Ahad, 21 Ogos 2011

Fasa ketiga ramadhan

Di fasa ini kita di tuntut menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api neraka! Mari kite on9 dengan Allah.Mohonlah masih belum terlambat.

Teruskanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh, ikutilah amalan Nabi SAW yang merasa terlalu sibuk lebih dari masa-masa sebelumnya kerana fasa terakhir ini amat penting iaitu memohon kepada Allah SWT supaya kita mendapat pembebasan dari siksaan api neraka.

Nabi SAW. masa 10 malam terakhir mengikat kain sarung baginda (tidak mendekati isteri-ister baginda) .Kita amat berharap belas kasihan Allah SWT. semoga Allah memberi pembebasan dan menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Malaikat Jibril mengatakan celaka pada mereka yang berakhir Ramadan tetapi namanya masih tercatat sebagai ahli neraka.

Isnin, 8 Ogos 2011

Apakah erti ‘syaitan dirantai’?

Betulke syaitan dirantai dalam bulan Ramadhan? Dalam Hadis memang jelas.Soalnye bila dah dirantai nape maksiat berlaku jugak. Terdapat beberapa pandangan dari ulama-ulama Hadis berkaitan maksud diatas

Kita lihat pandangan pertama.

Maksud syaitan diikat ialah hanya ketua syaitan-syaitan yang ditangkap dan dirantai di bulan Ramadhan ini. Dengan kata lain, syaitan-syaitan kecil @ syaitan prebet masih dibiarkan bebas. Sementara syaitan otai berpangkat jeneral terpaksa meringkuk di dalam penjara Allah s.w.t.



Asas pandangan ini ialah sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Nasa`iy, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan lain-lain.

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ

Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.

Bahkan, versi hadith riwayat Imam Nasa`iy, Ahmad dan lain-lain ada menjelaskan :

وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ

Dan diikatkan syaitan-syaitan yang kuat dan degil di bulan Ramadhan.

Justeru, hadith ini lebih mendetilkan maksud syaitan yang dirantai secara lebih spesifik. Ianya tidaklah semua. Tetapi hanya syaitan yang punya kreativiti hebat dan berpengalaman luas dalam menyesatkan anak Adam sahaja yang ditahan.

Pandangan kedua pula ialah

Pandangan yang mentakwilkan ‘ikatan’ atau ‘rantaian’ ke atas syaitan itu secara kinayah atau majaz iaitu perbandingan.Ini berdasarkan kata2 ulama yang diambil dari kitab Fat-ul Bari

وَتَصْفِيد الشَّيَاطِين عِبَارَة عَنْ تَعْجِيزِهِمْ عَنْ الْإِغْوَاءِ وَتَزْيِين الشَّهَوَات

Merantai syaitan (di bulan Ramadhan) memberi erti melemahkan mereka dari menyesatkan manusia dan dari membantu syahwat (dalam kerja-kerja melalaikan insan).

Kata-kata ini disokong `Iyadh r.a.

وَأَنَّ الشَّيَاطِينَ يَقِلُّ إِغْوَاؤُهُمْ فَيَصِيرُونَ كَالْمُصَفَّدِينَ

Sesungguhnya syaitan kurang mampu menyesatkan insan (di bulan Ramadhan). Maka keadaan ini menjadikan mereka seolah-solah seperti dirantai.

Kesimpulan pandangan kedua ini ialah tiada syaitan yang dirantai di dalam ‘lokap’ Allah. Hanya yang dikunci ialah sebahagian kekuatan dan kemampuan mereka. Mereka menjadi lemah dan ‘kurang cergas’ dalam usaha melemahkan iman insan. Justeru hal ini ‘sepatutnya’ membantu golongan beriman untuk memeriahkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah.

Sekalipun ketua-ketua syaitan telah diikat atau kekuatan mereka telah dilemahkan, namun ia tidak menjamin maksiat menjadi sifar atau mengurangkan statistik maksiat di bulan Ramadhan.

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa maksiat hanya berkurangan kepada mereka yang melaksanakan puasa dengan konsepnya yang sebenar, iaitu puasa yang bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi juga memelihara adab-adab berpuasa pada anggota yang lain.

Maksiat masih berpeluang berleluasa di bulan Ramadhan. Ini kerana tidak semua individu muslim dapat menghayati serta memahami konsep puasa yang sebenar.

Bahkan tidak semua maksiat itu berpunca dari syaitan. Antara lain punca berlakunya maksiat ialah akhlak dan kebiasaan buruk yang sudah sebati dengan jiwa seseorang serta sikap mazmumah yang sudah lama tertanam dalam hati manusia.

(Ruj . Fathu al-Bari, Jil. 6, MS 136)

Ramadhan Dibuka Pintu syurga Dan Ditutup Pintu Neraka

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)


Huraian
1. Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran
2. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Enam Ramadhan

Hari ini masuk Ramadhan ke enam. Cepat masa berlalu. Pantas jua usia kita bertambah.Ramadhan Kareem jua ramadhan yang Mubarak. Hamba apalah kita ini, kalau tidak rebut peluang depan mata . Bukankah udah jelas ramadhan bulan keampunan,bulan rahmat, bulan dibebaskan dari api neraka. Bila lagi kita mahu berubah.Kalau bulan ini,bulan yang penuh keberkatan ini kita dok macam tu gak,dok ditakok lama,sama seperti tahun lepas tiada perubahan. Manusia apalah kita ini.Bengap betul.Ini Sengal atau bingai namanya.
Memang betul pun.Patut sangat.Tambah lagi ade yang tidak kisah pulak puasa ke tidak. Cuba fikir menasabah ke bulan puasa merokok. Di Penang, apabila penguatkuasa ketuk pintu kereta.Kenapa tidak puasa.Dia boleh jawab, lupa. Puasa boleh lupa mak oi.Lupa..Manusia jenis apa ni.bangsatkut.

"Habis napa tak kerja?"
"Cuti.
" Woit , cuti pulak."
"Cuti apa?"
"Hari ini cuti awal Ramadhan."
Ha, tengok jawapannye.Kantoi.Tu la kalau nak nipu pun bior orang percaya

Bulan Ramadhan ini,banyakkan sedekah. Kalau boleh sedekah benda yang kita sayang.Ini sebaik-baiknya.Si isteri ingatkan suami sedekah.Si suami ingatkan isteri. Jangan bersedekah tidak ketahuan Katalah kita jumpa kanak-kanak,di bazar atau di Petrol Pam.Mereka datang minta sedekah. Datang hulur reset, minta derma bina sekolah Tahfiz. Kita tak hulur.Kita senyum. Nak hulur fikir macam-macam pulak.Senyum udahla.
"Abang sedekah tadi." isteri tanya
"Udah."jawab suami.
"Berapa.?
"Abang senyum aje."
" Senyum juga sedekah"
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Ha, macam mana..

Selasa, 2 Ogos 2011

Hukum Tinggalkan Solat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"

Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***

Isnin, 1 Ogos 2011

khurma Israel


Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.