak jam 2.45 petang. Ini bermakna kul 4.45 Ya akan sampai di KLIA. Saya udah budget kul 4.00 nak gerak ikut LDP. Tuition rumah Ku Yong kul 2.00 petang dua orang jadi habis kul 3.30. Jangka lepastu baru pergi KLIA. Plan cukup cantik. Enta macam mana Tengku Amira call cancel. Lega balik rumah dulu.Beberapa butiran Ya,yang perlu dilengkapkan belum beres lagi. Macam lipas kudung dibuatnye. Itu ini,pukul 4.15 baru boleh gerak ke KLIA. Hai, cadangnya nak gerak awal pun tak kesampaian.Rancang ajelah nampaknya.
Saya perlu sampai awal.Biar dia tidak tercangak-cangak.Setidakny

a boleh lepak2 sementara Ya sampai .Kebetulan kenderaan masih belum sendat.Perjalanan meluncur di lorong laju.Megah bergaya.Hanya sesekali mengalah dengan Mes atau CRV. Pukul 5.00 terpacul Ya di muka pintu.Hitam macam anak keling. Saya terus ke Bangi ,uruskan Xray. Kena beres hari ini juga. Biar esok tidak fikir lagi. Mujur buat xray kat Bangi,Kalau kat Kepong Bharu sah kena RM 100.Perubatan Islam az Zaharah, orang Melayu punye.RM 67 ringgit sahaja.Perkhidmatannye memuaskan keluarga staffnya ramah dan muda-muda belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan