Sabtu, 31 Oktober 2009

Kek dan novel

Harijadi Fatin dan adik kami raikan serentak. Sambutan dilakukan secara sederhana sahaja. Kebetulan Angah balik dari Skudai kami pakat berkumpul. Along belikan hadiah kek. Untuk Atin sengaja saya hadiahkan sebuah buku novel . Dia suka baca novel. Tidaklah bosan, asyik mengadap nota kuliah aje. Bagitulah yang kami lakukan setiap tahun. Kami saling menyambut dan bertukar hadiah.

Van Persie hampakan Spurs


Arsenal mengenepikan Tottenham apabila dua jaringan Robin van Persie membangkitkan kemenangan 3-0 ke atas saingan utara London mereka di Stadium Emirates.

Pasukan Arsene Wenger naik ke tempat kedua Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan pertama ke atas Spurs sejak Disember 2007 itu walaupun mereka akan dipintas Manchester United jika juara bertahan itu mengelak kekalahan apabila berdepan Blackburn lewat hari ini.

The Gunners dikecewakan hampir keseluruhan separuh masa pertama tetapi memusnahkan Spurs dengan dua gol dalam masa seminit sebelum waktu rehat.

Penyerang Belanda, van Persie membuka jaringan pada minit ke-42 apabila beliau menyambar hantaran silang Bacary Sagna berdekatan tiang gol.

Tottenham masih cuba sedar daripada kejutan itu apabila kapten Arsenal, Cesc Fabregas mencuri bola daripada sepak mula dan menewaskan pertahanan pelawat untuk menyumbat bola melepasi Heurelho Gomes.

Van Persie kemudian menambah derita pasukan Harry Redknapp pada minit ke-60 untuk gol ketiga Arsenal. - AFP

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kisah disebalik Gempa di Padang


Menurut khutbah dari Buya Alvis Chaniago, seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) minggu ini. Setelah berada beberapa hari di TasikMalaya,barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.

Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyya di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyanni ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.
Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.- sumber Perisek Rakyat

Khamis, 29 Oktober 2009

AMALAN MALAM JUMAAT

Antara amalan malam Jumaat ialah:

1.Memperbanyakkan bacaan selawat kepada Nabi

Perbanyakkanlah baca selawat kerana dengan bacaan selawat insyallah kita boleh memperolehi kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Nabi Muhammad saw.Di dalam sebuah riwayat ada disebut:" Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk di dalam masjid bersama-sama sahabatnya maka datang seorang pemuda. Nabi terus menyambut kedatangan pemuda itu dengan penuh hormat serta diberi tempat duduk yang paling dekat dengan Nabi. Tempat duduk pemuda itu lebih dekat dari tempat duduk Abu Bakar dengan Nabi.Lalu Nabi berkata kepada Abu Bakar, "Wahai Abu Bakar aku memberikan tempat duduk kepada pemuda itu lebih dekat daripad tempat duduk engkau ialah kerana di dunia ini tidak ada seorangpun yang membaca selawat untukku lebih banyak daripadanya. Sesungguhnya dia setiap pagi dan setiap malam membaca selawat untukku. Oleh itu aku dudukkan dia lebih dapada engkau"

2. Membaca surah Al Kahfi. Nabi Muhammad bersabda:

" Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat."

3 Memperbanyakan doa.

Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang solat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit. Allahu aklam.

isu




Assalamualaikum!

Penat dengan isu yang melanda beberapa hari yang lalu. Kali ini baru sempat update. Bermula dengan PAU, isu MCA, isu dalaman Pas, tragedi Kuala Dipang, isu Perak dan terkini isu adun PKR menjadi Bebas dengan alasan tuduhan liwat DSAI menyebabkan ia keluar daripada PKR. Benar pemimpin parti politik sedang dalam proses penyaringan. Rasa tidak puas hati pasti ada. Untuk memuaskan hati ahli seratus peratus tentunya mustahil. Para bloger juga seperti sudah lupa, hentam, maki hamun. Tak patut pemimpin tuduh dengan berbagai gelaran lembab, gagap Agaknya nya kalau mereka ini menjadi pemimpin bolehke. Kekadang malas nak jenguk atau baca blog yang macamni.

MCA dah buat EGM khas, UMNO udah buat PAU dan PAS buat mesyuarat Khas. EGM yang heboh sebelum ini diganti dengan seminar. Semuanya bertujuan untuk memperkasa parti masing-masing. Maka lengkaplah kalender politik tanah air untuk tahun ini. Itu pun kalu tidak ada isu baru yang meletup selepas ini. Tapi harus diingat kekadang isu muncul bertujuan untuk menutup isu yang lebih besar.

Selasa, 27 Oktober 2009

Kuala Dipang















GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.
Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Tragedi Perkhemahan one Malaysia

Tragedi tak disangka Perkhemahan one Malaysia siri akhir yang dilangsungkan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan bertempat di SK Kuala Dipang berlaku sekelip mata. Ketika murid berbaris mengambil giliran menyemberangi jambatan gantung yang baru beberapa minggu disiapkan runtuh tiba tiba.

Ketika kejadian sekitar 30 murid bersama guru sedang mengambil giliran menyemberangi jambatan untuk makan malam. Jambatan tiba tiba runtuh menyebabkan guru dan murid tercampak ke dalam sungai. Kebanyakan murid sempat berpaut pada rantai jambatan dan diselamatkan oleh guru dan jurulatih yang bertugas.

Jurulatih bertungkus lumus menyelamatkan murid sekalipun dalam keadaan yang sangat bahaya kerana arus yang deras.Beberapa murid dapat diselamatkan kecuali beberapa murid yang dihanyutkan arus deras. Usaha menyelamat menghadapi masalah kerana keadaan gelap. Kejadian berlaku 10.30 malam.

Sehingga 8.40 pagi seorang mayat pelajar india ditemui oleh pasukan penyelamat. Usaha masih diteruskan. Pemimpin termasuk dari Pakatan Rakyat dan Timbalan Perdana Menteri dilihat berada di tempat kejadian

Ahad, 25 Oktober 2009

Bagaimana pasangan anda (2)


Assalamualaikum!
Hari ini kita akan berkongsilagi berkaitan dengan pasangan hidup.Adakah pasangan kita sesuai atau sebaliknya. Mari kita lihat tanda-tanda salah pilih pasangan...
1. Hidup terasa terkongkong - Anda sebelum ini seorang super aktif,penuh semangat, tiba-tiba berubah menjadi orang yang tunduk kepadanya.Pergaulan anda sentiasa mendapat pengawasan yang ketat.
2. Hilang keyakinan diri- Anda selaku menyesal. salah pilih pakain, aksesori,bahkan kata-kata, setiap kali bertemu dengannya.Jangan mencari-cari kesalahan sendiri.INGAT.Kehadiran pasangan seharusnya menjadi pemangkin keyakinan diri.
3. Isteri/suami orang- Jika kekasih anda isteri/suami orang,pasti anda telah salah pilih. Lupakan hasrat anda. Kerana sudah jelas dia sudah memiliki suami/isteri tapi anda masih tetap mahumenjadi pasangannya. Ingat lelaki berstatus suami memang sangat menarik hati, apalagi rayuanya.
4. Hubungan panas dingin- Di awal hubungan sangat intim.Tapi semakin hari makin berubah acuh tak acuh dan dingin. Ketika anda serius ingin menjalin hubungan dia seperti tidak sedap
hati. Jangan terkejut jika sikapnya berubah. (Allahu aklam)

Teori waktu bercanggah dengan Islam


"Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."

Kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.

1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.

Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.

2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.

Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.

3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.

Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?

4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.

Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.

Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.

5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.

Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.

Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.

Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.

Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.


redang


Dara pingitan

keindahan alam....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sejadah berdiri.....


(Sejadah berdiri di rumah ustaz Zaharudin di UK)

"Tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri."kata ustaz Zaharudin

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya." ujarnya lagi

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Ustaz Zaharudin bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

sumber www.zaharuddin.net

Kamal Ataturk


Siapa tidak kenal Kamal Ataturk. Beliau adalah raja sekular sehingga apabila dia mati jasadnya tidak boleh ditanam (tidak diterima bumi)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010


Adakah budget 1Malaysia ini menguntungkan rakyat ataupun pihak-pihak yang tertentu? Sudah pasti banyak 'gula-gula' yang akan ditabur untuk memancing hati rakyat.

Baiah Najib


Kerajaan akan menawarkan ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi mentadbir kepada pengetua dan guru besar sekolahyang menunjukkan prestasi cemerlang.

Ketika membentang bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang, kerajaan akan memperkenalkan Bai'ah (perjanjian) baru bagi menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar.

"Kerajaan akan menentukan sasaran prestasi yang perlu dicapai oleh pengetua dan guru besar yang dipersetujui bersama.

"Sekiranya sasaran tersebut dicapai, ganjaran bentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan.

Selain itu, katanya, sebagai galakan, kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan.

Untuk itu, kata Najib, kerajaan akan menganugerahkan biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan terbaik, berasaskan merit sepenuhnya.

Penerima biasiswa ini, katanya, akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

Di samping itu, kata perdana menteri, kerajaan akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang memperolehi ijazah sarjana muda kelas pertama atau yang setaraf dengannya mulai tahun depan.

Perdana menteri itu juga berkata pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, yang berusia 13 tahun sehingga masih bertaraf pelajar, akan diberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan keretapi KTMB jarak jauh.

"Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperolehi dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010," katanya.

Kerajaan juga, katanya, menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.

Sebagai permulaan, katanya, Pakej ini ditawarkan oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari depan. - malaysiakini

Bayi Ajaib



KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.

erwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.

Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters

Rabu, 21 Oktober 2009

photo terbaik


buat regangan...

abang jalan dulu ye.... hati-hati ..awaktu tak pandai berenang

Benzene ?





Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Selasa, 20 Oktober 2009

Pengharaman Rokok di Jepun


Cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.
* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.
* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.
* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.
* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.
* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.
* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota
* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!
* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.


Bagaimana pasangan anda (1)

Assalamualaikum!
Hari ini kita akan berkongsi berkaitan dengan pasangan hidup.Adakah pasangan kita sesuai atau sebaliknya. Mari kita lihat tanda-tanda salah pilih pasangan...

1. Lebih banyak berkorban - anda selalu mengorbankan masa bersama teman-temannya dan keluarganya, sedangkan ia tidak pernah. Maka ini bukan pilihan yang tepat.

2. Rakan-rakan mulai menjauhkan diri - Sebelum menjadi kekasih, kawan-kawan mengelilingi anda. Keadaan berubah apabila anda menjalin cinta dengan si dia.

3. Sahabat enggan membicarakannya - saat membicarakan tentang dia ekspresi wajah dan body language sahabat anda dilihat resah.

4. Terlalu banyak usaha. - Anda bersusah payah mengatur perjalanan bertemu dengannya. walaupun hanya makan di gerai atau tiba-tiba datang ke pejabatnya. (wallah aklam)

Isnin, 19 Oktober 2009

sua rasa TV9 meriah


"Kita lihat program kerajaan negeri bersama TV9 adalah satu program yang baik, seperti Lermbaga Perumahan dan Hartanah ni, kita dapat hebahkan kepada orang ramai apa yang ada, focus untuk beritahu orang awam……..teruskan kempen…sambutan orang awam ramai untu lihat lokasi rumah low cost mana yang ramai,” kata Penolong Pengarah Unit Pengurusan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, Azlina Ismail.

FESTIVAL NASYID

ragam artis



Pelbagai ragam artis dapat dilihat sekarang. Makin dunia maju, makin banyak perangai yang dapat dilihat yang adakalanya tak logik bila difikirkan.

Sejuk hati bila melihat ramai pelakon yang menutup aurat apabila melakonkan watak utama untuk menonjolkan perilaku yang baik dan sopan. Namun semuanya hanya lakonan semata kerana kita hanya dapat menatap kemanisan wajah bertudung hanya di layar televisyen. Jika di luar, mereka sama seperti remaja Barat yang berpakaian ala tak cukup kain. Bukanlah semua artis begitu, hanya segelintir sahaja.

Namun baru-baru ini kenyataan seorang artis veteran mengejutkan. Katanya beliau belum bersedia untuk menutup bahagian kepalanya kerana sebagai seorang pelakon agak susah untuk mendapatkan watak sekiranya bertudung. Artis tersebut memberi alasan beliau bertudung pada majlis tersebut hanyalah keperluan untuk memperkenalkan wataknya dalam drama yang bakal disiarkan oleh salah sebuah stesen TV swasta.

Apapun kita berharap moga ia dilimpahkan petunjuk dan rahmat daripada Allah S.W.T.
biarlah ia bertudung diluar dan dan di dalam filem

hikmah hukuman Allah…




Pelbagai respon diberikan oleh banyak pihak di negara kita apabila Mahkamah Syariah Kuantan memutuskan supaya model wanita berasal daripada Perak disebat 6 kali sebatan kerana ditangkap meminum arak. Jumlah sebatan itu tidaklah sama dengan jumlah yang dikehendaki oleh peruntukan Fiqh Jinayah Islam iaitu sama ada 40 atau 80 sebatan, bergantung kepada pandangan fuqaha’ yang dirujuk.

Yang pastinya, hukumnya adalah perlu disebat. Betapa hebatnya hikmah hukum Allah… Saintis Rusia daripada Novosibirsk Institute of Medicine mendapati hikmah tersebut dalam kajian mereka seperti dalam web The Medical News yang memaparkan berita-berita dan hasil-hasil kajian terkini perubatan daripada seluruh dunia (http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx). Perbezaannya ialah Islam mengkehendaki bahawa bahagian yang disebat itu hendaklah bertutup (dalam keadaan berpakaian) dan tidak boleh tanpa lapik atau telanjang (naked).

SMACK THE BOTTOM – IT CAN CURE EVERTHING!!
29. March 2005 19:01

Russian scientists at the Novosibirsk Institute of Medicine are claiming a beating on the naked buttocks with a cane is the perfect way to cure everything from depression to alcoholism. The researchers say caning releases endorphins, the body’s natural ‘happy chemicals’, and that leads to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones and an enhancement of the immune response, and they have a similar effect on pain as drugs such as morphine and codeine, but do not lead to addiction or dependence.

Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Dr Marina Chuhrova who also took part in preparing the report said she had 10 patients she caned regularly and though initially “they didn’t like it, when they started to feel the benefits they kept asking for more.”

The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment.

Ahad, 18 Oktober 2009

Sabtu, 17 Oktober 2009

Mustafa Ali kata....

Kekalahan Pakatan Rakyat melalui calon Pas En Zulkifly Omar berpunca dari dua faktor. Faktor dalaman dan luaran Faktor-faktor luaran menyebabkan PAS kalah adalah kerana BN menggunakan seluruh kekuatan jentera termasuk jentera kerajaan bagi memastikan ’kubu kuatnya’ itu tidak terlepas kepada Pakatan Rakyat. Faktor dalaman adalah kelemahan PAS sendiri dimana ’asas kekuatan’ (power base) PAS di DUN Bagan Pinang adalah begitu lemah.

”Bagan Pinang ada lapan peti undi, ada empat cawangan PAS, (ada) satu peti undi itu tak ada cawangan PAS nak jaga,

”Ahli PAS juga tidak ramai, kekuatan asas (power base) kita (PAS) tak kuat di Bagan Pinang,”katanya ketika berucap dalam majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di pekan Manir, semalam.

- Sumber Buletin0neline

Kematian..

Alhamdulillah selamat ....

Rentung...

Takdir atau kesilapan sendiri

KHUTBAH JUMAAT



Assalamualaikum!

Maaf lambat update, komputer buat hal. Solat Jumaat di Masjid Subang . Sebelum Solat ada Tazkirah. Setiausaha buat hebahan, tazkirah akan bermula jam 12.30 tgh. Berduyun jemaah masuk .Ustaz tazkirah pasal Perang Badar. Ada juga disebut pasal Salman Al-Farisi. Sesekali suara ustaz jelas, sesekali tak faham apa yang disampaikan. Ada jemaah yang melayan hal sendiri.

Khutbah Jumaat ustaz yang sama. Ustaz menyatakan mengenai " Fahaman Sekular". Bermula dari kekalahan Perang Salib, umat Keristian bangkit dengan cuba menghilangkan roh Islam dalam jiwa umat Islam. Memajukan Eropah melalui kemajuan industri dan seterusnya menjajah negara umat Islam dengan kemajuan teknologi pada masa itu.Mereka bawa bersama agama,budaya, cara hidup dan pemikiran. Berapi ustaz sampaikan. Tidak ada teks. Ustaz bebas sampaikan amar makruf dan Nafi Munkar. Ustaz sebenarnya berkhutbah. Bukan membaca khutbah. Tahniah. Dan yang penting khatib tidak bercerita berkaitan Buah-Buahan Tempatan.


Mari kita lihat khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW:
" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Jumaat, 16 Oktober 2009

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak ada suatu solat pun yang lebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada solat Subuh dan Isya', tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua solat itu, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan berjalan merangkak (ke tempat berjemaahnya)."

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya, "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Manakah amalan yang lebih utama?"

Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu solat tepat pada waktunya."
Saya bertanya lagi, "Kemudian amalan apakah?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua."
Saya bertanya pula, "Kemudian apa lagi?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fi-sabilillah."


Sumber-Amizudin Ahmad