Sabtu, 10 April 2010

Awas Facebook.......

Facebook adalah satu tool yang sangat berguna.Amat mudah untuk anda menghubungi kawan-kawan,saudara mara atau ahli-ahli politik (yang diragui reti atau tidak ber-facebook).

Facebook juga dapat dijadikan satu medium untuk anda mempamerkan kemahiran anda.Aku tengok ramai yang letak gambar-gambar cantik yang anda tangkap,lukisan atau hasil2 artwork dan juga bakat nyanyian anda dalam video-video yang dipamerkan.

Apakah kelebihan Faceook?

Facebook mampu menghubungkan ramai orang dengan anda asalkan mereka tahu apa nama anda.Tetapi,akibat daripada kepopularan Facebook ni,ada juga pihak lain yang menggunakan Facebook sebagai satu medium menilai diri anda,dalam bentuk lebih jelas lagi,bakal majikan anda.

Katakanlah,anda menghadiri satu interview di sebuah syarikat,anda menghantar sebuah resume yang hebat,anda juga mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi dan anda juga mempunyai set of skills yang jauh melampaui kehendak asas syarikat itu. Kemudian interviewer anda pun membuka Facebook dan menaip nama anda,"Polan bin Polin"...keluarlah habis segala status update anda yang diupdate setiap jam

Kentut...













Seorang banduan di penjara Sweden diberi amaran selepas sering kentut sebagai cara menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbir pusat tahanan itu dan sistem perundangan.

Pengawal di penjara Kirseberg menuduh banduan yang tidak dinamakan itu sengaja kentut untuk memprotes terhadap corak kehidupan pusat tahanannya.

Motif perbuatan banduan terbabit dianggap berpunca daripada satu sesi bermain pakau dengan banduan lain, beberapa minggu lalu.

Jual dadah cara MLM














Polis Johor semalam membongkar kewujudan sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang turut mengamalkan kaedah MLM bagi meningkatkan jualan di kalangan penagih.

Lebih menarik, bekalan dadah itu dibungkus menyerupai pakej bungkusan kerepek ubi.

Sindiket terbabit difahamkan pada mulanya mencari individu yang akan bertindak sebagai downline.

Downline itu kemudian akan mengedar dadah tersebut kepada pelanggan yang telah dikenal pasti terutama di pusat-pusat hiburan.

Difahamkan, kalangan downline sindiket itu pula akan mendapat komisen daripada sindiket terbabit jika berjaya menambah rangkaian downline masing-masing.