Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.
Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.
Kelihatan pekerja hotel menarik kain langsir untuk menghalang kelibat penduduk itu kelihatan mereka terus berganjak ke tempat lain.
Pihak hotel bagaimanapun tidak menghentikan bantahan itu.
Pengawal kesalaman yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi.
Bantahan ini antara beberapa siri sebelumnya. Ia sentiasa berlangsung walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya akan selamat dengan mendakwa panel apakar akan menelitinya.-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan