Sabtu, 27 Februari 2010

Kejamnya manusia...


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

Bekas penyiar berita RTM kembali ke rahmatullah


Jenazah bekas Pengarah Penyiaran Negeri Pahang dan penyampai berita RTM,Dato Che Hasyim Embi telah selamat disembahyangkan di surau Madah selepas solat Asar pada petang kelmarin.

Almarhum meninggal dunia pada pagi kelmarin dirumah anaknya di Sri Manjung akibat kanser prostet.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Ydp Pas Kawasan Lumut dan disertai kira-kira 50 ahli jemaah surau Madah.Turut hadir beberapa rakan karib dan sanak saudara terdekat Allahyarham.

Sejurus selepas solat jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam kampung Teluk Penchalang untuk dikebumikan.

Selasa, 23 Februari 2010

Saya ada bukti kukuh...


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti yang kukuh bagi menghadapi saman yang difailkan oleh Nakhaie semalam.

adegan di Tasik Madu

Remaja sekarang tanpa segan silu berpeluk di khalayak..... Nanti bila kantoi baru nak report..wakakak

Jumaat, 19 Februari 2010

Dr Asri bersurah maulud....

Isu perarakan sempena menyambut Maulidirrasul menarik perhatian mantan mufti Perlis. Beliau berpendapat:
Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain tidak melakukan aktiviti berarak di jalan raya. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,
Bekas Mufti Perlis.

Khamis, 18 Februari 2010

Wah hebatnya!

Nak tengok hebatya, kapal terbang Sultan Berunai...

Ya ampun. tempat tidurnya........... macam di rumah. Tidak payah turun ke bumi ni...


Ha.ha.ha tandasnya dari emas...... hebat benor....

Rabu, 17 Februari 2010

Maulidurrasul.....

Berarak sempena maulidurrasul bukannya wajib. Tidak berarak pun tidak menjadi masalah. Dalam sunah nabi pun tidak disuruh. Bagaimana kalau berarak , berselawat bagai nak rak. Perintah rasul tidak diikut. Berarak bukan main. Rasuah diambil juga. Berselawat riuh rendah. Bernyanyi, berpesta tidak tentu arah. Negara- negara Islam lain taada perarakan. Rakyatnya tak kecoh. Medium dakwah kita luas, pelpagai cara boleh dilakukan. Kalangan pelajar berarak amat mengujakan. Anak-anak kecil ghairah dan tertarik. Tapi kena beritahu kenapa berarak. Adakah mesti berarak. Adakah nabi juga berarak macamni. Jelas dan perjelaskan. Jika tidak kantoi generasi akan datang.

Sambutan Ulang tahun keputeraan Nabi saw. adalah sangat penting bagi kita ummat Islam akhir zaman. (sekalipun ianya tidak pernah dianjurkan oleh baginda dan para sahabat rhm.) Justeru sambutan ini berfungsi untuk mengingat dan menginsafkan ummah terhadap beberapa perkara

• Kesyukuran terhadap perutusan rasul saw. yang menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya hidayah.
• Penyataan bersama bahawa kita seluruh ummat Islam bersedia dan sanggup untuk melaksanakan syariat dan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda.
• Ikrar dan janji setia, bahawa kita akan menyambung risalah dan perjuangan baginda rasul saw.
• Mengambil qudwah dan iktibar dari keperibadian dan sirah (perjalanan hidup) baginda rasul saw.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
Surah Al Ahzaab. Ayat : 21

Sebarang sambutan ulangtahun keputeraan baginda Rasul saw. yang tidak berasaskan perkara – perkara di atas, malah dicampur aduk pula dengan permainan dan hiburan kononnya di atas alasan untuk memeriahkan sambutan maulud, maka ianya bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal sambutan, tetapi ianya dilarang oleh agama.