Ahad, 23 Januari 2011

pukul anak

Anak yang pernah dipukul ketika kecil akan membesar dengan lebih bahagia dan berjaya dalam hidup mereka berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul semenjak kecil.

Demikian hasil kajian yang dijalankan di Amerika oleh Marjorie Gunnoe, seorang pensyarah psychologi di Calvin College, Michigan.

Kanak-kanak yang dipukul sehengga umur 6 tahun didapati lebih baik pencapaiannya di sekolahdan mempunyai sikap yang lebih optimistik terhadap kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul ibubapa. Mereka juga lebih senang membuat kerja-kerja sukarela dan amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih jauh.

Bagi mereka yang dipukul sehingga berumur 6 tahun, pencapaian mereka adalah lebih baik dalam segala hal dan sikap mereka adalah lebih terkawal dari segi perkara-perkara negatif.

Bagi mereka yang terus dipukul dari 7 tahun ke 11 tahun, pencapaian pelajaran mereka masih lebih baik dari yang tidak pernah dipukul namun dari segi sikap negatif mereka agak ketara seperti terlibat dalan pergaduhan dan sebagainya.

Keputusan dari kajian ini mencetuskan kemarahan kepada para pejuang hak kanak-kanak yang meniduh ini akan menggalakan lagi penderaan kanak-kanak.

Namun ramai para ibubapa yang bersetuju dengan penemuan tersebut dan mereka sepatutnya perlu memukul anak-anak sekadar yang perlu untuk mengajar.

Kita sepatutnya boleh membezakan antara rotan atau pukul anak untuk mengajar dengan menumbuk muka. Tidak sepatutnya aduan polis dilakukan jika seseorang memukul untuk mengajar.

Sabtu, 22 Januari 2011

teks tunangan

EKS KHUTBAH MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum… Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan danampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-dirikami dan kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beripetunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk selain Dia.
Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengansebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [Ali ‘Imran : 102]
Yang dihormati tuan rumah seisi keluarga, rombongan pihak lelaki, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinya kita berkumpul disini dalam usaha memenuhi tuntuan salah satu dari syariat Islam disamping memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita, kerana Allah mengingatkan kita :”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalahh bersaudara”
Untuk memulakan bicara kita pada hari ini, saya persilakan wakil pihak lelaki untuk menyatakan hajat yang tersirat dan tersurat untuk kita realisasikan bersama.
( Ucapan pihak lelaki dan perbincanagan dimulakan )
Alhamdulillah kita sudah mendengar dan memahami hajat dan tujuan yang dinyatakan oleh wakil pihak lelaki dan kami pihak sebelah perempuan bersetuju diatas kehendak dan hasrat dari pihak lelaki yang dinyatakan sebentar tadi dan saya rasa bahawa segala keputusan yang dibuat itu telahpun dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pada hari ini kita hanya mahu mengistiharkan ikatan dan perjanjian tersebut iaitu
1. Pertunangan diantara …………………. dengan ……..telah diterima
2. Nilai hantaran dan belanja nya ialah RM…….
3. Maskahwin sebanyak RM…..
4. Hadiah iringan sebanyak ……….. dulang.
5. Tempoh pertunangan selama……
6. Tarikh akad nikah ditetapkan pada…….
Tuan / puan yang dihormati. Setelah segala keputusan telah dipersetujui bersama marilah kita doakan agar pertunan yang di ikat antara ……. dengan ……. akan berkekalan sehingga tarikh akad nikah dilangsungkan seterusnya kita mendoakan agar mereka dapat bersatu sebagai pasangan suami-isteri kekal sehingga akhir hayat mereka serta dikurniakan anak dan cucu yanag soleh dari lelaki dan perempuan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Insyaallah.
Saya juga suka mengingatkan kepada semua pihak agar segala perjanjian yang telah dipersetujui sebantar tadi dapat ditunaikan sebaik mungkin sehinggalah terlaksananya hajat keduanya kerana Allah mengingatkan kita dengan firmanya yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nis-caya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan meng-ampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang besar.”
Tuan / puan. Pertunangan ini sebenarnya adalah salah satu dari tuntutan terhadap sesuatu perkahwinan kerana dengan pertunangan ini membataskan orang lain dari meresik dan meminang seseorang perempuan yang telah dipinang. Kerana itulah majlis ini juga sama pentingnya dengan majlis akad nikah kerana tujuanya untuk mengistiharkan kepada umum bahawa …… dengan …… telah sah bertunang.
Namun begitu pertunangan bukanlah lesin mutlak bagi keduanya untuk bebas bergaul tanpa sempadan kerana ia belum melayakan pergaulan yang intim. Saya juga berharap agar kedua mereka dapat menjaga tatasusila dan akhlak sebagai orang yang beriman, bersabar diatas segala ujian dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini kerana segalanya mungkin boleh berlaku.
Akhirmya marilah kita mendengar gesaan Allah kepada kita untuk diambil perhatian melalui firmanNya :
"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa' : 1]
Saya bagi pihak tuan rumah seisi keluarga memohon ampun dan maaf sari hujung rambut hingga hujung jari zahir dan batin diatas segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini samada disedari atau tidak dan diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis besar kita pada masa akan datang insyaallah.

doa pertunangan

لحمد لله رب العالمين حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده. اللهم يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك. اللهم صل على محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات فى الحياة وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا برحمتك يا أرحم الراحمين.

الله إنا نسألك بأنا نشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوًا أحد. اللهم لا إله إلا أنت المنان بديع السموات والأرض ذو الجلال والإكرام.

اللهم إنا نسألك دوام البركة لهذا المجلس وأن تجعل المخطوبة والخطيب في حفظك وكنفك إلى يوم الزواج.

اللهم بارك لهما فى زواجهما القادم. واجعل جمعهما مفعما بكل خير. وألق المحبة والمودة بينهما, وارزقهما ذرية صالحة طيبة تدخل السعادة إلى قلبيهما وارزقهما برها، إن كل ذلك عليك يسير.

اللهم أصلح ذات بينهما، وأصلح بينهما وبين أحبابهما واجعل الحياة زيادة لهما في كل خير يسر لهما سبل الخير لبناء أسرة مباركة برحمتك يا أرحم الراحمين .. اللهم الف بين قلبها وقلبه كما ألفت بين قلوب عبادك الصالحين.. واجمع شملهما ولا تفرق بينهما

اللهم يسر لهما جميع الأمور ووفقهما لما تحبه وترضاه.. اللهم اجعلها قرة عين لزوجها واجعله قرة عين لها ووثق اللهم رابطتهما وأدم ودهما واشرح صدريهما بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واملئها بنورك الذي لا يخبو إنك نعم المولى ونعم النصير.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.

وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه أجمعين سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد رب العالمين .

Khamis, 20 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka: Warkah buat Najib dari seorang pelajar..

Anak Sungai Derhaka: Warkah buat Najib dari seorang pelajar..: "Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih ku..."

Sabtu, 15 Januari 2011

CRABZILLA


KETAM LABAH-LABAH.. pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.


Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.

Jika cukup matang, kakinya boleh menjadi sepanjang 4.6 meter.

Rabu, 12 Januari 2011

Bahtera Nabi Noh


Bahtera Nabi Nuh menjadi inspirasi kepada jurutera dari Rusia. Kali ini, bahtera itu akan wujud dalam bentuk hotel yang dinamakan "Ark Hotel". Bahtera hotel ini masih dalam bentuk konsep dan akan dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.

menjelang senja

Kenaikan harga barang tidak dapat dielak lagi. Bermula dengan petrol Ron 97 hingga kepada harga bawang. Harga bawang mencecah RM 9.00 sekilo. Terkini minyak masak pula telah menampakkan tanda-tanda akan naik harga. Mula-mula kurang di pasaran.Media menggambarkan akan berlaku kekurangan. Pihak berkuasa pula akan bertindak kepada pembekal yang akhirnya beberapa syarikat pembekal diambil tindakan. Modus operandinya seperti boleh dibaca. Percayalah kesemua itu berpunca dari kenaikan harga petrol Ron 97. Apa lagi yang kita boleh buat sebagai rakyat.