Sabtu, 27 Februari 2010

Kejamnya manusia...


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

Bekas penyiar berita RTM kembali ke rahmatullah


Jenazah bekas Pengarah Penyiaran Negeri Pahang dan penyampai berita RTM,Dato Che Hasyim Embi telah selamat disembahyangkan di surau Madah selepas solat Asar pada petang kelmarin.

Almarhum meninggal dunia pada pagi kelmarin dirumah anaknya di Sri Manjung akibat kanser prostet.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Ydp Pas Kawasan Lumut dan disertai kira-kira 50 ahli jemaah surau Madah.Turut hadir beberapa rakan karib dan sanak saudara terdekat Allahyarham.

Sejurus selepas solat jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam kampung Teluk Penchalang untuk dikebumikan.

Selasa, 23 Februari 2010

Saya ada bukti kukuh...


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti yang kukuh bagi menghadapi saman yang difailkan oleh Nakhaie semalam.

adegan di Tasik Madu

Remaja sekarang tanpa segan silu berpeluk di khalayak..... Nanti bila kantoi baru nak report..wakakak

Jumaat, 19 Februari 2010

Dr Asri bersurah maulud....

Isu perarakan sempena menyambut Maulidirrasul menarik perhatian mantan mufti Perlis. Beliau berpendapat:
Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain tidak melakukan aktiviti berarak di jalan raya. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,
Bekas Mufti Perlis.

Khamis, 18 Februari 2010

Wah hebatnya!

Nak tengok hebatya, kapal terbang Sultan Berunai...

Ya ampun. tempat tidurnya........... macam di rumah. Tidak payah turun ke bumi ni...


Ha.ha.ha tandasnya dari emas...... hebat benor....

Rabu, 17 Februari 2010

Maulidurrasul.....

Berarak sempena maulidurrasul bukannya wajib. Tidak berarak pun tidak menjadi masalah. Dalam sunah nabi pun tidak disuruh. Bagaimana kalau berarak , berselawat bagai nak rak. Perintah rasul tidak diikut. Berarak bukan main. Rasuah diambil juga. Berselawat riuh rendah. Bernyanyi, berpesta tidak tentu arah. Negara- negara Islam lain taada perarakan. Rakyatnya tak kecoh. Medium dakwah kita luas, pelpagai cara boleh dilakukan. Kalangan pelajar berarak amat mengujakan. Anak-anak kecil ghairah dan tertarik. Tapi kena beritahu kenapa berarak. Adakah mesti berarak. Adakah nabi juga berarak macamni. Jelas dan perjelaskan. Jika tidak kantoi generasi akan datang.

Sambutan Ulang tahun keputeraan Nabi saw. adalah sangat penting bagi kita ummat Islam akhir zaman. (sekalipun ianya tidak pernah dianjurkan oleh baginda dan para sahabat rhm.) Justeru sambutan ini berfungsi untuk mengingat dan menginsafkan ummah terhadap beberapa perkara

• Kesyukuran terhadap perutusan rasul saw. yang menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya hidayah.
• Penyataan bersama bahawa kita seluruh ummat Islam bersedia dan sanggup untuk melaksanakan syariat dan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda.
• Ikrar dan janji setia, bahawa kita akan menyambung risalah dan perjuangan baginda rasul saw.
• Mengambil qudwah dan iktibar dari keperibadian dan sirah (perjalanan hidup) baginda rasul saw.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
Surah Al Ahzaab. Ayat : 21

Sebarang sambutan ulangtahun keputeraan baginda Rasul saw. yang tidak berasaskan perkara – perkara di atas, malah dicampur aduk pula dengan permainan dan hiburan kononnya di atas alasan untuk memeriahkan sambutan maulud, maka ianya bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal sambutan, tetapi ianya dilarang oleh agama.

Gejala sosial

Senarai gejala sosial hari ini...

1. Seaorang askar terbunuh di belasah oleh rakan, berpunca dari salah faham.

2. Tikam isteri, dan tikam diri sendirikerana minta cerai.

3. Lelaki tegur kereta halang kedai, ditampar.

4. Sembur mangsa dengan cecair, mangsa pengsan kemudian rompak.

5. Tiga pelajar perkosa mangsa dan sula hingga pengsan.

6. Jual dadah bersama isteri dan anak.

Apalah nak jadi malaysia ini...

- sumber harian metro.

Ya ampun.......Pendedahan gaji menteri kini..

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri;

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dengan akta Parlimen.
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati. Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit, tapi tidak semua orang tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak kerja. Lain-lain kemudahan;
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapur/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, dilengkapi dengan telifon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti majlis perkahwinan, kematian atau pemberian kepada badan-badan kebajikan boleh di tuntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaannya Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri;
1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kepada orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dengan akta Parlimen.
2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati.
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati. Kebanyakan menteri sudah ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket sendiri.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit.
5. Elaun parking.

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut, sebagai:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan.
2. Pengerusi syarikat swasta yang dilantik.
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain.
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi.
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara.
7. Lain-lain sumber.

- sumber Greensocialis

Sabtu, 13 Februari 2010

Apartmen Metro Prima

Ramai kawan-kawan tinggal di Metro Prima. Syukur mereka, ade juga bilik untuk untuk anak-anak tidur dan belajar. Cuba bayangkan kalau
macamni.....






Suasana
PPRT di Hong Kong

Mereka juga belajar, mereka juga melayan tetamu...

Tips kurangkan gula


Harga gula pun dah naik .Apa kata kita kurangkan pengunaan gula dalam makanan. Kalau kencing dah manis darah dah tinggi. Makan kulit pau ajelah. Kerana itu mari kita amalkan beberapa tips penggunaan gula.

Pertama. Makan dalam kuantiti yang sedikit bukan sehingga membuatkan kain, seluar atau jeans terasa ketati.

Kedua, banyakkan minum air terutama air kosong.Minumlah air untuk menurunkan kecenderungan memilih makanan ringan yang manis.

Ketiga, jangan lupa ambil ‘supplement’. Vitamin C . Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi. Sementara magnesium membantu mengatur tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, kekacang, bijirin, ikan, dan daging.

Keempat, makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari. Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari, dan mengatur tahap gula di dalam darah.

Kelima, pilihlah makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu. Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses.
Keenam, jaga keseimbangan hormon tubuh. Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta, dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik.

Selasa, 9 Februari 2010

Demokrasi?

Tektik penyangak Lebuh Raya

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang, lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.


Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi….

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri – bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan – lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a’lam.

Isnin, 8 Februari 2010

melapah monyet

Dalam hutan makanan payah nak dapat kot.......



Hi Hi agaknya dah tak ada makanan lain......

Kenapa ramai orang sakit jiwa



Akibat disimbah asid oleh bapa sendiri. Mengapa bagitu tergamak buat kat anak. Binatang pun tahu mengasihi anak. Nah isterinya meninggal. Anaknya pula sangsara seumur hidup. Sekarang mangsa sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Pada15 Febuari ini akan menyambut Tahun Baru China bersama keluarga di Pulau Pinang.


Badan Tan melecur hampir 60 peratus kerana insiden tersebut.

Ahad, 7 Februari 2010



Forum kalimah Allah yang berlangsung di International Hotel Kuala Lumpur banyak mendatangkan manfaat. Terutama mereka yang masih keliru dengan isu penggunaan nama Allah. Tiga orang ahli penal, terdiri dari Dr Asri Zainal Abidin, Ustaz Nasharudin Tantawi dan Dr Chua Ji Meng hadir dalam majlis tersebut. Penggunaan nama Allah hendaklah jelas, apa yang dimaksudkan dengan larangan tidak boleh guna nama Allah. Di Johor kata Dr Chua Ji Meng, "Masa zaman kanak-kanak kami menyanyi lagu negri Johor ada sebut nama Allah". Polis bukan Islam juga guna nama Allah. Lihat topinya.

Jadi polis tu salah kerana guna nama Allah. Larangan penggunaan nama Allah hendaklah jelas definasinya" ,tegas Dr Asri mantan mufti Perlis dalam forum Kalimah Allah. Ustaz Nasrudin menganggap ulamak berselisih pendapat mengenai keharusan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Kesimpulan forum tersebut kedua ahli penal Islam bersetuju bahawa harus orang bukan Islam menggunakan nama Allah, dengan syarat tidak diguna untuk menyampaikan dakyah. Umat islam harus berwaspada walaupun berbeda fahaman politik.