Musim khenduri dimana-mana. Cuti sekolah menjadi pilihan utama. Untuk dapatkan dewan mak oi. book dekat setahun. Macam mana ni. Sebelum merancang tunangkan anak.Jangan lupa fikir tempat mana nak buat majlis. Sewa hotel tak mampu. Dewan komuniti setahun ke dua tahun. Ade setengah tu bijak buat pilihan. Kat dewan Masjid.Setengah masjid memang lengkap prasarananye. Siap dengan aircond. Kalau ruang sempit. tambah aje khemah kat luar. Tempat pakir usah bimbang. Banyak. Nak solat pun senang. Yang bagusnya dapat bantu mengisi dana masjid. Ha tu pasal.Fikir-fikirlah.
Hari ni aje ade dua jemputan. Satu dekat rumah. Kedua kat AU 3 Keramat.Rumah sepupu. Bekejar jugak nak sampai Keramat. Mujur ambik yang dekat dulu. Satu bas orang kampong datang. Jadi trend pulak sekarang, Mesti ade karaoke.His budaya mana tak taulah. tuan rumah pulak tu. Apa pun majlis itu telah menemukan sepupu sepapat.Syukur al-Hamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan