Rabu, 31 Mac 2010

Lucutkan gelaran Datuk Seri

DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh

IPOH: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.

udah tak ada usul lain...
Ini pun boleh jadi usul ye...
bagi Datuk Seri ni kat dia...

Khalwat

Ahli politik khalwat gadis bawah umur

TANAH MERAH: Seorang pemimpin politik
bahagian Tanah Merah berusia
54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis
bawah umur di sebuah hotel
di jajahan ini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.

Wau...apa nak jadi.
Ahli politik mana.
DAP PAS. UMNO atau KEADILAN...He..he..

Lari bersama kekasih.


Pelajar pintar berusia 15 tahun lari bersama abng angkat, berusia 19 tahun. Mereka akan kahwin. Itulah rumusan berita.

Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Inilah masalah remaja kita..
semuanya alah dengan cinta..
Awal awal lagi cinta.
Awal lagi adik angkat. abang angkat.
Jang oh jang. Apo ko nak makan.
Belajarlah dulu..

Aduhai mu dok pintar lagi....

Rabu, 24 Mac 2010

Orang Melayu berjudi


pakai baju Melayu lagi...kah....kah..kah..
Ni sah...hari Jumaat......Kah..kah..kah...
sah tak pergi Jumaat... kah...kah...

Ahad, 21 Mac 2010

Boikot Coca Cola



Coca cola akan mendirikan kilangnya di Nilai Negeri Sembilan. Sasarannya menguasai 60% minuman tempatan.

Gambar hari ini....


keadaan kereta mangsa


tesepit dicelah kren


suami tercinta memberi semangat


setelah dipotong bumbung kereta.

alhamduillah selamat..

Syukur alhamdulillah...............
Berpantang maut sebelum ajal.....

17,000 ribu anak luar nikah...........

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

sepatutnya hudud dijalankan.......
beberapa cara dah tak boleh menyelesaikannya....
Dah kembali sperti zaman jahiliah...hi..hi...hi...

Jumaat, 19 Mac 2010

Gambar Demo orang asal




mereka jua mahu bersuara......

mereka juga tidak puas hati....

mereka senyap-seyap berdemo kat Putra Jaya... hi..hi..

Dua Kopitiam halal...




Kopitiam tumbuh macam cendawan , antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Maksiat di Kepong ...............

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan alim kerana sering berkopiah dibelasah selepas perbuatan terkutuknya meliwat seorang remaja diketahui abang ipar mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejinya itu, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong selepas remaja berkenaan menceritakan kepada abang iparnya yang dia diliwat lelaki berkenaan yang berusia pertengahan 50-an.

Menurut sumber, mangsa mendakwa dia menjadi habuan seks lelaki berkenaan sebanyak lima kali sejak dia berusia 15 tahun, namun tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada keluarganya kerana takut dimarahi.

lagi masalah sosial di Kepong....
bahaya orang berlagak alim ni....
pakai kopiah nak lindung kejahatannya...kah..kah...

Benjy...........

Benjy direman seminggu lagi.....

Khamis, 18 Mac 2010

Sungai dalam laut



Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Menarik hari ini...


Orang Asal tak puas hati dengan gomen..


Mereka bukan makan-makan..mereka berdemo....kah..kahh..

mereka udah boleh fikir
mereka udah celik IT.....

Selasa, 16 Mac 2010

Pemimpin Rakyat.............
















kita make ala kader je....
ramai rakyat susoh....

Arak free di Melaka
















Melaka bukan sahaja bandar bersejarah
malah bandar hiburan dan maksiat.

tak sensitif langsung...
mana JAIM...
Mana PERKASA...
Mana Zul Kulim....

Pengajaran penangguhan GST

BULAN lalu kita bincang dengan panjang lebar mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Servives Tax – GST) bila pakar percukaian kerajaan, Datuk Kamariah Hussain, dilaporkan berkata cukai itu tidak akan membebankan pengguna.

Katanya, GST akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Ertinya beban cukai rakyat jelata berkurangan RM1 bilion.

Tetapi tidak lama sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Maksudnya beban pengguna meningkat RM1 bilion.

GST ni cerita lama. Zaman Tun Hussein dulu dah cakap. Zaman Tun Dr Mahathir pun cakap juga. Tapi hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini era Mohd Najib Abdul Razak, pemerintah beria-ia melaksanakannya.

Kita tidak menafikan keperluan kerajaan terus mencari hasil untuk mentadbir dan membangunkan negara. Tetapi kita juga tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat jelata.

Sekarang, setelah jelas bahawa cadangan GST itu mendapat tentangan rakyat jelata dan menghadapi ancaman tunjuk perasaan di Bangunan Parlimen, Pentadbiran Mohd Najib membatalkan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai baru itu.

Kita harap penangguhan ini bukan taktik politik atau percubaan mengelirukan perbahasan mengenai isu ini, tetapi kerana pemerintah telah sedar bahawa ia telah tergesa-gesa membentangkan rang undang-undang itu.

Kalau ditanya para pakar dan penasihat yang hanya peduli soal hasil kerajaan tetapi kurang peduli atau tidak peduli akan kesuntukan hidup rakyat jelata, memanglah apa jua kaedah yang boleh menambah hasil kerajaan adalah baik.

Jadi, eloklah mulai sekarang pemerintah turut mendengar keluh kesah dan berdialog dengan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi daripada hanya mengiakan nasihat pakar dalam dan luar negara. Mereka ini hanya peduli mengenai gaji dan yuran yang mereka peroleh.

Kalau tidak, bukan sahaja pemerintah akan menjadi lebih tidak popular, tetapi yang lebih memalukan ialah apabila ia terpaksa melakukan “flip-flop” pada saat-saat akhir.

Apatah lagi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa era Internet telah merobohkan banyak benteng yang memisahkan manusia.

Kini, jika beliau peka, beliau boleh memperoleh maklum balas bukan sahaja daripada media massa arus perdana, tetapi lebih banyak dan meluas daripada saluran maklumat yang berlandaskan Internet.

Hal yang sama haruslah juga diamalkan dalam usaha merangka Model Baru Ekonomi dan apa jua dasar atau rancangan yang menyentuh kepentingan umum.

Lagipun, apalah salahnya pemerintah mendengar keluh-kesah rakyat jelata dan meminta nasihat mereka yang berpengalaman, khasnya veteran dalam pelbagai bidang.

Orang lama ni mereka tidak ada cita-cita lagi selain membantu agar masa depan anak cucu mereka dan anak cucu kita sejahtera, aman dan makmur.

Rasa-rasanya, tidak ada seorang pun daripada mereka yang hendak jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno semula.

Sebaliknya, orang muda dan para penasihat yang sentiasa memuji dan memuja Perdana Menteri itulah yang perlu diperhatikan.

Bukan apa, kita takut mungkin – saya ulang, MUNGKIN -- ada di antara mereka yang bercita-cita politik dan korporat atau setidak-tidaknya pun untuk menjaga dapur agar terus berasap.

Ibarat kata ungkapan Melayu, sokong membawa rebah! Nasihat umpama jadam. Pahit, tetapi kalau dituruti boleh menjadi penawar kepada racun yang paling bisa. Gula memang manis, tetapi mati semut kerana gula.- A kadir Jasin

Isnin, 15 Mac 2010

Gambar MP Lompat


Kelihatan anggota Parlimen Bebas, (dari kiri) Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menghadiri majlis perasmian Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di sini hari ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan penuh adat istiadat. Mesyuarat pertama penggal ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April. - foto BERNAMA

Ahad, 14 Mac 2010

Ayah Pin laknatullah..


1. Hukum boleh bernikah dgn kanak-kanak adalah hukum jahiliyah yg Muhammad bawa masuk dlm Islam. Berkata Al-Mutawaffi dlm kitabnya Al-Mujabbar: Brgsiapa berhukum pd zmn jahiliyah dan Islam redo dgn hukum itu maka jadilah ia HUKUM ISLAM. Hukum Islam memang tidak bertamadun membenarkan kanak-kanak kecil menikah, rendah tamadun mcm jahiliya

2] Berita di Klantan budak 10 tahun dikahwinkan. Tok ayah x terkejut kerana Muhammad kawin dgn Aisyah pd umur aisyah 6 tahun dan menggaulinya pd usia 9 tahun. Bygkn lelaki berusia 50 tahun mlakukn seks dgn budak 9 thun. Sgt tidak brmoral nabi umat Islam ini. Inilah bukti rendahnya moral Islam yg diajar oleh Muhammad. Tinggalkan agama tidak brtamadun ini!

- sumber facebook Ayah Pin

nak tangkap ayah Pin ni susah sangat ke..
kalau zaman rasulullah dah kena pancung....
Sudahla mengaku keluar Islam.
Hina pulak Nabi...
Zul Kulim harap jangan diam aje.. ong--eng
Ustaz Jamil Khir tolongla tengok mangkuk ni.. hi..hi.

Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah?



PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini.

anak-anak ingatla emak ayah... takut depan emak ayah baik... kena perhati...selalu pantau walaupun dah berumah tangga..

Pemain gitar Ekamatra ditangkap



KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pemain gitar kumpulan Ekamatra ditangkap penduduk Pangsapuri Flora Damansara dekat sini selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di tingkat enam rumah pangsa itu awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, suspek yang berambut panjang sebelum itu dilihat berlegar-legar di hadapan rumah jirannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek kemudian cuba membuka pintu rumah itu dengan memotong mangga.

sekarang ni semacam trend pula...
buat sesuatu tak fikir dulu...
sendiri buat sendirilah tanggung...

Isnin, 1 Mac 2010

Fairus keluar keadilan

Fairus mantan Ketua Menteri 1 PP menjelaskan ia keluar parti demi kepentingan Islam
Hari ini pula AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk
Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam