Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hariraya Haji pada hari Jumaat ini, 1 Dzulhijjah 1430 bersamaan dengan 27 November 2009. Walapun hariraya jatuh pada hari Jumaat, banyak masjid dan surau yang melaksanakan ibadah korban akan melakukannya pada keesokan hari, yakni hari Sabtu.

Tempoh melakukan ibadah korban seperti yang disyariatkan ialah bermula selepas Solat E’id dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari Tasyriq. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Artinya:Barangsiapa menyembelih sebelum solat hendaklah menyembelih sekali lagi sebagai gantinya, dan siapa yang belum menyembelih hingga kami selesai solat maka menyembelihlah dengan bismillah”. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga hadits Jubair bin Mut’im dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda:

Artinya: Pada setiap hari-hari tasyriq ada sembelihan”. (Dikeluarkan Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dalam shahihnya dan Al-Baihaqi. Dan terdapat jalan lain yang menguatkan antara satu dengan riwayat yang lainnya.)

Di dalam Al-Muwatha’ dari Ibnu Umar:

“Artinya : Al-Adha (berkorban) dua hari setelah dari Adha.

Demikian pula dari Ali bin Abi Thalib. Dan ini pendapat Al-Hanafiah dan mazhab Syafi’iyah bahawa akhir waktunya sampai terbenam matahari dari akhir hari-hari tasyriq.

Dalam konteks ibadah korban tahun ini, sembelihan korban boleh dibuat selepas Solat E’id pada hari Jumaat dan berakhir apabila terbenam matahari hari Isnin. Tetapi kebanyakan masjid dan surau melakukannya pada hari Sabtu. Kenapa?

Bila ditanya kepada beberapa pihak yang menguruskan ibadah korban, jawapan yang diberikan seperti berikut ;

Golongan pertama mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat orang sibuk hendak ziarah menziarahi berhariraya. Lagipun ibadah korban tidak semestinya dibuat pada hariraya, kerana boleh dibuat juga pada-pada Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Golongan kedua pula mengatakan kami mengadakan ibadah korban hari Sabtu kerana hari Jumaat begitu suntuk masa. Sudahlah pagi pergi solat hariraya, tengahari nak kena pergi solat Jumaat pula. Sebab itulah kami sembelih korban hari Sabtu.

Kedua-dua jawapan diatas ada asasnya kenapa sembelihan dibuat pada hari Sabtu, namun jawapan golongan pertama lebih menepati hadits-hadits yang dinyatakan di atas. Golongan kedua pula mungkin belum menemui hadits-hadits tentang rukhsah atau kelonggaran sekiranya bertemu dua hariraya, iaitu hariraya jatuh pada hari Jumaat.

Telah meriwayatkan Abu Dawud (1070), An Nasa-i (3/194), Ibnu Majah (1310), Ibnu Khuzaimah (1464), Ad Darimi (1620) dan Ahmad (4/372) dari Iyas bin Abi Ramlah Asy Syami ia berkata:

Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, ia berkata, Apakah engkau pernah menyaksikan bersama SAW apabila bertemunya dua hari raya pada satu hari? Zaid berkata, Ya. Mu’awiyah berkata, Lalu apa yang beliau lakukan? Zaid menjawab, Baginda solat Eid (hariraya) kemudian Baginda memberi keringanan untuk solat Jumaat, beliau bersabda ‘Siapa yang inginSsolat Jumaat maka solatlah’. (Imam Ali Ibnul Madini mensahihkan hadits ini sebagaimana dalam At Talkhisul Habir (2/94))

Abu Hurairah dan selainnya membawakan riwayat tentang hal ini dari Nabi SAW dan ini yang diamalkan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum.

Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Al Mushannaf (3/305) dan juga Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf (2/187) dengan sanad yang sahih dari Ali Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya berkumpul dua hari raya pada satu hari, maka ia berkata:

“Siapa yang ingin menghadiri solat jumaat maka hadirilah dan siapa yang ingin duduk di rumah maka duduklah”.

Dalam shahih Bukhari (5251) disebutkan riwayat yang sama dengan ini dari Utsman Radhiyallahu ‘anhu. Dalam Sunan Abi Dawud (1072) dan Mushannaf Abdurrazzaq (5725) dengan sanad yang sahih dari Ibnu Zubair:

“Dua hari raya bertemu dalam satu hari, maka ia mengumpulkan keduanya bersama-sama dan menjadikannya satu. Ia solat E’id pada hari Jumat sebanyak dua rakaat pada pagi hari, kemudian ia tidak menambah solat hingga solat Asar”.

Asy-Syaukabi yang bermazhab Syafi’e berkata dalam Nailul Authar (3/348) mengikuti riwayat ini, zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan solat Zuhur.

Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumaat jika gugur dengan sebab telah bersolat hariraya, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya solat Jumaat untuk mengerjakan solat Zuhur. Kerana itu Atha’ berpendapat.

“Nampak bahawa orang-orang yang berkata demikian kerana Jumaat adalah pokok. Dan engkau tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya pada hari Jumat adalah solat Jumat, bukannya solat Zuhur. Maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa yang meninggalkan solat Jumaat kerana uzur atau tanpa uzur perlu kepada dalil, dan tidak ada dalil yang boleh dipegang dalam hal ini sepanjang yang aku ketahui”.

Berdasarkan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah lebih wajar umat Islam menerima rukhsah (kelonggaran) yang dianugerahkan itu. Sembelihan korban jika dibuat pada hari Jumaat, hariraya tampak lebih meriah suasana. Bilangan lembu korban yang banyak pula boleh disambung sembelihan pada hari-hari berikutnya.


Selasa, 24 November 2009

Siapa MB Kedah?



MB Kedah berasal dari Sungai Limau Yan Kedah. Pernah menjadi pensyarah di UKM, UIA dan Mindanao University. Mempunyai banyak pengalaman antarabangsa. Pernah menyertai Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980). Membentang Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983). Menyertai Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995). Menyertai Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)Conference of South East Asia Islamic Law, Manila . Dia adalah antara pengasas Kuliyyah Of Law di UIA bersama Alayarham Tan Sri Ahmad Ibrahim. Gambarnya terpampang bersama tokoh itu dalam satu persidangan melibatkan pensyarah dan pengamal undang-undang peringkat antarabangsa.

Tidak ramai yang menguasai undang-undang syariah dan sivil dan boleh menyampaikan kuliah dalam bahasa Inggeris dan Arab di Malaysia. Ust Azizan adalah salah seorang daripadanya. Dia lulusan Al-Azhar dan University Of Kent, England. Dia juga mengasaskan fakulti syariah dan undang-undang di Mindanao University.

Menurut salah seorang bekas pelajarnya, hanya dua orang pensyarah yang memberi kuliah undang-undang tanpa membawa nota sewaktu dia di UKM, TS Ahmad Ibrahim dan Ust Azizan. Ada gudang besar dalam bidang perundangan dalam kepalanya.Kredibiliti dan integriti itu terserlah dalam tempoh 20 bulan sebagai MB Kedah.

Isnin, 23 November 2009

Perkahwinan Ditaja Paling Singkat

Cerita pasal perkahwinan lagi. Ini pasal perkahwinan yang ditaja. Dan takdirnya ia tak kekal lama
Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)
Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa.
Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06.

musim kenduri datang lagi....

Cuti sekolah sudah bermula. Cuti begini ramai orang buat kenduri kahwin. Tak putus-putus jemputan. Ada yang dekat dan ada yang jauh.Sesiapa yang berhajat,nak mendirikan masjid, kenalah ada sekurang-kurang RM 8000 atau RM 9000.Ini sekurang-kurangnya.Dulu masa zaman Mazuin Hamzah dan Pengiran Sufri.Berapa hantaran agaknya. Hantarannya tak mampu kita...Gambar Mazuain Hamzah dengan Pengiran Sufri

Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)
Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinar
y M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.
Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.- sumber manzaidi

Ahad, 22 November 2009

Jakim Siasat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyiasat dakwaan berlakunya pengislaman kanak-kanak bukan Islam di sebuah rumah kebajikannya di Pulau Pinang 10 tahun lalu.

"Kita kena siasat dulu perkara ini. Kita kena dapatkan penjelasan pihak berkenaan terlebih dahulu," kata jurucakapnya hari ini.
Beliau diminta mengulas kes S Banggarma, atau nama Islamnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah yang mendakwa Rumah Kebajikan Taman Bakti, Kepala Batas telah menukar agamanya kepada Islam ketika umurnya tujuh tahun, pada 1989.

Beliau dilaporkan mendakwa hanya menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada tahun 2000. - malaysiakini

Ragu dengan jawapan


Tak habis-habis dengan soalan UPSR. Kali ini di Sabah pula. Kemunkinan ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan di tiga sekolah di Sabah kata Ketua Pengarah Pelajaran

"Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.

"Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini," katanya di sini, hari ini.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lalu.

Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: "Perkara itu tidak berlaku."

"Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lalu pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula," katanya.

Walau bagaimanapun tahniah kepada sekolah Setia Wangsa, SK Bukit Damansara dan SK Taman Tun Dr Ismail ( 1). Seramai 94 calon SK Setiawangsa mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, SK Bukit Damansara (80) dan SK Taman Tun Dr Ismail Satu (76).

semak keputusan UPSR

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

"Ia membabitkan tiga sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Rabu, 18 November 2009

Apa cerita anak-anak kita yang mengambil peperiksaan UPSR. Esok dengar ceritanya , keputusan akan di umumkan. Makin bedebarlah ibubapa. Anak-anak kurang rasa debarnya. Emak bapak yang lebih. Kalau PMR atau SPM anak-anak yang bedebar. Bapak. Emak relek aje. Kalau nak diikut PMR dan SPMlah yang penting . Nak tentukan kelas aliran mana dan Universiti mana. apa pun biarlah anak kita berjaya di dunia dan akhirat.


UPSR + Ibubapa = bedebor

PMR/SPM + ibubapa = relek

Ulama Indonesia bantah Filem 2012

Salah satu gambaran dalam filem 2012

Di Indonesia filem ini mendapat tentangan tokoh-tokoh Islam atau ulama. Ketua Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Malang, KH Mahmud Zubaidi pertama kali mengecam filem yang sudah ditayang di Indonesia itu. Menurutnya, sebagai umat Islam, wajib percaya bahawa kiamat merupakan rahasia Allah. Jadi, jangan percaya dengan ramalan kiamat versi bangsa Maya.

"Film itu tidak pantas untuk ditayangkan, karena bisa mempengaruhi pemikiran umat. Soal kapan kiamat, itu kuasa Sang Pencipta. Jadi kita tidak boleh menentukan hari itu. Itu menyesatkan,” tegas ulama dari Malang ini.

Berbeda dengan KH Mahmud, Ketua MUI pusat, tiada masalah. Katanya, "Secara pribadi, saya tidak menganggap itu masalah besar. Asalkan, film 2012 tidak diasosiasikan dengan hari kiamat. Kiamat hanya Allah yang tahu. Dan film hanya fiksi, bukan kisah nyata,” jelas Amidhan di Jakarta kemarin. Yang penting bagi pengeluarnya, dalam tayang selama tiga hari di 105 negara, filem ini sudah meraup untung 25 juta US.

Terhot.....

Ketawa besar.. nampak........ mesti ada apa-apa gitu....

JAMES BOND KITA TELAH MENEMUI KANG KONG



jeng! jeng!jeng! hasil usaha pak sibuk gua,ni hasil gua korek:

nama kangkong2 trsebut:

Name: Zoharah bte Omar
Position: Senior Lecturer
Qualifications : L.L.B. (Hons)(UIA), M.S. (HRD)(UPM), Ph.D Psychology (UKM)
Department: Professional Development and Continuing Education
Area of Specialization: Human Resource Development

Name: Turiman bin Suandi
Position: Professor / Deputy Dean (Student Affairs & QA) of School of Graduate Studies
Qualifications : Dip. Animal Health and Prod. (UPM), B.S. (Florida), M.S., Ph.D. (Ohio State)
Department: Professional Development and Continuing Education
Area of Specialization: Youth & Development

tajuk buku hasil plagiat depa:
Writing An Effective Resume
No ISDN 9832871107

dikatakan diplagiat hampir word-by-word dari universiti2 terkemuka di US- tukar tiub

Muktamar Sanawi GPI

Semak Ejaan

Kuala Lumpur 16 November- Seramai hampir 2000 ribu guru-guru GPI dan guru j-QAF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Muktamar Sanawi di Dewan utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Program yang bermula jam 8.30pagi hingga 4.30 petang itu dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor SPI, Penolong-Penolong Pengarah SPI. Antara yang menyampaikan kertas kerja ialah Dato Dangeran mantan Ketua Pengarah BPI, Presiden KGGUMB Ustaz Malik Hasan dan Prof Dr Sidek Baba.Program diakhiri dengan Mesyuarat KGGUMB cawangan Wilayah Persekutuan. Presiden KGGUMB Wilayah KL kekal milik Ustaz Azman Yusof dan Setiausaha Ustazah Hjh Zahirah Shafie

Khamis, 12 November 2009

Graduan UKM dihukum gantung


SHAH ALAM - Selepas lima tahun berlalu, Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Irawadi Mohamad (gambar) selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md. Noor, 27 tahun.

Irawadi, 29, yang merupakan bekas penuntut Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi tenang menerima keputusan tersebut selepas dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa.

Irawadi yang memakai kemeja T berwarna putih dilihat duduk di luar kandang tertuduh sambil berbincang dengan peguam belanya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.

Penjaga gol Jerman, maut




HANOVER: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke terbunuh selepas dikatakan melintas ketika kereta api sedang memecut, sema
lam. "Dia terbunuh ketika melintas di lintasan Neustadt am Rubenberge," menurut jurucakap polis Martina Stern.

"Dia melonjakkan badannya di bawah kereta ketika sedang bergerak dan maut di tempat kejadian. Ia adalah satu cubaan bunuh diri," katanya.

Rakan rapat Enke, Jorg Neblung, yang juga penasihat kepada penjaga gol itu juga mengesahkan bahawa Enke membunuh diri.

"Robert bertindak mengakhiri nyawanya pada jam 6 petang," katanya.

Satu sidang akhbar di Hannover lewat hari ini dijangka mendedahkan lagi kejadian membabitkan penjaga gol yang kini mempunyai enam cap permainan untuk Jerman.

Berusia 32 tahun, Enke juga bermain untuk Hannover 96. Dia meninggalkan isteri dan seorang anak angkat perempuan berusia lapan bulan yang diambil Mei lalu - tiga tahun selepas kematian anak perempuannya berusia dua tahun kerana sakit jantung.

Enke dikeluarkan daripada skuad Jerman dua hari sebelum pasukan itu mencatat kemenangan 4-0 terhadap Azerbaijan pada kelayakan Piala Dunia, awal September lalu.
Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad kebangsaaan dan berlatih sejak bulan lalu. - AFP

Rabu, 11 November 2009

Gaji Menteri Besar, Exco, dan ADUN

Gaji dan allowances untuk Menteri Besar, Exco, ADUN

Gaji PM, Menteri kabinet dan MP adalah dibawah peruntukan kerajaan persekutuan, tapi untuk MB, exco negeri, etc pula adalah dibawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan).

Ni contoh gaji MB dan exco di sebuah negeri.

Menteri Besar - RM14,175.15
Anggota Exco kerajaan negeri - RM6,109.29
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) - M4,112.79

Selasa, 10 November 2009

Apakah gelatin?





Gelatin ialah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binaatang, iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya.Ia digunakan dalam pelbagai fungsi seperti industri makanan dan farmasi. Menjadi bahan pemantap bagi industri pengeluaran makanan seperti aiskrim, makanan pencuci mulut, agar-agar, sosej dan minuman bersusu.Terdapat juga dari bahan tumbuhan yang mempunyai kualiti seperti gelatin

Haji sebelum merdeka


Peristiwa 1947

  • 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.


  • Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.
  • Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.
  • Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.
  • Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.
  • - sumber Berita Harian

    SEJARAH KAPAL HAJI
















    Orang zaman dulu pergi haji naik kapal laut. Berbulan-bulan baru sampai. Bergolok bergadai untuk menunaikan ibadah Rukun Islam kelima. Kapal Haji pulak macam-macam namanya. Ada yang nama tajuk filem pulak

    INFO: Kapal haji


  • Mendam Berahi (abad ke-15)
  • Subulus Salam (1854),
  • Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
  • Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
  • Prometheus (1950-an),
  • Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).
  • Ahad, 8 November 2009

    Muhammad Abd Wahab Tiada Kaitan Wahabi?

    Muhammad Abd Wahab Tiada Kaitan Wahabi Oleh: Ustaz Abd Ghani Shamsudin.

    Saya keliru dengan beberapa pendekatan gerakan Wahabi dari sudut pengamalan dalam ilmu fiqh dan pegangan akidahnya. Adakah gerakan ini terkeluar daripada ajaran islam?

    Dalam konteks ini saya pinjam jawapan seorang sahabat dari seberang yang menjelaskan: Istilah Wahabi sebenarnya bukan istilah baru dalam literatur islam. Dan pengindektifikasian Wahabi kepada sebahagian umat islam pun kurang objektif. Istilah "Wahabi " bila kita rujuk dari asal katanya mengarah kepada tokoh ulama besar di tanah Arab, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Beliau lahir di Uyainah dan belajar islam dalam mazhab Hanbali. Beliau menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau disambut baik ketika beliau datang di Dir'iyah bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan penguasa setempat Amir Muhammad bin Su'ud (1139-1179). Dakwah dan pendekatan yang beliau perkenalkan di tengah masyarakat yang dilihat semakin jauh dari garisan islam sebenar maka ia diteriman dengan baik. Akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Arab Saudi hingga kini. Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi perintis kepada gerakan islam (reformasi) yang mincul menjelang zaman kemunduran dan kebekuan pemikiran dunia islam sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke 12-hijriyah. Dakwah dan gerakan ini menyeru agar akidah islam dikembalikan kepada pemurnian dalam konteks menjauhkan tauhid dari sebarang bentuk syirik dengan segala manifestasinya. Sementar fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan bermaharajalela. Bidaah, khurafat dan tahayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun, ramalan, sihir, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan pelbagai persoalan hidup umat islam. Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia islam untuk sedar atas penyelewengan akidah itu. Beliau menulis beberapa risalah menyedarkan masyarakat. Slah satunya adalah kitab tauhid yang hingga kini menjadi rujukan banyak ulama akidah. Dakwah Muhammad bin Abd Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif membanteras segala bentuk khurafat, syirik, bidaah dan segala macam hal yang menyeleweng dari ajaran islam yang asli. Mereka melarang mendirikan bangunan di atas kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang tenung nasib. Mereka juga melarang bertawassul dengan menyebut nama orang soleh seperti kalimat bi jaahi rasul atau keramatnya syeikh fulan bin fulan. Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyyah. Dakwah ini membangunkan umat islam dalam bidang akidah yang telah lama jumud dan beku akibat kemunduran dunia islam. Mereka melakukan pemantauan terhadap setiap pengajaran dan pendidikan umum untuk serta merangsang para ulama untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan sumber rujukan yang muktabar, sebelum menerima sesuatu pemikiran. Mereka tidak mengharamkan taqlid namun meminta agar umat ini lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nas dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah serta pendapat para ulama salafus soleh. Di antara tokoh ulama salaf yang sering dijadikan rujukan adalah: : Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H) : Ibn taimiyyah (661-728 H) : Muhammad bin Qayyim al-Jauziyyah (691-751 H) Dalam penghebohan jenama yang kurang tepat, gerakan ini sering diberi gelaran dengan Wahhabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyyah. Sebenarnya musuh-musuh islam dengan licik cuba melaga-lagakan umat islam dengan mencipta istilah yang diberi nama tertentu dan makna yang buruk lalu dilagakan sesama sendiri untuk mememcah-belahkan kita. Dengan cara itu mereka tidak akan memiliki kekuatan untuk menentang Zionis dan kuasa penjajah. Bagi menyelamatkan keadaan, umat islam di segenap peringkat perlu peka terhadap perancangan jahat musuh islam yang tidak lekang dalam hidup mereka untuk melenyapkan umat islam- sumber harakah 2006

    Adakah Wahabi sesat?

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan fahaman Wahabi tidak sesat. Mari kita lihat amalan-amalan yang dilakukan dalam fahaman Wahabi:-

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras
  • Sapu Semua


    Apalah jadahnya. Emak nak jadikan bini. Tengok anak terliur pula. Dia tak tahu agaknya, hukuman sebat kerana merogol atau apa pun kalau jenis sebat. Memang seram. Jangan buat.Mintak ampun janganlah. Sebenarnya nafsu juruteknik ini telah dirasuk oleh syaitan.Habis segalanya.. Inilah yang berlaku di Petaling Jaya

    " Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu.

    Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.

    Bagaimanapun hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 7 Februari 2005, iaitu 10 tahun saja.

    Dalam keputusannya, mahkamah mendapati Hamdan yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

    "Tertuduh menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, tetapi melalui keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata.

    Kelantan Naib Juara Piala Malaysia


    Pertandingan akhir Piala Malaysia berkesudahan dengan Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan 3-1. Pertandingan akhir yang sebahagiannya dipenuhi oleh puluhan ribu penyokong Kelantan itu dicemari dengan bunyi dentuman mercun dan adegan bakar membakar. Entah kenapa, munkin tidak puashati dengan pengadil atau dengan pemain sendiri yang bermain hambar. Atau kerana jurulatih yang silap strategi.Separuh masa kedua baru memasukkan Khalid Jamlus. Walau apa pun keputusan pengadil adalah muktamad. Patut atau tidak pengadil memberi tendangan penalti, nampaknya keputusannya tidak dapat dipertikaikan. Penyokong harus terima kekalahan tersebut dengan hati terbuka. Bukan melepaskan geram secara sembrono. Disinilah dinilai sivik, moral atau akhlaq kita. Aduhai penyokong bolasepak Kelantan terima kekalahan ini sebagai cabaran. Bangkit Kelantan. Anda semua bermain baik. Cuma anda belum diiktiraf sebagai pemenang.

    Jumaat, 6 November 2009

    Aduhai Warga Emas !




    Gambar hiasan



    Sepatutnya Allah kurniakan usia yang panjang, gunakanlah untuk beribadah. Tapi lain pula dengan warga emas ini. Makin tua makin menggatal. Apalah nak jadi Malaysiani...

    Seorang warga emas berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berumur 11 tahun dengan memberi upahnya RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lepas.

    Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading, di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.- Sumber Utusan

    Khamis, 5 November 2009

    RM 4.48 juta ?

    Sebuah bilik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikunci lebih dua jam hari ini bagi membolehkan pegawai Bank Negara dan kakitangan sebuah syarikat pengurup wang mengira wang tunai dalam pelbagai jenis mata wang bernilai lebih RM4.48 juta sebelum memulangkan wang itu kepada para pemiliknya seperti diarahkan oleh mahkamah.

    Bilik mahkamah itu ditutup pada kira-kira 10.30 pagi dan dua mesin kira digunakan untuk mengira wang itu yang disimpan dalam dua kotak khas dan tugas itu berakhir kira-kira 1 tengah hari.

    Wang itu disimpan di Bank Negara sejak dirampas dari syarikat pengurup wang Syarikat KL Resources Sdn Bhd, tahun lepas.

    Rabu, 4 November 2009

    Seminar integeriti

    Menghadiri seminar integeriti bersama warga pendidik. Majlis dijangka bermula jam 8.30 pagi terpaksa dilewatkan gara-gara penceramah lambat sampai. Dua sesi ceramah diadakan. Bermula dengan penceramah dari IIM dan diikuti pula oleh penceramah daripada SPRM. Majlis berakhir jam 12.30 tengah hari

    Berapa elaun Ahli Parlimen

    Elaun bulanan sebanyak RM4,112.00
    * Ahli Parlimen mempunyai imuniti di dalam Dewan Rakyat (DR) menjadikan mereka kebal undang-undang tentang apa yang diperkatakan dalam DR
    * Dibayar elaun RM200 setiap kali menghadiri persidangan DR
    * Memperoleh RM1,500 bagi elaun keraian
    * Menerima elaun perjalanan kenderaan
    * Elaun Bulanan Tetap Perjalanan sebanyak RM1,500
    * Elaun tetap pemandu kereta sebanyak RM1,200
    * Elaun Pakaian Rasmi Istiadat dibayar pada kadar RM1,000 ke atas
    * Lesen kenderaan motor percuma
    * Lesen senjata api percuma
    * Dibekalkan percuma satu naskhah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semas

    * Diperuntukkan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM1,500
    * Kemudahan perubatan percuma
    * Kumudahan pinjaman kereta maksimum RM100,000 dalam tempoh empat tahun
    * Pinjaman perumahan sehingga Maksimum RM360,000

    Sumber:Akta Ahli Parlimen(Saraan)1980(Akta 237)

    Isnin, 2 November 2009

    Bayi tanpa badan

    Gambar hiasan

    KUALA TERENGGANU: Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di Kampung Banggol Permaisuri, Setiu hari ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Fuzi Abduri, berkata kepala bayi itu ditemui pada kira-kira jam 1 pagi oleh seorang penduduk kampung yang ingin membuang sampah di tempat pembuangan sampah itu.

    "Badan bayi yang dipercayai dibuang di situ sejak seminggu lalu, dipercayai dimakan binatang buas," katanya di sini.


    Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan seorang suri rumah berumur 41 tahun pada jam 3.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes itu.

    Mohd Fuzi berkata, siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan itu baru rujuk dengan bekas suaminya kira-kira sebulan lalu. - Bernama

    khat

    Alat bantu mengajar Khat (KhatBoard)


    Bekas Mufti Perlis didakwa



    KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

    Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.


    Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

    Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

    Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

    Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

    Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

    Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

    Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

    Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

    Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.- sumber berita harian

    Ahad, 1 November 2009

    Kelantan jumpa NS di final Piala Malaysia




    KUALA LUMPUR: Kelantan akan bertemu Negeri Sembian pada perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 3-1 pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

    Dengan keputusan itu, Kelantan melayakkan diri dengan agregat 5-1 ke atas Perlis manakala Negeri Sembilan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu.