Ahad, 31 Julai 2011

Kesalahan dalam bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Jumaat, 29 Julai 2011

Maaf 29 hingga 30 nak berihat.sebarang kesulitan amat dikesalkan.Selamat menyambut ramadhan al-MUBARAK

Ramadhan Kareem

Ya Allah Yang Maha Pengasih...
segala puji bagi-Mu atas kesempatan ini...
sekali lagi telah kumasuki gerbang Ramadhan, bulan yang penuh berkah
sekali lagi Kau janjikan Rahmat dan Maghfirah-Mu untukku jika aku mau bersungguh-sungguh berpuasa..
tak hanya sekedar menahan lapar dan dahaga di sepanjang siang-Mu,
tapi menahan nafsu duniaku di sepanjang bulan suci ini.

Ya Allah Yang Maha Pemurah...
hari ini kupintakan permohonan pertamaku di bulan yang Kau bukakan pintu-pintu surga-Mu dan Kau tutupkan pintu-pintu neraka-Mu
terimalah amal ibadahku di sepanjang bulan ini Ya Rabb..
meskipun persiapanku tak seperti para sahabat...
meskipun kegembiraanku tak seperti yang digambarkan Rasul-Mu..
meskipun ibadahku tak sekhusyu' orang-orang yang shaleh..
meskipun amalanku tak seikhlas orang-orang yang mukhlis..
meskipun puasaku tak seperti puasa para Nabi-Mu..

Ya Allah, Sang Penguasa Alam Semesta...
di luar sana masih banyak kaum muslimin yang kekurangan...
ada yang Kau uji dengan sakit, kemiskinan, bencana alam, peperangan, dan musibah lainnya..
dengan segala keterbatasannya, mereka memasuki bulan ini ya Rabb..
maka, berikanlah kami kemudahan untuk menjalankan puasa dan ibadah-ibadah kami
yang sakit.. sembuhkanlah
yang kurang.. cukupkanlah
yang sempit.. lapangkanlah
yang sulit.. mudahkanlah
yang jauh.. dekatkanlah
yang lemah.. kuatkanlah

Ya Allah Yang Maha Berkehendak...
bila saat ini ku telah masuk ke gerbang Ramadhan-Mu,
sampaikanlah aku hingga ke penghujungnya...
berikanlah aku kesempatan memasuki surga-Mu kelak
melalui pintu yang Kau janjikan bagi hamba-Mu yang berpuasa..
sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Maha Pengabul do'a

amiin...

Khamis, 28 Julai 2011

Menjelang ulangtahun 30 Juli

Mengeluhkan keadaan tak ada gunanya.
Kesukaran selalu ada.
Itulah namanya kehidupan.
Apa yang kita punya sudah lumayan.
Asal keluarga sudah terjaga,
rumah dan mobil juga ada,
apa lagi yang diruwetkan ?
Anak-anak dengan tertib aku sekolahkan.
Yang ragel di SMT, yang putra udah bekerja
Di rumah ada TV, ASTRO dan HD,
air conditioning, dan juga agama.
Inilah kesejahteraan yang harus dibina.
Kita mesti santai.
Hanya orang edan sengaja mencari kesukaran.
Memprotes keadaaan, tidak membawa perubahan.
Salah-salah malah hilang jabatan.

Tanggal 30 Juli 2011

Angin laut tergantung meniup deras
Malam disambut suara halus
Sunyi dan hening menjenguk keranjang
Kucing berjalan di bubungan atap.
Dan ombak berguling menunggu siang

minta izin tidak berkata.Terima dan pasrah seadanya

janji bahagia hingga ke syurga.




Rabu, 27 Julai 2011

Medium dakwah

Belum juga dapat kotakan apa yang dijanjikan.Entah kenapa janji..janji.Tak dapat jugak nak kotakan. Ni kalau YB ,munkir macam ini udah kena tendang.Tak pilih dah. Tobat Lahum tok wakil yang macam ini akan terima padah.Dalam agama orang yang tidak menepati janji dipanggil Munafiq.

Tapi tidak salah kalau kita bagi post untuk benda baik. Sebenarnya ia medium dakwah jugak. Ini satu cara berdakwah. Cuba tengok medium dakwah kan banyak

Profesor Dilnawaz A. Siddiqui dari Jabatan Komunikasi, Clarion University of Pennsylvania, dalam tulisannya berkenaan dengan teknologi komunikasi dari perspektif Islam berpendapat:

“ It has now become a platitude to say that the nation that controlled the sealanes in the nineteenth century, or that controlled airways in the twentieth century, controlled the whole world.In the twenty-first century, it appears that whoever controls the airwaves will control the world and whatever beyond it ”.1

Kecanggihan dunia teknologi maklumat hari ini telah memungkinkan banyak perkara. Selain saling berhubung dengan menggunakan mel elektronik ataupun e-mel, pengguna juga boleh memiliki laman web sendiri sama ada secara percuma ataupun berbayar.

Kini wujud fenomena baru di kalangan generasi muda di dalam dunia ICT yang dipanggil weblog. Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu samada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog.Selain itu method dakwah di internet adalah melalui. Emel & Chatting Room

Bagaimana memanfaatkan Sistem mel elektronik (e-mel) ini dalam dakwah? Semua orang boleh mendapatkan email secara percuma. Bagi tujuan ini, penggunaan emel di laman yahoo dan Google dicadangkan. Ianya dapat dicapai di http://www.yahoo.com dan perkhidmatan emel google di www.gmail.google.com .

Yahoo Mesenger merupakan sistem komunikasi online berupa chat berkumpulan samaada bertulisan atau bersuara dengan menggunakan yahoo Mesenger yang diperolehi daripada http://mesenger.yahoo.com


Emel Google: Perkhidmatan Emel google iaitu Gmail mempunyai kaedah system yang sama seperti yahoo. Namun kehebatan Gmail ini, mempunyai ruang simpanan mel yang besar iaiutu mencapai sehingga 2 gigabyte. sistem komunikasi online juga dapat digunakan dalam akaun Gmail, dimana anda bukan sahaja dapat menerima emel sahaja tetapi dapat ber chat dengan pengguna gmail lain secara terus melalui akaun emel tersebut.

Itu sebab medium dakwah sudah berubah bukan hanya berceramah atau berkhutbah sahaja.


Selasa, 26 Julai 2011

Malam ini...


Malam ini dan malam seterusnya.aku seperti mahu berjanji kepada diri sendiri.Aku malas nak jumpa kenkawan.Lepak atau berbual.Bincang isu-isu.Aku nak diam macam Pak Lah diam,bila
pembangkang mainkan sesuatu isu.Diam seperti rakan FB PM suruh diam.Kat mana-mana pun.Kat ofis,biar banyak diam tapi kerja jadi.Banyak cakap,banyak dosa.Banyak Dosa, ha mana lagi. Kalau dapat nak kekalkan status ini sepanjang Ramdhan.Muhasabahla lebih kurang.Iyel minggu depan dah masuk ramadhan.Bulan ramadhan, bulan maghfirah,bulan rahmah dan bulan amal.
Mana ada tawaran yang gitu lumayan kalau tidak bulan ramdhan.Cuma manusia tidak mahu rebut.Manusia rebut yang duniawi. Maknanya kalau ada tawaran tu kat Jusco ke, Sogo.Berebut,semua anak- pinak.cucu cicit,sepupu sepapat habih pergi. Ini kata tawaran duniawi. Cuba tawaran akhirat, tak pandang pun. Tapi ini tak semua. Mereka yang kuat iman. Insyaallah,teguh dan kuat amalanya.

Santai pagi...

Pagi,jam 6.30 kene keluar. Jalan Sungai Buloh Kuala Selangor lengang.Tidak seperti arah ke Kuala Lumpur.Kereta bertali arus seperti mengejar sesuatu. Dua hari berkeadaan begini.Ialah sejak Izat tinggal bersama,tambah sorang lagi anak bujang.Kalau tidak sorang aje kat rumah.Sorang lagi ada kat JB.Ini tambah satu lagi,jadi tiga semuanya.

Izat tumpang seminggu dua.Kalau sesuai dan berubah munkin sepanjang ramadhan. Saya tak kisah sangat benda-benda macam ni.Lagi pun mana tempat lagi nak ngadu hal,kalau tidak dengan adik beradik. Itulah kekadang anak-anak ini kenala faham.Susah payah ibu ayah berkorban, memberi didikan.memiih sekolah yang sesuai dan selamat. Mereka tidak faham.Ini yang susah.Masalah ni.Memang masalah.Bukan senang nak sekolah asrama.Jenuh emak abah panjat sana sini.Jual muka jumpa tanya itu ini. Udah dapat , tinggal belajor aje,kate orang Perak buat pulak kes.Mujur masih di tahap amaran,kalau udah kene terajang.menangis tak berlagula jawabnya. tapi bebudak sekarang macam tak kisah aje.Emak dan abah dah fikirdah,kalau kena buang , habih masa depan.Yela sekolah mana yang nak terima.Sekolah jahat aje jawabnya.
Sekolah pun satu hal jugak.Kenapa benda-benda macam ini boleh berlaku. Benda larangan boleh dengan mudah masuk.Warden ada.Pak Guard pun ada.Apa mereka buat.Terlepas pandang atau buat tutup mata sebelah.Buat-buat tak nampak.Patutnya kenat ketat lagi disiplin.Buat sport check setiap hari.Bior panas punggung bebudaktu.Awal tahun lagi.Atau banyakkan program berfaedahMaknanya ada benda yang mereka buat.Kalau tak ada inilah jadinya.Mereka ada ruang untuk membuat sesuatu.Tapi kalau berfaedah tu tidak mengapa.Ini langsung tak ada.

Isnin, 25 Julai 2011

zalimnye..manusia


Manusia kalau tidak guna akal nilah jadinye.Apa nak kata ye.Sengal. Bingai Atau haram jadah. Mesti masalah.Ya bermasalah ni.Ade patut siksa binatang macamni.Ko sendiri kalau baringkan bawah kerusi lenyek.Apa macam.Hoi.tak pakai otak.Otak kat lutut,ha.ha.ha




























Ahad, 24 Julai 2011

Sukarnya memenangi hati.

Sukar memenangi hati seseorang.Memang ,sebab kita bukan sesempurna manusia.Kita ada kekurangan.Untuk menjadi yang sempuna macam mana ya.Bolehke. Oleh itu jangan cepat berbangga dengan diri sendiri, memenangi hati bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak diperolehi setelah berjaya menyayanginya sehingga keakhir hayat.

Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Kekadang takpercaya.Ha yang ni susah.Masalah .Betul masalahni.Kita kena percaya.Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti




Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


Sabtu, 23 Julai 2011

senja


















Penat menyusuri pantai Akhirnye duduk terjelepuk atas batu. Pandangan di halakan ke lautan.Luasnya tidak terjangkau. Remang-remang senja mula menjelma. Nun di kaki langit, senja mula berlabuh.Kian dipandang kian sayu. Usia semakin meniti senja, nafsu masih tampak bertenaga.Beberapa pasangan masih berkepit rapat macam gam kayu.Macam tak ingat dunia. Rindu pulak rasanye.Tetiba teringat seseorang. Dulu, waktu mengenal cinta.Waktu tu di Tanjong Katong suara serak basah di lontarkan sambil melayan angin yang sepoi-sepoi. dan kau membetulkan kain tudung sesekali. Ingatan itu makin kuat.Menerjah di ruang roma yang kian rapat dimamah usia

Tarikh keramat yang sangat dinantikan makin hampir.Resah kian menghimpit jiwa.Mahu dikumpul segala perca memori menjadi sebuah tuala cinta. Supaya nanti menjadi selimut emosi yang kian bedebar ini.Andai masa dapat diputar kembali dan kita sentiasa seperti dahulu, alangkah baiknya ya.

Keli...pun makan orang

Besarnya Keli..


Tau binatang ape ni?? ha ini lah ikan keli, yaa ikan keli masak sambal
Tapi kali ni ikan yang kat atas ni dijangka telah memakan beberapa orang perenang di empangan Huadu's Furong di China. Kepanjangan ukuran ikan ini adalah 3 meter dan ukuran kepalanya sahaja sepanjang 1 meter.

Kejadian kehilangan orang yang dijangka lemas diketahui apabila abang kepada sesaorang polis hilang ghaib secara tiba-tiba ketika mandi di situ. setelah pakar-pakar bedah membedah ikan tersebut didapati terdapatnya unsur-unsur khianat apabila menemui bangkai manusia didalam rektum binatang rasaksa tersebut.
kini manusia tidak dibenarkan lagi untuk mandi didalam empangan tersebut kerana dikhuatiri adanya anak- anak ikan keli rasaksa berkeliaran yang ingin membalas dendam akibat penangkapan ketua mereka dalam empangan tersebut.









Jumaat kosong...

Hari Jumaat sibuk,pagi ambik darah dan urin test. Hai harap taada kes barula.Maklumla makan selera.Ubat pun makan.Khal pun minum.Cuma 2 3 hari lepas dok belasah derian.Haji Abas bagi derian free.Tanam sendiri katanye. Tebal ya ampun.Sebelum ini makan tak pernah sesedap ini. Dahtu hari ini sampai kul 12.00aje.Balik rumah atin ajak cari baju.Baju dapat beli tudung pulak tak sesuai.Hai songeh betul.Tautak kat mane jumpa.Selayang Mall woi. Sampai rumah kul 4.00 petang.Penat betul.Tula pasal tak dapat update blog.Kosongla hari Jumaat.

Khamis, 21 Julai 2011

Ngantuk ...camna ubatnye


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.


3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.(Sang Mentari)

Kena saman pertahankan judi

Tiga orang manusia, rakyat Malaysia yang bernama Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Hwa, 58, dan Gan Han Chuan, 44 telah bertindak menyaman kerajaan negeri Kelantan yang telah mengharamkan aktiviti judi loteri dan juga judi di negeri tersebut.
Semua manusia yang berakal murni antara yang gelap dengan yang terang. Kita boleh melihat dengan terang dan nyata muka-muka mereka yang sesat di bawah naungan syaitan dan juga muka-muka mereka yang berada di jalan kebenaran.

Kalah atau menang dalam kes ini bukanlah persoalannya, biarlah Kelantan kerugian jutaan ringgit dalam mempertahankan tindakan mereka asalkan urusan fardu kifayah tertunai dan menyelamatkan semua masyarakat.

Kita doakan kerajaan Kelantan mendapatkan peguam yang handal yang mampu berhujah menggunakan perlembagaan negeri serta Persekutuan bagi membuktikan bahawa mereka berhak menegakkan larangan perkara yang mendatangkan mudharat kepada manusia sejagat.

Rabu, 20 Julai 2011

Kolej Polytech Bangi


Kolej ini nampaknya.Berikhtiar dan berusaha berbagai cara. Takdir menentukan di sini jugak. tapi tak usah bimbang, yang penting usaha ke gerbang jaya. Jadikan ini sebagai jalan pintas untuk ke menara gading.Azam mesti kuat,usaha mesti lebih.

ambil Ya.....


Flight dari Bintulu dijangka bertolak jam 2.45 petang. Ini bermakna kul 4.45 Ya akan sampai di KLIA. Saya udah budget kul 4.00 nak gerak ikut LDP. Tuition rumah Ku Yong kul 2.00 petang dua orang jadi habis kul 3.30. Jangka lepastu baru pergi KLIA. Plan cukup cantik. Enta macam mana Tengku Amira call cancel. Lega balik rumah dulu.Beberapa butiran Ya,yang perlu dilengkapkan belum beres lagi. Macam lipas kudung dibuatnye. Itu ini,pukul 4.15 baru boleh gerak ke KLIA. Hai, cadangnya nak gerak awal pun tak kesampaian.Rancang ajelah nampaknya.

Saya perlu sampai awal.Biar dia tidak tercangak-cangak.Setidakny
a boleh lepak2 sementara Ya sampai .Kebetulan kenderaan masih belum sendat.Perjalanan meluncur di lorong laju.Megah bergaya.Hanya sesekali mengalah dengan Mes atau CRV. Pukul 5.00 terpacul Ya di muka pintu.Hitam macam anak keling. Saya terus ke Bangi ,uruskan Xray. Kena beres hari ini juga. Biar esok tidak fikir lagi. Mujur buat xray kat Bangi,Kalau kat Kepong Bharu sah kena RM 100.Perubatan Islam az Zaharah, orang Melayu punye.RM 67 ringgit sahaja.Perkhidmatannye memuaskan keluarga staffnya ramah dan muda-muda belaka.

Selasa, 19 Julai 2011

Penat di Bangi



















Penat semalam, bersambung hari ini. seperti tali temali dijalin rapi menjadi ikatan yang kuat.Dan tak munkin akan rapuh atau terungkai. Kelmarin seperti lipas kudung. Relax awalnya menjadi kalang kibut.Ye la pasal buku akaun.Ntah mane letak.Pagi tu nak pergi baru nak cari. Tobat tak jumpa.Ingatkan ada dalam beg.Paling akhir keluarkan cuti sekolah bulan Jun haritu. Akhirnya serah aje. Kami terus ke Bangi,meluncur deras nak kejar masa. Pendaftaran ikut dalam borang tawaran 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.Entah kenapa banyak halangan. Macam tak kene aje.Seperti tidak serasi untuk Ya. Berbaloi ke.Macam -macam bermain kat kepala.Berbagai-bagai terfikir dalam benak fikiran.Biarla keluar modal sikit.Janji ade ruang untuk sambung belajar.Kalau tunggu bulan 12 jenuhla. Apa dia nak buat 4 bulan. bukan ape takut mood belajarnye hilang.Merundum macam bursa saham KL'

Bangi ,sebelumni tidak pernah diambah. kini jadi tempat regular buat kami. mane tidaknye, cari bank terpakse melilau beberapa kali.pusing-pusing sesat barat. Akhirnye jumpa. Udah jumpa bank nak draw, ingatkan boleh camtu. rupanye kena pergi cop hasil, mati steam. Bukan stim. Pegawai bank kata, terdekat kat hentian Kajang. Adoi..kata kajang pulak.Jauhtu. Pukul 11.00,ke kajang pulak .Sempat ke ni. Tempat tu, haram tak tau. Redah aje. nasibla.Tekan minyak rapat, nak kejar masa katakan. Syukur akhirnya sampai gak. Tak jauh pun.beberapa km lepas UKM
Kali ini aku dah bertekad.Biarlah berbelanja lebih. demi my girl yang ini. Entah silap kat mana. Dan nanti kalau ada rezki, tentu akan dapat balik.Peringkat awal sahaja udah langsai 1250. Belum yuran asrama dan duit poket. harap Ya terima pilihan abah emakni. Jalan pintas ke U .Lebih baik daripada nak tunggu bulan 12. Entah dapat atau tidak.ya terimalah yang ini.untuk sekurangnya satu Sem. Ya satu semester pun jadilah, kalau tak sesuai atau tidak mampu.Bulan 12 kita ke UITM pulak. Terimalah Poly Tech Mara ini dulu.

Isnin, 18 Julai 2011

Dr Lo'Lo dalam kenangan


















Kepada dia kita datang.Kepada dia juga kita kembali.Seorang srikandi yang gigih.Tegas di parlimen.Istiqomah dalam perjuangan Walau pun seorang doktor, ketentuan Allah mengatasi segalanya.Allahyarhamah pernah bertanding di Parlimen Bukit Gantang.Lantang mempertahankan Kampong Bharu Biaodata beliau:TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957.UMUR: 54 TAHUN
TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAKPEKERJAAN: DOKTOR LATAR BELAKANG AKADEMIK:SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH KOLEJ ISLAM KLANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERYACUPUNTURIST KEGIATAN DI UNIVERSITI: AHLI MPP UKM EXCO PERSIAP UKM PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM Parti:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.
JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

al-Fatihah

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.
Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Jumaat, 15 Julai 2011

HUJAN















Salam semua. Hujan yang menitik awal pagi mula mencurah.Mula nak naik motorbike,mujur start susah.Kalau tidak kuyup dibuatnye.Sebenarnya hujan tu rahmat Allah .Memanglah leceh bila hujan.Semua kerja tak menjadi.Kita munkin tak suka bila hujan turun.Tapi orang lain munkin ucap syukur. Apa tidaknya,bila hujan turun,segar tanaman yang diusahakan. Berputik kuntum bunga dilaman.Bertambah dedaun menghijau.Tapi di KL hujan paling orang tak suka.Habis tersenggut2 kereta.Melekat macam gam.Kenderaan banyak.Semua nak naik kereta sendiri.Satu keluarga ada dua buah kereta.
Bayangkan ade berapa keluarga kat KL ni.Pengangkutan awam pulak tak berapa baguih.Cuba sesekali turun tengok.Turun padang.Menyamarke.Tak payah pakai body guard turun aje tengok camna susahnya rakyat .Ade haighway kut boleh selesai masalah.Sama aje.Semacam orang kata.Rasanye berbelas Highway di KL ni.


Hujan jugak buat orang kena banyak sabor.Sekolah yang buat plan nak bersukan mingguni, kena lipatgandakan latihan.Raptai kena buat, biar kemas dan cantik .Perbarisan yang akan diadakana esok biar lancar.Sebab ibubapa hadir sama.Tapi kalau hujan camna.Tu kalau guru koko yang cerewet kena banyak kali ooi.Sekali tak puas hati dok ulang camtula.Tapi kalau hujan juga saborjela. tunggu hujan berhenti.Kalau kul 10.00 baru berhenti. Buat gakla selepas rehat..Ha
tula buat tetap kene buat.Tiada alasan..Jangan sesal dengan hujan kerana hujan adalah rahmat.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemiDiwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Khamis, 14 Julai 2011

catatan petang















Perjalanan dengan memandu kereta baru sangat mengujakan.Bau aroma seat dan karpet menerjah ruang indera.Bertahun impikan.Berbulan menghayal,bila akan merasakan ini semua.Dan kini telah menjadi kenyataan.Setelah kereta dipakir.Rasa puas masih belum hilang.Anak-anak menjenguk mahu berkongsi kegembiraan.Isteri senyum bangga,sampai gak niat di hati,getus penuh makna.
Malam sebelum tidur.menjeling ke garaj.Senyum sendirian.
Keesokan hari.Terkejut berok dibuatnya.Matanye berpinar. Berbakul sumpahan terhambur di hati kecilnya.Dia mendapati sekeliling kereta bercalar seperti satu goresan panjang
"Adoiy sapa buat kerjani."
'Zah! dia menjerit memanggil isterinya.'
Geram nya tidak dapat di kawal lagi.
Bergegas isterinya ketakutan
"Mana tahu.
"Habis sapa"
"Anak kita dah besar. tak kan bebudaktu nak buat kerja macam ni," balas isterinya
"His, banyak tu nak buat.Mahu beratus."keluhnye sendirian.

Sebenarnye apa niat kita untuk memiliki sesuatu.Adakah untuk keperluan atau supaya mendapat sanjungan.Jika riak dan menunjuk-nunjuk, pasti ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Sabor ajelah apabila mendapat peringatan. Mujur masih ada peringatan. Jika tidak.Habihla.


Rabu, 13 Julai 2011

wirawati BERSIH


Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah seorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Auntie BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”

Katanya, Auntie Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Auntie Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”

berjalan sendiri pun susah kah..kah
berhimpun pun susah..
berdemo lagi susah....

Lunch time


Tengahari ni nak makan ape yerk. Tekak rase semacamje. Entah kenape rasa tak selera.Bosan , bila Rabu aje Nasi Ayam.Macam udah jadi kebiasaan.Ayam keras kedegung pulak.Woi kalau sedap tak ape gak.Ha kalau Nasi ayam Hainan jalan semarak tu tak apa gak. Dulu mase jadi student kat situ la lepak.Murah lagi masetu. Ape yang murah sekarang,semua barang naik. Ish semua naik,nampaknye hujan aje yang turun. Mase anak jadi student pulak.ikan jeketla yang popular.
Habih ape nak makan tengahari ni.Kat bawah jambatan tu okgak. Masakan akak Melaka tu ade rase .Tapi nak buang mase kat sana sapa suruh. Agaknye ape yang selera ni.....

masak lomak pucuk labu...ha..ha
gulai tempoyak ikan temoleh...hishis
sambal sardin...he,,he

Tahun Enam











Berbagai program dirancang untuk murid Tahun Enam. Takwim setahun disusun rapi. CF penyelaras Tahun enam macam tak cukup tangan.Ada sahaja idea baru dilontarkan kepada anak didiknya.Program yang diatur bukan calang-calang.Program mesti balance antara akademik dan rohaniah.Rohaniah sahaja tidak kurang dari 3 kali.Itu yang libatkan ibu bapa, belum program dengan murid.Ada yang berbentuk minguan oi.Yang ni dijalankan di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam. Murid tahun enam sama-sama solat Hajat dan Dhuha.Selain itu ada program motivasi,cara penggunaan masa. Cara menjawab soalan Matematik ,English,Sains dan BM.Perjumpaan ibubapa.Mohon restu dan paling baru Program Penyingkiran. Pendek kata guru tahun enam,tiada ruang senggang untuk relax.Sesuai benar dengan moto sekolah. Kearah kecemerlangan, Apa lagi yang cikgu tak buat

penat cikgu buat...letih cikgu merancang .

murid dok tak fokus

alahai..masaalah

Selasa, 12 Julai 2011

Cicak Tokek


PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

"Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan," katanya.


Ahad, 10 Julai 2011

Peserta Bersih

Jumlah Peserta Bersih

Utusan – 6000 Orang

Berita Harian – Sejumlah Kecil Sahaja

Metro – Tak Berjaya Krn Kawalan Ketat Polis

PDRM – 5,000 hingga 6,000 Orang Sahaja

Al-Jazeera – 100,000 Orang

Gambar Di Bawah – 360 Orang

Protesters take part in a mass rally calling for electoral reform in front of Malaysia's iconic twin towers in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police used tear gas and water cannon in clashes with protesters who defied government warnings to take to the streets in an outlawed rally for electoral reform attended by 8,000 demonstrators.

Protesters take part in a mass rally calling for electoral reform in front of Malaysia's iconic twin towers in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police used tear gas and water cannon in clashes with protesters who defied government warnings to take to the streets in an outlawed rally for electoral reform attended by 8,000 demonstrators.

Protesters march on the streets during a mass rally calling for electoral reform in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and water cannon, making at least 1,400 arrests during clashes with protesters who defied government warnings to rally in the capital for electoral reform.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) march on a street during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) march on a street during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) rally in front of Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years.

Supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition sit on the road as police approach them during clashes in downtown Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), background, sit on a street as they face riot police during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay.

Malaysian activists from the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) protest on a street during a rally calling for clean and fair elections in downtown Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) march on a street during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years.

Malaysian activists from the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) shout slogans as they try to march in downtown during a rally calling for clean and fair elections in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay.

Supporters of  the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition gather before a rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak.

Protesters march on the streets during a mass rally calling for electoral reform in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and water cannon, making at least 1,400 arrests during clashes with protesters who defied government warnings to rally in the capital for electoral reform.

Protesters take part in a mass rally calling for electoral reform in front of Malaysia's iconic twin towers in Kuala Lumpur on July 9, 2011. Malaysian police used tear gas and water cannon in clashes with protesters who defied government warnings to take to the streets in an outlawed rally for electoral reform attended by 8,000 demonstrators.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) gather at a railway station before a rally calling for electoral reforms in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) march on a street during a rally calling for electoral reforms in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011.

Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) run away from tear gas fired by riot police during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years.

Malaysian riot police officers fire tear gas at activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) during a rally in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay.

Supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition occupy a road during a rally in the rain in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak.

Supporters of the "Bersih" (Clean) electoral reform coalition gather before a rally in Kuala Lumpur July 9, 2011. Malaysian police fired tear gas and detained more than 500 people in the capital on Saturday in a bid to prevent thousands of anti-government protesters from putting on a massive show of strength against Prime Minister Najib Razak.

Negara diktator…

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau. …Malaysiakini

……………………………………………………………………..