Sabtu, 19 Disember 2009

Tokoh Maal Hijrah

1.Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, dari Mesir terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat kebangsaan kategori luar negara

2.Tokoh Maal Hijrah 1431H peringkat kebangsaan ialah Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Dr Mohamed Yusof Mohamed Noor kategori dalam negeri.

3.Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 77, menerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Kedah

4.Naib Cancelor, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof Emiritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim, 64, dianugerah Tokoh Maal Hijrah peringat negeri Melaka

5.Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot dianugerah Tokoh Maal hijrah negeri Johor

6 Tiada pemenang tokoh maal hijrah bagi negeri Terengganu kerana tiada yang betul-betul layak untuk dianugerahkan.

7.Di SARAWAK, Chek Bujang, 58, dan isterinya Jariah Tahir, 58, menerima anugerah Maal Hijrah Kategori Keluarga Cemerlang daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin.

8.Di SELANGOR, bekas Senator dan ahli politik, Hassan Shukri, 70, dipilih penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri.

9 Di Perlis, Tokoh Ma’al Hijrah kepada Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 66,

10.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pertama Negeri Sembilan dipilih menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

11.Anugerah Tokoh Maal Hijrah Sabah kepada bekas Ketua Jemaah Hakim Musabaqah al-Quran peringkat negeri (1977-1994), Datuk Ahmad Othman, 80.

12.Anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri Pahang diberi kepada bekas qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Ahmad Faizul Ghazali.

13.Di Perak,penglibatan berterusan dalam aktiviti keagamaan tanpa mengira lapisan masyarakat melayakkan Ibrahim Mahmud, 71, dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah Perak.

14. Di Kelantan,Tengku Muhammad Faris turut menyampaikan Anugerah Tokoh Hijratul Rasul kepada Salamah Hassan, manakala Abdul Rahim Pui Abdullah sebagai Tokoh Saudara Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan