Isnin, 30 Mei 2011

Ya anak abah....



Rakan U ya dah mula kuliah hari ini. Sepupu Ya yang dapat Asasi sains Puncak Alam pun hari ini mula berkuliah. Setelah LETIH seminggu dalam program orentasi.Penatnya tak terkata.Tapi best sangat faci .katanya. Teringat masa jadi faci Minggu Silaturahim.Tahun 80an dulu...Baik punya kita buat.Ha.ha.

Ya ntah camna rezki dan nasibnya. Tidak lengkap kegembiraan abah selagi Ya tak dapat surat tawaran. Abah percaya Ya akan dapat. Abah yakin Ya akan dapat sambung belajar. Rasanya kos yang Ya impikan ,pasti kesampaian.Bukan nak riak. Percayalah.Abah dah usaha. Bukan di sini, Di tikar sembahyang aje. Doa abah, abah lampiaskan
nun di depan kaabah. Bukan abah saje. Mama juga. Seluruh keluarga kita.



Ketiadaan Ya, Banyak surat-surat Tawaran hadir menjadi tamu tak di undang.Selang dua hari ada sahaja surat-surat dari Kolej Segi, Kolej Islam Pahang, PTPL dan entah apa lagi. Macam tahu yang Ya belum dapat U lagi. Abah harap Ya banyak bersabar.Banyak berdoa. Macam sabarnya Siti Zulaikha. "Abah terlepas pandang,"kata mama sinis. abah terlupa anak yang ini. Adoh berpuing sindiran. menerjah kepala.Macam nak telan Panadol.Sebenarnya itu adalah persepsi mama aje. Ya budak baik abah yakin Ya dapat masuk U seperti Dina dan Atiqah.Insyaallah.

1 ulasan: