Malam ini dan malam seterusnya.aku seperti mahu berjanji kepada diri sendiri.Aku malas nak jumpa kenkawan.Lepak atau berbual.Bincang isu-isu.Aku nak diam macam Pak Lah diam,bila
pembangkang mainkan sesuatu isu.Diam seperti rakan FB PM suruh diam.Kat mana-mana pun.Kat ofis,biar banyak diam tapi kerja jadi.Banyak cakap,banyak dosa.Banyak Dosa, ha mana lagi. Kalau dapat nak kekalkan status ini sepanjang Ramdhan.Muhasabahla lebih kurang.Iyel minggu depan dah masuk ramadhan.Bulan ramadhan, bulan maghfirah,bulan rahmah dan bulan amal.
Mana ada tawaran yang gitu lumayan kalau tidak bulan ramdhan.Cuma manusia tidak mahu rebut.Manusia rebut yang duniawi. Maknanya kalau ada tawaran tu kat Jusco ke, Sogo.Berebut,semua anak- pinak.cucu cicit,sepupu sepapat habih pergi. Ini kata tawaran duniawi. Cuba tawaran akhirat, tak pandang pun. Tapi ini tak semua. Mereka yang kuat iman. Insyaallah,teguh dan kuat amalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan