Jumaat, 25 Januari 2013

Lama tidak mencatat. Entah kenapa tetiba teringin mengimbau kenangan 2012 Tahun yang banyak berjalan.Dari utara ke selatanbagitu jua dari selatan ke utara.Diam tak diam kita udah dimamah usia.Masuk tahun ni sahaja 31 tahun berkhidmat Hanya tinggal 2 tahun.Harap tabah dan sabar.

Sabtu, 3 Disember 2011

Harapan

11 10.11.Kali terakhir menulis.Hampir dua bulan tak jengok langsung. Untuk  memulakan memang susah dan malas. Hingga dah masuk bulan hijrah 1433.Berbagai- bagai dan macam peristiwa sepanjang  dua bulan.Mula dengan sambutan bertday adik dan Atin di Grand Season.Dengan suprise hadiah kunci Kelisa,kemudian berbbq di Laman Bestari.Seronok yang mengujakan.Kini Atin udah tak perlu diambik dan hantar. Dia dah boleh balik dan pulang sendiri ke UIA. Alhamdulillah. Syukur. Ya pun dah mula belajar kat Sri Iskandar. Paling akhir baru ziarah dia. Macam kerasan .Buat pertamakali udah boleh balik sendiri dengan kawanye dari Batang Kali.Wah semua nye agak lega. Cuma Amalia je.Harap ikut jejak abang dan kakanye.Cubala. Kejayaan tidak akan datang bergolek.Kejayaan kene usaha.Tengok Atin .Bang Dib Bang Fiq,Dina,Ya,Izzaty.Maryam,Tiqah Akmal dan Solihin.semuanye di kira berjaya. Harap adik pun berjaya macam tu. Abah nak adik masuk U .Macam anak-anak abah yang lain.Ini harapan Abah sempena Hijrah 1433. Bolehkan.

Selasa, 11 Oktober 2011

Tanda barah Usus

Kanser atau barah usus adalah barah kedua yang paling banyak menyerang kaum lelaki dan ketiga pada kaum wanita di negara kita. Jika ia dikesan pada peringkat awal kemungkinan berjaya merawatnya adalah 90%.

Jika anda berumur 40 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga yang terkena barah usus dan mengalami tanda-tanda di bawah ini eloklah segera mendapatkan pemeriksaan doktor kalau-kalau ada barah. Rawatan awal lebih mudah untuk menyelamatkan anda
  • Keluar darah daripada dubur
  • Keluar darah selepas buang air besar.
  • Rasa lebih kerap buang air besar daripada kebiasaan
  • Air besar lebih cair
  • Kerap sembelit
  • Rasa tak puas lepas buang air besar
  • Perut sakit
  • Berat badan tetiba menurun
  • Rasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Ahad, 9 Oktober 2011

Menyusur waktu














Pergh,Jem teruk hari ini.Pergi Setapak balik ke UIA.Sesak.Berjam2.Mujur Auto. Legalah sikit.Ingatkan sempat kelas di Kuates.Ha tak sempat, pospon.Nak masuk UIA dereten kereta .Kiri kanan lagi.Macam ade ceramah.Ish Ustaz Azhar haritu takla macamni.Sungguh bukan ade ceramah, Konvokesyen.

Patutla.Dah konvo nak begambar,baling topi.Aksi-aksi sikit.Bukan senang ,pah ni entah bila nak jumpa.Masing-masing berjauhan.Kalau murah rezki terus dapat kerja.Murah jodoh terus kahwin.Ha.susah gak tu,kahwin kerja taada lagi.Ribuan graduan nganggur ni.Tempoh pencen dilanjutkan pulak tu.Dari 58 ke 60 tahun.Bagila chance kat graduan2 lepasan U pulak.Yang pencen tu buat amal2 lebih sikit.Kata orang menjadi geng masjid dan surau.

Datang kat majlis ilmu.Gi kuliah subuhke.Ini bila buat majlis ilmu beberapa kerat aje yang datang. Ade yang datang solat aje.Tapi masa kuliah cabut entah kemana.
Magrib sebaris pun tak penuh.Kebanyakan belum balik dari tempat kerja.Terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.Itu satu hal, tapi yang dah datang ke masjid balik tak mahu dengar kuliah ni ape citer.Oh barangkali, kuliah asyik bende tu aje,asyik bab Toharah, Nipas. Haid. Yang mendengarnye pun udah taade bendetu. Monopos.Bak kata Ustaz Surizal berkembangla sikit.Bab Toharah ni bagi buku baca sendiri aje.Entahla waktu udah terlalu singkat. Masa terlalu pantas.Sekarang bulan ,Oktober,November.Kejap aje udah habis setahun. Kita bagaimana macamtu jugak.Nabi kata buat lima perkara sebelum tiba lima perkara


"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

Speed trap terbaru PLUS

















Speed trap terbaru PLUS di bawah flyover.Ada 3 kamera untuk 3 lane.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.




*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.


Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.


Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.


Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Posted @ www.isuhangat.net.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bagaimana dengan guru?

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2011) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan defisit berbanding dengan tahun 2009.

Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna ‘petrol pump nozzle’ dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman . Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!

Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama. Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya masuk Universiti dan memperolehi Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi ‘bos’ kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat. Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!...

Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah menikmati sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan ‘time-based’ walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri Mahyudin agar memberi ‘time-based’ policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru??

Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai ‘defence mechanism’ mereka iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang. Mereka rompak RM1000 dari kita dan ‘mencampak’ semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita ‘redha’ dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan. Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini. sumber Tanungkite

"

Intipati Bajet 2012 : Najib cuba pikat rakyat dengan dana RM232.8b

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 — yang ketiga sejak menjadi perdana menteri dengan peruntukan RM232.8 bilion sambil menyediakan “buah tangan” kepada pelbagai kumpulan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pemerhati-pemerhati politik pula menyifatkan ia sebagai “bajet pilihan raya” meskipun pentadbiran sebelum ini berkata belanjawan kali ini akan memfokus usaha mengatasi beban kos sara hidup yang meningkat.

Ramai menyifatkan Bajet 2012 merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Ada juga pemerhati yang menyifatkan ia sebagai “bajet rakyat” pelbagai kaum yang komprehensif dan mereka menegaskan keberkesanan pelaksanaan perlu tunggu dan lihat.

Pun begitu juga ada pemerhati yang mendakwa Bajet 2012 tidak banyak menawarkan kepada pekerja-pekerja swasta dan sesetengah golongan khususnya kaum muda.

Ucapan Bajet 2012 Najib, yang juga Pengerusi BN bertemakan “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Najib mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa “saya dan rakan-rakan jemaah menteri dan anggota Dewan daripada Barisan Nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui Bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini, sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang teratas.”

“Apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi populariti murahan.

“Yang terjunjug di atas jemala kami sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang-gemilang buat semua anak-anak Malaysia,” kata beliau sambil menambah sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan.”

Antara insentif diumumkan Najib petang ini ialah:

— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan

— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan

— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia

— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan

— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu

— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka

— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan

— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013

— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.

-themalaysianinsider.com-

Rabu, 5 Oktober 2011

Kesan Masalah Jantung Anda Melalui Mulut Dan Lidah

Mulut dan juga lidah mempunyai hubungan dengan fungsi jantung dan juga dan sistem pengedaran darah kita. Perhatikan perubahan pada bahagian-bahagian tersebut untuk mengesan masalah kesihatan anda seperti di bawah:

Lidah atau gusi bengkak atau sakit
Menunjukkan jantung anda mempunyai masalah.
Mungkin lemak berlebihan
Injap jantung lemah
Saluran koronari tersumbat.
Lidah, tisu mulut, atau gusi menjadi pecah-pecah (macam ulser)
Ini menandakan darah anda mengandungi asid yang berlebihan.
Mulut berbau busuk
Proses penyimbangan fungsi perut untuk membuang toksin.

Selasa, 4 Oktober 2011

Menunggu Perubahan

Tak pernah bagi sebelum ini,kerajaan PR pada tahun 2012 sudah memberi RM1000.00 setahun untuk suri rumah.n
Ibu-ibu kita pula juga dapat RM 1000.00 setahun.54 tahun merdeka apa pun tak buat untuk ringankan penduduk .Belanjawaan bertema Kesejahteraan untuk semua"perlu disambut pengundi.


Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:


a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Isnin, 26 September 2011

Mengasah pena


Lama benar tidak menulis.Paling akhir bila ye.Pun dah tak ingat.Oh ya. Tujuh September.Sudah hampir tiga minggu .Macam-macam cerita berlaku dalam tempoh tersebut. Raya di kampong.Raya di bandar.Open house.Pulau Redang, snokling,scuba,khenduri dan terkini musim peperiksaan dan ujian.Cepat betul masa berlalu.Esok mereka yang mohon SMKL akan menjalani exam khas.Tak ramai pun 13 orang sahaja Dan minggu ni juga pelajar Matrik menghadapi ujian jugak.Orang berjaya bukan sahaja keras hatinya tapi perlu bekerja keras dengan kemampuan dirinya. Kalau tidak susah nak jadi orang yang berjaya.Orang yang nak berjaya mesti

1. Sabar - menerima apa jua yang datang jangan duk hingaq sini hingaq sana..menegeluh sini,,mengeluh sana

2. Strong - berani dan kuat sahut cabaran

3. Sensitif - bukan duk touching2 wokeh tapi sensitif kat sini maksudnya peka pada keperluan orang lain dan keadaan.Bukan sensetif tak tentu pasal

4. Serius - serius lakukan sesuatu, Jangan main-main

5. Super Power - memaksimumkan kekuatan yang ada pada diri untuk mencapai apa yangg diimpikan

Rabu, 7 September 2011

Cerite raye




Raya tahun ni macam berat hati nak balik ke Kedah. Sebab haritu udah balik. Cuti pun seminggu. Yela .Raya selasa.Rabu raye kedua. Ketiga Khamis.Kalau balik gak penatje

Jadi selepas solat raye di masjid. Itu ini pukul 12.00 tgh baru dapat gerak.Balik ikut Highway Latar,masuk kut tol Sg Buloh sebelum Rawang ikut signboard Latar. Lebih kurang 1o minit , tetiba datng budak muda pakai baju Melayu bersampin kuning memecut dan mencelah kereta kami,,Apalagi terperanjat berukla dibuatnye.Habis kami maki hamun. Is accident kang budak ni….Adeke patut bawa macam pelesit.

Lebih kurang 2o minit (bawa perlahan) elok sampai susur keluar penghujung latar (selepas Ijok) tiba2 jem sesangat.Sudah roadblock ni.Jalan tersengut2,Rupanye tau apa berlaku…Ha..ha budak yang pakai baju melayu tadi.Sedang mengerang kesakitan…Dua orang pegawai polis sedang membantu.

Sampai rumah dekat 2.30.

Kita sampai lewat. Dina sampai semalam lagi.,Sampai awal dapatla bilik n katil,Kami check-in lewat tidur kat luar ramai2.Entah cammana tidur buas sangat. Sebab terlalu penat. Entah bila masa kepala terperosok bawah kerusi. Pagi tu nak bangun Solat Subuh.angkat kepela gedegang kena bucu kerusi..Adoi sakitnye,,Yang peliknye sebut Alhamdulillah…Pagi smlam baru tengok cermin ya Alllah…lebam. Kat sekolah mereka ingat gaduh suami isteri….tapi peliknye ade yang percaya,,,,,ha..ha nasib, Raye 2009 sakit mata.Raya 2010 ok.Raye 2011 jadi camni pulak…...adoi …

The many hand bags of Rosmah

PICTORIAL Sep 7: The prime minister's wife Rosmah Mansor never fails to generate intense public interest. And even when she herself does not, her accessories would inevitably generate news.

This pictorial takes you to a variety of handbags carried by Rosmah during her many trips and official events. While we cannot comment why many of these photographs were taken while she is seen supplicating a prayer, one thing obvious is that the bags spot the same design and make.

An email which has gone viral among Malaysians claims that the handbags are from the series called the 'Birkin bag', named after British actress Jane Birkin. Priced between US$9,000 to US$150,000 each, the 'Birkin' bag, distributed by the French high fashion house Hermès, is considered a symbol of wealth and luxury due to its exclusivity and high price.

BEIGE

DARK BLUE

MARINE BLUE

WALNUT BROWN

DARK BROWN

ELECTRIC BLUE

GREYISH BLACK

MAROON

ORANGE

PINK

RED

Sabtu, 3 September 2011

Eidul Fitri 1432H

Salam eidul Fitri ,hari in udah 5 syawal.Sekejap sahaja masa berlalu. Pantas masa bergerak.Usia kita jua pantas bertambah.Cuti Raya tinggal berbaki sehari aje. Sempat jua beraya rumah saudara-saudara di kampong. Kenalkan kepada anak-anak, Pak Long,Pak Ngah,Pak De.Sepupu sepapat.atok. Embah. Bok de. Sebelah ayah ajela nampaknya. Sebelah isteri tak dan.Lagipun kali ini kami raya di Kuala Selangor, ya daerah Kuala Selangor.Tapi kamponnye sungai gulang2.Pelik namakan. Kampong Herman Tino.Bila sebut Herman Tino barulah kenal.Kalau tak entah, sape pun tak kenal.Itu pun ambik yang tua aje.Yang lain tak sempat.Aduhai no komen. Raye boleh ziarah sape ajekan.Bermaaf-maafan sambil ziarah menziarahi.Bukan dok ngadap TV.Masalah tu. Sebulan pulun menambah pahala.Lepas ramadhan hancus dengan hiburan yang melampau.
Ha. raya punye pasal adik2 yang ambik UPSR camne agaknye. Harap tak dilupa, jangan macam Cikgu Shidah Youtube tu udahla. Cikgu Shidah,,cikgu Shidah. Dapat tawaran berlakun lupa kewajipan pada Allah. Cdeyla..
Sedih sungguh.Nasib. Dalam seronok raye, exam pula. Mujur exam minggu ketiga hari raya. Sempat jugak prepare last minit. Camna pun tak adela kena buat assigment, kalau tidak masak dibuatnye.Bawa balik pun belum tentu siap atau buat, kecuali yang kuat iman. sebab mood raye sedang mengodam ha..ha.

Ahad, 21 Ogos 2011

Fasa ketiga ramadhan

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api neraka! Mari kite on9 dengan Allah.Mohonlah masih belum terlambat.

Teruskanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh, ikutilah amalan Nabi SAW yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu memohon kepada Allah SWT supaya kita mendapat pembebasan dari siksaan api neraka.

Nabi SAW. masa 10 malam terakhir mengikat kain sarung baginda (tidak mendekati isteri-ister baginda) .Kita amat berharap belas kasihan Allah SWT. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadan tetapi namanya masih tercatat sebagai ahli neraka.

Isnin, 8 Ogos 2011

Apakah erti ‘syaitan dirantai’?

Betulke syaitan dirantai dalam bulan Ramadhan? Dalam Hadis memang jelas.Soalnye bila dah dirantai nape maksiat berlaku jugak. Terdapat beberapa pandangan dari ulama-ulama Hadis berkaitan maksud diatas

Kita lihat pandangan pertama.

Maksud syaitan diikat ialah hanya ketua syaitan-syaitan yang ditangkap dan dirantai di bulan Ramadhan ini. Dengan kata lain, syaitan-syaitan kecil @ syaitan prebet masih dibiarkan bebas. Sementara syaitan otai berpangkat jeneral terpaksa meringkuk di dalam penjara Allah s.w.t.



Asas pandangan ini ialah sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Nasa`iy, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan lain-lain.

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ

Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.

Bahkan, versi hadith riwayat Imam Nasa`iy, Ahmad dan lain-lain ada menjelaskan :

وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ

Dan diikatkan syaitan-syaitan yang kuat dan degil di bulan Ramadhan.

Justeru, hadith ini lebih mendetilkan maksud syaitan yang dirantai secara lebih spesifik. Ianya tidaklah semua. Tetapi hanya syaitan yang punya kreativiti hebat dan berpengalaman luas dalam menyesatkan anak Adam sahaja yang ditahan.

Pandangan kedua pula ialah

Pandangan yang mentakwilkan ‘ikatan’ atau ‘rantaian’ ke atas syaitan itu secara kinayah atau majaz iaitu perbandingan.Ini berdasarkan kata2 ulama yang diambil dari kitab Fat-ul Bari

وَتَصْفِيد الشَّيَاطِين عِبَارَة عَنْ تَعْجِيزِهِمْ عَنْ الْإِغْوَاءِ وَتَزْيِين الشَّهَوَات

Merantai syaitan (di bulan Ramadhan) memberi erti melemahkan mereka dari menyesatkan manusia dan dari membantu syahwat (dalam kerja-kerja melalaikan insan).

Kata-kata ini disokong `Iyadh r.a.

وَأَنَّ الشَّيَاطِينَ يَقِلُّ إِغْوَاؤُهُمْ فَيَصِيرُونَ كَالْمُصَفَّدِينَ

Sesungguhnya syaitan kurang mampu menyesatkan insan (di bulan Ramadhan). Maka keadaan ini menjadikan mereka seolah-solah seperti dirantai.

Kesimpulan pandangan kedua ini ialah tiada syaitan yang dirantai di dalam ‘lokap’ Allah. Hanya yang dikunci ialah sebahagian kekuatan dan kemampuan mereka. Mereka menjadi lemah dan ‘kurang cergas’ dalam usaha melemahkan iman insan. Justeru hal ini ‘sepatutnya’ membantu golongan beriman untuk memeriahkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah.

Sekalipun ketua-ketua syaitan telah diikat atau kekuatan mereka telah dilemahkan, namun ia tidak menjamin maksiat menjadi sifar atau mengurangkan statistik maksiat di bulan Ramadhan.

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa maksiat hanya berkurangan kepada mereka yang melaksanakan puasa dengan konsepnya yang sebenar, iaitu puasa yang bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi juga memelihara adab-adab berpuasa pada anggota yang lain.

Maksiat masih berpeluang berleluasa di bulan Ramadhan. Ini kerana tidak semua individu muslim dapat menghayati serta memahami konsep puasa yang sebenar.

Bahkan tidak semua maksiat itu berpunca dari syaitan. Antara lain punca berlakunya maksiat ialah akhlak dan kebiasaan buruk yang sudah sebati dengan jiwa seseorang serta sikap mazmumah yang sudah lama tertanam dalam hati manusia.

(Ruj . Fathu al-Bari, Jil. 6, MS 136)

Ramadhan Dibuka Pintu syurga Dan Ditutup Pintu Neraka

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)


Huraian
1. Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran
2. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Enam Ramadhan

Hari ini masuk Ramadhan ke enam. Cepat masa berlalu. Pantas jua usia kita bertambah.Ramadhan Kareem jua ramadhan yang Mubarak. Hamba apalah kita ini, kalau tidak rebut peluang depan mata . Bukankah udah jelas ramadhan bulan keampunan,bulan rahmat, bulan dibebaskan dari api neraka. Bila lagi kita mahu berubah.Kalau bulan ini,bulan yang penuh keberkatan ini kita dok macam tu gak,dok ditakok lama,sama seperti tahun lepas tiada perubahan. Manusia apalah kita ini.Bengap betul.Ini Sengal atau bingai namanya.
Memang betul pun.Patut sangat.Tambah lagi ade yang tidak kisah pulak puasa ke tidak. Cuba fikir menasabah ke bulan puasa merokok. Di Penang, apabila penguatkuasa ketuk pintu kereta.Kenapa tidak puasa.Dia boleh jawab, lupa. Puasa boleh lupa mak oi.Lupa..Manusia jenis apa ni.bangsatkut.

"Habis napa tak kerja?"
"Cuti.
" Woit , cuti pulak."
"Cuti apa?"
"Hari ini cuti awal Ramadhan."
Ha, tengok jawapannye.Kantoi.Tu la kalau nak nipu pun bior orang percaya

Bulan Ramadhan ini,banyakkan sedekah. Kalau boleh sedekah benda yang kita sayang.Ini sebaik-baiknya.Si isteri ingatkan suami sedekah.Si suami ingatkan isteri. Jangan bersedekah tidak ketahuan Katalah kita jumpa kanak-kanak,di bazar atau di Petrol Pam.Mereka datang minta sedekah. Datang hulur reset, minta derma bina sekolah Tahfiz. Kita tak hulur.Kita senyum. Nak hulur fikir macam-macam pulak.Senyum udahla.
"Abang sedekah tadi." isteri tanya
"Udah."jawab suami.
"Berapa.?
"Abang senyum aje."
" Senyum juga sedekah"
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Ha, macam mana..

Selasa, 2 Ogos 2011

Hukum Tinggalkan Solat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"

Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***

Isnin, 1 Ogos 2011

khurma Israel


Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Ahad, 31 Julai 2011

Kesalahan dalam bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman