Selasa, 19 Julai 2011

Penat di Bangi



















Penat semalam, bersambung hari ini. seperti tali temali dijalin rapi menjadi ikatan yang kuat.Dan tak munkin akan rapuh atau terungkai. Kelmarin seperti lipas kudung. Relax awalnya menjadi kalang kibut.Ye la pasal buku akaun.Ntah mane letak.Pagi tu nak pergi baru nak cari. Tobat tak jumpa.Ingatkan ada dalam beg.Paling akhir keluarkan cuti sekolah bulan Jun haritu. Akhirnya serah aje. Kami terus ke Bangi,meluncur deras nak kejar masa. Pendaftaran ikut dalam borang tawaran 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.Entah kenapa banyak halangan. Macam tak kene aje.Seperti tidak serasi untuk Ya. Berbaloi ke.Macam -macam bermain kat kepala.Berbagai-bagai terfikir dalam benak fikiran.Biarla keluar modal sikit.Janji ade ruang untuk sambung belajar.Kalau tunggu bulan 12 jenuhla. Apa dia nak buat 4 bulan. bukan ape takut mood belajarnye hilang.Merundum macam bursa saham KL'

Bangi ,sebelumni tidak pernah diambah. kini jadi tempat regular buat kami. mane tidaknye, cari bank terpakse melilau beberapa kali.pusing-pusing sesat barat. Akhirnye jumpa. Udah jumpa bank nak draw, ingatkan boleh camtu. rupanye kena pergi cop hasil, mati steam. Bukan stim. Pegawai bank kata, terdekat kat hentian Kajang. Adoi..kata kajang pulak.Jauhtu. Pukul 11.00,ke kajang pulak .Sempat ke ni. Tempat tu, haram tak tau. Redah aje. nasibla.Tekan minyak rapat, nak kejar masa katakan. Syukur akhirnya sampai gak. Tak jauh pun.beberapa km lepas UKM
Kali ini aku dah bertekad.Biarlah berbelanja lebih. demi my girl yang ini. Entah silap kat mana. Dan nanti kalau ada rezki, tentu akan dapat balik.Peringkat awal sahaja udah langsai 1250. Belum yuran asrama dan duit poket. harap Ya terima pilihan abah emakni. Jalan pintas ke U .Lebih baik daripada nak tunggu bulan 12. Entah dapat atau tidak.ya terimalah yang ini.untuk sekurangnya satu Sem. Ya satu semester pun jadilah, kalau tak sesuai atau tidak mampu.Bulan 12 kita ke UITM pulak. Terimalah Poly Tech Mara ini dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan