Ahad, 6 Februari 2011

Harus jawab salam

Orang Islam seharusnya berbangga dengan perkembangan itu yang memperlihatkan orang bukan Islam sudah mula mendekati agama suci itu.

“Kita harap dia dekati Islam dan kita berdukacita dengan mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, sedangkan sepatutnya kita berbangga.

“Ini adalah hasil kesedaran dia dan rasa dekat dengan Islam. Kita harap suatu masa nanti dia akan bersama-sama dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ucapan ‘Assalamualaikum’ oleh Tian Chua ketika berceramah di Taman Gunung Emas di Labis 22 Januari lalu sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Nik Zawawi berkata, tidak menjadi sebarang masalah kepada orang bukan Islam untuk memberi salam kerana ia dianggap tidak bercanggah dengan prinsip Islam selagi tidak mempermainkan agama.

Harta Mubarak


KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari AmerikaSyarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.
Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Rabu, 2 Februari 2011

Mubarak...



Pengendali bagasi pener“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.







Undur.. Undur.... Mubarak

buang bayi


Menurut Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu, tahun lalu saja, 623 bayi dilahirkan di luar ikatan perkahwinan di negeri itu.
Daripada angka itu, 132 bayi dilahirkan antara Mei hingga September akibat aktiviti seks bebas sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru. Jika angka ini dicatat di Terengganu saja, bagaimana agaknya di negeri lain?

Agak menghairankan kerana yang paling ramai terjebak dalam masalah pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah adalah Melayu yang beragama Islam terutama mereka yang masih remaja dan bersekolah.

Sungguh menyedihkan kerana di sebalik aktiviti penguatkuasaan yang kerap dijalankan oleh jabatan agama dan pelbagai pihak, namun masalah ini terus menjadi barah.