SUNGAI BULOH: Seorang adik sayu apabila terpaksa menyaksikan kakaknya terkapai-kapai sambil meminta pertolongan selepas terjatuh dalam sebuah tangki najis sedalam 1.6 meter yang tidak digunakan lagi di rumah mereka, di Sungai Pelong di sini, semalam.
Lebih menyedihkan apabila Azmun Abdul Karim, 45, mendakwa terpaksa menyaksikan kakaknya, Azlinah Abdul Karim, 47, menghembuskan nafas terakhir dalam tangki najis berkenaan. Malah, katanya, usahanya untuk membantu mengeluarkan kakaknya daripada tangki berkenaan juga gagal. Semuanya bermula kira-kira jam 11.40 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra mengemas kawasan rumahnya. Azmun berkata, Azlinah yang keletihan duduk atas penutup bekas tangki najis berkenaan. “Ketika itu, saya memasak di dapur sebelum dikejutkan dentuman kuat di belakang rumah. Beliau meninggal dalam perjalanan ke Hospital.
ajal maut kuasa ALLah...
beringatlah kita semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan