Selasa, 11 Oktober 2011

Tanda barah Usus

Kanser atau barah usus adalah barah kedua yang paling banyak menyerang kaum lelaki dan ketiga pada kaum wanita di negara kita. Jika ia dikesan pada peringkat awal kemungkinan berjaya merawatnya adalah 90%.

Jika anda berumur 40 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga yang terkena barah usus dan mengalami tanda-tanda di bawah ini eloklah segera mendapatkan pemeriksaan doktor kalau-kalau ada barah. Rawatan awal lebih mudah untuk menyelamatkan anda
  • Keluar darah daripada dubur
  • Keluar darah selepas buang air besar.
  • Rasa lebih kerap buang air besar daripada kebiasaan
  • Air besar lebih cair
  • Kerap sembelit
  • Rasa tak puas lepas buang air besar
  • Perut sakit
  • Berat badan tetiba menurun
  • Rasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Ahad, 9 Oktober 2011

Menyusur waktu














Pergh,Jem teruk hari ini.Pergi Setapak balik ke UIA.Sesak.Berjam2.Mujur Auto. Legalah sikit.Ingatkan sempat kelas di Kuates.Ha tak sempat, pospon.Nak masuk UIA dereten kereta .Kiri kanan lagi.Macam ade ceramah.Ish Ustaz Azhar haritu takla macamni.Sungguh bukan ade ceramah, Konvokesyen.

Patutla.Dah konvo nak begambar,baling topi.Aksi-aksi sikit.Bukan senang ,pah ni entah bila nak jumpa.Masing-masing berjauhan.Kalau murah rezki terus dapat kerja.Murah jodoh terus kahwin.Ha.susah gak tu,kahwin kerja taada lagi.Ribuan graduan nganggur ni.Tempoh pencen dilanjutkan pulak tu.Dari 58 ke 60 tahun.Bagila chance kat graduan2 lepasan U pulak.Yang pencen tu buat amal2 lebih sikit.Kata orang menjadi geng masjid dan surau.

Datang kat majlis ilmu.Gi kuliah subuhke.Ini bila buat majlis ilmu beberapa kerat aje yang datang. Ade yang datang solat aje.Tapi masa kuliah cabut entah kemana.
Magrib sebaris pun tak penuh.Kebanyakan belum balik dari tempat kerja.Terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.Itu satu hal, tapi yang dah datang ke masjid balik tak mahu dengar kuliah ni ape citer.Oh barangkali, kuliah asyik bende tu aje,asyik bab Toharah, Nipas. Haid. Yang mendengarnye pun udah taade bendetu. Monopos.Bak kata Ustaz Surizal berkembangla sikit.Bab Toharah ni bagi buku baca sendiri aje.Entahla waktu udah terlalu singkat. Masa terlalu pantas.Sekarang bulan ,Oktober,November.Kejap aje udah habis setahun. Kita bagaimana macamtu jugak.Nabi kata buat lima perkara sebelum tiba lima perkara


"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

Speed trap terbaru PLUS

















Speed trap terbaru PLUS di bawah flyover.Ada 3 kamera untuk 3 lane.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.




*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.


Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.


Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.


Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Posted @ www.isuhangat.net.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bagaimana dengan guru?

Bonus sebulan gaji ( separuh semasa IdilFitri dalam bulan Ogos dan separuh lagi akan dibayar dalam gaji Disember 2011) adalah tidak setimpal dan tidak boleh dibanggakan dengan publisiti ekstrim regim BN yang kononnya berjaya mengurangkan defisit berbanding dengan tahun 2009.

Bayaran bonus ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Dengan hasil yang mereka perolehi melalui rompakan halal dan licik seperti menaikkan harga petrol beberapa kali dengan hanya menukar warna ‘petrol pump nozzle’ dari warna merah kepada kuning. Sejak Najib menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menaikkan harga petrol sebanyak lima kali. Bermula dari harga RM1.80 seliter sehingga harga sekarang RM2.80 dari RM2.90 setelah diturunkan RM0.10 pada 15hb Jun 2011. Polis dikerah untuk mengutip saman sehingga berjumlah RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik (dirompak dari rakyat) sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari 2011. Harga barangan seperti gula,beras dan banyak lagi yang naik yang memberi makna peningkatan kantong kerajaan pusat yang banyak. Tetapi mereka hanya beri bonus 1 bulan gaji sahaja.

Tidak ada kenaikan gaji dalam Bajet 2011 sebenarya. Yang dinaikkan ialah kenaikan tahunan mengikut gred. Kita belum maklum berapa peratus yang akan dinaikkan. Yang pasti gaji dan elaun adalah ditakuk lama. Kenaikan tahunan sekarang bagi para guru DG41 ialah RM91 sementara DG44 ialah RM150 dan TIDAK PERNAH naik sejak tahun 1991 iaitu selama 20 tahun??!!!... Inilah kezaliman . Mereka sepatutnya menaikkan gaji semua kakitangan awam sebanyak 50%.!!

Bagi mereka yang memilih SBPA mereka dijanjikan dengan tambahan tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan peristiharan ini. Perlu difahami dan disedari bahawa mereka yang mencapai tangga gaji akhir itu kebanyakkannya terdiri dari kakitangan yang sudah hampir pencen. BN tidak berhasrat untuk menaikkan pangkat mereka tetapi mengekalkan gred gaji yang sama. Sejak dahulu dan semakin menyerlah pada ketika ini, sistem kenaikan pangkat dalam profesion perguruan menyaksikan ketidakadilan di mana guru yang berasal dari lulusan maktab dimanjakan sehingga kini sementara guru lulusan universiti tulen dianaktirikan sehingga kini. Sedangkan situasi ini tidak berlaku dalam profesion lain. Kita boleh membuat perumpamaan seperti seorang sarjan (berkelulusan SPM) dan ASP (berkelulusan ijazah di dalam pasukan PDRM. Adakah logic sarjan tersebut dimagikkan SPMnya menjadi Diploma dan beliau seterusnya masuk Universiti dan memperolehi Ijazah. Setelah 1 @ 2 tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada ASP dan setelah 2 @ 3 tahun kemudian dinaikkan kepada DSP dan seterusnya ACP. Sedangkan ASP tadi baru berpangkat Superintendan?? Inilah yang berlaku dalam profesion perguruan dimana bekas lulusan maktab sijil mereka dinaik taraf menjadi Diploma, mereka melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi ‘bos’ kepada lulusan university tulen??!! Kebanyakan Penolong Kanan sekolah kini adalah terdiri dari bekas guru lulusan maktab sementara lulusan university tulen diketepikan dalam kenaikan pangkat. Pandir dan melucukan. Dan mereka ini bercakap tentang Pendidikan Bertaraf Global??!!...

Realitinya guru berijazah yang sudah 22 tahun bekerja masih ditahap DG44 sedangkan para doctor yang sudah 20 tahun berkhidmat telah menikmati sekurang-kurangnya UD 54 atau JUSA B??!! Begitulah dengan pegawai tadbir, PTD, perundangan dan sebagainya. Mereka naik pangkat dari 41 ke 44 dalam masa 5 tahun sahaja. Guru – 8 tahun??? Jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan ‘time-based’ walaupun ianya hanya terdapat dalam profesion keguruan. Sebagaimana yang pernah ditulis sebelum ini, kita ingin menyeru kepada TPM Datuk Seri Mahyudin agar memberi ‘time-based’ policy ini kepada doctor dan PTD sahaja dan berikan polisi kenaikan gaji mereka kepada guru??

Sebagaimana biasa, kita akan mendengar komen dari balaci UMNO dengan hujah agama yang tipikal bagi menampak baik kerja jahat mereka. Aspek Islam akan digunakan sebagai ‘defence mechanism’ mereka iaitu kita dikehendaki bersyukur atas pemberian kerajaan. Sedangkan mereka melakukan kezaliman dan WAJIB ditentang. Mereka rompak RM1000 dari kita dan ‘mencampak’ semula hanya RM1.00 sahaja kepada kita???!! Kemudian mereka minta kita ‘redha’ dan bersyukur. Bagi golongan Pak Kadok khususnya dari Majlis Profesor (kononnya) Negara ini, mereka tidak faham di antara kewajipan sesebuah kerajaan dan pemberian dari kerajaan. Buat jalanraya, sediakan sekolah, hospital dan selainnya dianggap sebagai jasa kerajaan bukan suatu kewajipan. Canangan sebegini rupa oleh media durjana BN telah mengakibatkan sehingga rakyat sudah tidak tahu apa dia sebenarnya tugas sesebuah kerajaan!!!??? Akhirnya minda rakyat terbelenggu dan apa sahaja peruntukan belanjawan yang mereka belanja akan diambil semula dari rakyat yang minda mereka telah dibekukan oleh UMNO. Tunggulah kenaikan harga barang selepas PRU 13 ini. sumber Tanungkite

"

Intipati Bajet 2012 : Najib cuba pikat rakyat dengan dana RM232.8b

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 — yang ketiga sejak menjadi perdana menteri dengan peruntukan RM232.8 bilion sambil menyediakan “buah tangan” kepada pelbagai kumpulan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pemerhati-pemerhati politik pula menyifatkan ia sebagai “bajet pilihan raya” meskipun pentadbiran sebelum ini berkata belanjawan kali ini akan memfokus usaha mengatasi beban kos sara hidup yang meningkat.

Ramai menyifatkan Bajet 2012 merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Ada juga pemerhati yang menyifatkan ia sebagai “bajet rakyat” pelbagai kaum yang komprehensif dan mereka menegaskan keberkesanan pelaksanaan perlu tunggu dan lihat.

Pun begitu juga ada pemerhati yang mendakwa Bajet 2012 tidak banyak menawarkan kepada pekerja-pekerja swasta dan sesetengah golongan khususnya kaum muda.

Ucapan Bajet 2012 Najib, yang juga Pengerusi BN bertemakan “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Najib mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa “saya dan rakan-rakan jemaah menteri dan anggota Dewan daripada Barisan Nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui Bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini, sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang teratas.”

“Apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi populariti murahan.

“Yang terjunjug di atas jemala kami sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang-gemilang buat semua anak-anak Malaysia,” kata beliau sambil menambah sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan.”

Antara insentif diumumkan Najib petang ini ialah:

— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan

— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan

— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia

— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan

— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu

— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka

— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan

— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013

— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.

-themalaysianinsider.com-

Rabu, 5 Oktober 2011

Kesan Masalah Jantung Anda Melalui Mulut Dan Lidah

Mulut dan juga lidah mempunyai hubungan dengan fungsi jantung dan juga dan sistem pengedaran darah kita. Perhatikan perubahan pada bahagian-bahagian tersebut untuk mengesan masalah kesihatan anda seperti di bawah:

Lidah atau gusi bengkak atau sakit
Menunjukkan jantung anda mempunyai masalah.
Mungkin lemak berlebihan
Injap jantung lemah
Saluran koronari tersumbat.
Lidah, tisu mulut, atau gusi menjadi pecah-pecah (macam ulser)
Ini menandakan darah anda mengandungi asid yang berlebihan.
Mulut berbau busuk
Proses penyimbangan fungsi perut untuk membuang toksin.

Selasa, 4 Oktober 2011

Menunggu Perubahan

Tak pernah bagi sebelum ini,kerajaan PR pada tahun 2012 sudah memberi RM1000.00 setahun untuk suri rumah.n
Ibu-ibu kita pula juga dapat RM 1000.00 setahun.54 tahun merdeka apa pun tak buat untuk ringankan penduduk .Belanjawaan bertema Kesejahteraan untuk semua"perlu disambut pengundi.


Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:


a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.