Sah taarif naik.....
Akhirnya taarif eletrik naik sebanyak 7,12 peratus. Ia berkuatkuasa 1 Jun. Bagaimanapun ia tidak akan member impak kepada pengguna domestik, katanya. Lihatla nanti ada kesan atau tidak. Ayat stanardnya "Sebahagian dari proses merasionalisasikan subsidi. Adoi ayat skema ni. Naik sampai 7 peratus masih tak bebankan. Naik 33.54 daripada 31.31 sen kw sejam.Tidak akan menjejaskan penduduk yang mengguna kurang dari 300kw sebulan..Kita sama-sama tungguKesan yang nampak menurut, Yeah Kim Leng ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik,Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
“Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan