Ahad, 24 Julai 2011

Sukarnya memenangi hati.

Sukar memenangi hati seseorang.Memang ,sebab kita bukan sesempurna manusia.Kita ada kekurangan.Untuk menjadi yang sempuna macam mana ya.Bolehke. Oleh itu jangan cepat berbangga dengan diri sendiri, memenangi hati bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak diperolehi setelah berjaya menyayanginya sehingga keakhir hayat.

Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Kekadang takpercaya.Ha yang ni susah.Masalah .Betul masalahni.Kita kena percaya.Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti




Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan