Khamis, 28 Januari 2010

SUJUD SYUKUR

Marilah kita sujud syukur sebagai tanda kita seorang hamba yang bersyukur.

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya:

خَرَجَ النبى صلى الله عليه وسلم فتوجَّه نحو صَدَفَتِهِ فدخل فاستقْبَل القبلةَ فخرَّ ساجدًا فأطال السُّجودَ , ثمَّ رفع رأسَه وقال : إنَّ جبريل أتانى فبشَّرنى , فقال : إن الله عز وجل يقول لك : مَنْ صلَّى عليك صلَّيْتُ عَلَيْهِ , ومَنْ سلَّم عليك سلَّمْتُ عليه, فَسَجَدْتُ لله شكرًا

(رواه أحمد)

Maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

فغفرنا له ذلك وإن له عندنا لزلفى وحسن مآب

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Isnin, 25 Januari 2010

BUNG & ZIZIE

MP Kulim


MP Kulim buat laporan Polis kepada MP Shah Alam itulah lebih kurang tajuk berita yang saya baca di akhbar Berita Harian. Alasannya adalah isu penggunaan nama Allah kepada penganut agama Keristian. Pelik betul, padahal isu ini telah dijelaskan oleh pimpinan Pas. Dan ia bukan saje-saje. atau main hentam kromo. Tapi telah dibincang dengan ambilan dari pelbagai sudut. Itulah istimewanya Pas. Tapi tiba-tiba main buat laporan Polis. Memperlekeh katanya. Macam mana, dua-dua tidak selari dalam menangani isu. Seolah-olah mahu mengaku lebih Islamik. Kalau pun tak setuju . Bukan itu caranya. Main lapor. Saya tak nampak apa untungnya. Dan saya makin tidak faham dengan MP Kulim. Kalau macam ni payahla nak tawan Putra Jaya. Orang Kedah kata "Jangan dok mimpi."

Rabu, 13 Januari 2010

Gereja guna nama Allah


Di Indonesia menggunakan nama Allah di Gereja menjadi perkara biasa. Terpampang terang-terang. Macam taada beza allah dia dengan Allah orang Islam.

Gerhana matahari separa Jumaat ini

Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, hari ini.

Jakim juga melalui Cawangan Falak akan mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang. KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Isnin, 11 Januari 2010

Langgar Lari

Kereta pakir depan rumah pun dilanggar. Siapa gerangan agaknya Kejadian malam Sabtu lalu menunjukkan bahawa tidak selamat lagi kalau pakir kat luar. Sekuriti pun sama.Jadi member ke tak serupa aje.

Jumaat, 8 Januari 2010

Ini dah bahaya. Tiap tahun bawa anak isteri kat Tanjung Tuan. Nak tunggu baham. Baru buat tindakan ke....
Akhbar Metro dan The Star telah melaporkan kehadiran buaya laut di Tanjung Tuan , Port Dickson pada awal tahun 2009, namun tiada sebarang tindakan dilakukan hinggalah seorang pengunjung pantai di Port Dickson diserang pada awal tahun 2010 yang disyakki buaya, ikan yu atau mungkin pemangsa (predator) laut lain.

gambar buaya air masin

Buaya Katak atau buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile' (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling berbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di Asia Tenggara dan utara Australasia.

Buaya Katak mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, ikan yu dan kadang-kala termasuk manusia.


Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.

Kutuk tindakan tidak bertanggungjawab

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.

Gereja dibom?




Marahkan orang guna kalimah Allah .Gereja dibom. Tak akan selesai . Polis hendaklah siasat tanpa memilih bulu. Isakan orang yang buat kerja celakani.


































Ahad, 3 Januari 2010

Isu kalimah Allah

Kalimah Allah telah diguna dalam kitab bible versi Melayu di Malaysia. Kalau orang yang kurang ilmu agamanya pasti akan terpengaruh. Perkara ini sudah lama. Tapi tak seorang pun heboh untuk menghantar memo.NGO ke, pemimpin masyarakat ke, mufti, pemimpin politik semuanya senyap. Sayang pada kalimah Allah sahaja. Hukum Allah, ajaran Allah depa terajang ketepi. Lihat masalah sosial sekarang, lepak, rempit,ragut, zina, buang bayi, bunuh, rasuah , curi enjin. Ini semua kerana tolak hukum Allah dan tolak ajaran Allah. Kenapa isu ini tiba-tiba meletup?

Keputusan mahkamah seperti dirancang. Barangkali nak test orang Melayu. Media akan angkat isu ini. NGO dan pemimpin tertentu akan respon. Dan jangan terkejut jika isu ini akan dimainkan begitu lama. Maka bijaklah menggarapnya. Kita jangan jatuh di lubang yang sama. Jangan sampai diperbodohkan. Awas mereka nak cari sokongan...

Kuliah Subuh- Masjid Imam al-Ghazali

Berselawat kepada nabi.

Berselawat kepada kepada junjungan nabi Muhammad SAW adalah merupakan amalan sunat. Kita sebagai umatnya dituntut melakukan. Antara kafiat berselawat ialah:
1. Berselawat pada malam atau hari Jumaat
2. Berselawat ketika masuk atau keluar masjid.
3. Berselawat jika lupa sesuatu perkara.
4. Berselawat di awal, pertengahandan penghujung doa
5. Berselawat dalam sesuatu perhimpunan
6. Berselawat untuk berpisah dalam ssuatu pehimpunan.

Inilah antara intipati kuliah Subuh ustaz Zakaria Abd Rahman.wallahu A'lam.

Sabtu, 2 Januari 2010

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

A. Tiap-tiap pagi dan petang

1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan

dibina sebuah istana di syurga;

2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala

perkara yang tidak diingini;

3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;

4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat

Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;

5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;

6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh

dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga. - Dato, Ismail Kamus

Azam Baru


Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini kita berazam ke arah yang lebih baik dapat merubah sikap, personaliti, mentaliti. Bukan berazam hanya hangat-hangat tahi ayam. Tapi penuh dengan komitmen dan tindakan. Sebagai ibubapa, pelajar, murid, pemimpin masyarakat, pemimpin kelompok yang lebih besar atau pemimpin negara. Berazam dengan tindakan. Bukan retorik. Kerana dunia maya boleh diteroka oleh siapa sahaja untuk mencari kebenaran.

Berazamlah untuk lakukan 7 SUNNAH RASULULLAH saw. ini:-

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama waktu shubuh.Solat Subuh berjemaah di masjid.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.

- almaliki